Monday 18 November 2013

Sengketa Cinta ~ bab 30

Assalamualaikum dan salam teramat sayang daripada kak yus...

Dalam menanti ACAM yang akan berada di pasaran pada bila-bila masa sahaja nanti.. Kak Yus persembahkan dahulu Sengketa Cinta bab 30 untuk semua yang setia menjadi penghuni setia blog Jemari Berbicara.  Bab ini k.yus dedikasikan untuk mereka berdua ni -- Emeer Zafran & Ayesha Sorfina -- 

Jemput baca, mohon maaf untuk ketidaksempurnaan...

****************************



“Abang tak rasa ke apa yang kita buat ni salah?”

            “Kenapa sayang kata macam tu?”  Soal Emeer meletakkan cermin matanya ke atas meja.  Dah menghampiri angka empat puluhan ni, mata pun dah semakin rabun, cuma ketika membaca sahajalah. 

            “Iyalah, kan kita sepatutnya menghormati pendirian Ya.  Sayang rasa tak sedap hati bila kita berkomplot macam ni dengan Umi Ain.”  Emeer hanya tersenyum.  Sebenarnya bukan tersenyum sebab lain tapi tersenyum sebab suka apabila Ayesha tersasul membahasakan diri sayang apabila berkata-kata dengannya.  Ingat senang ke isterinya itu nak bersayang-sayang ni.  Kalau kebiasaan kan Ayesha hanya membahasakan diri Sofi dengannya.

            “Iskh, orang bercakap dengan dia, boleh tersengih pulak.”  Satu tamparan kecil dihadiahkan di bahu suaminya.

            “Garangnya sayang abang ni.  Abang tersenyum sebab sayang sebut sayang tadi.” 

            “Hmm, suka la tu.  Orang tersasul sikit je pun,” dalih Ayesha menyembunyikan malu.  Alahai, macam mana boleh terkantoi

            “Sayang cakap apa tadi?”

            “Itulah, sampai Sofi cakap pun tak dengar.  Sofi kata tadi, Sofi tak sedap hatilah dengan apa yang kita buat ni.  Takut tindakan kita berkomplot dengan Umi Ain tu salah.”        

Akhirnya terluah juga perasaan kusut dan resah yang membelenggu fikiran Ayesha hampir seminggu ini.  Dia bukan tidak mengerti apa yang Azzalea hadapi.  Mengerti dan memahami sangat rasa hati adik yang seorang itu, apatah lagi ketika melihat wanita itu merana di hadapan matanya.  Dia masih ingat wajah muram dan kusam Azzalea ketika bertemunya di Pantai Batu Hitam.  Dia masih ternampak-nampak linangan air mata di wajah polos itu ketika duduk bersendirian.  Dia tahu, betapa hebatnya wanita itu cuba belajar menerima takdir yang telah tersurat dalam perjalanan hidupnya.

“Sayang, kita bukan mengkhianati Ya.  Tidak sama sekali kita akan lakukan pengkhianatan kepada adik kita sendiri.  Kita cuma membantu kembalikan semula cinta yang terhalang, bukan salah Fayyad, bukan juga salah Ya.”  Emeer berkalih daripada duduknya lalu menghampiri Eyesha yang kini berdiri di balkoni bilik mereka.  Kerusi rehat ditarik lalu dia melabuhkan punggung di situ.  Tangan Ayesha diraih menyebabkan Ayesha turut terdorong kepadanya.  Tubuh Ayesha pula diraih lalu didudukkan di atas pangkuannya.  Pinggang isterinya itu dipeluk kemas.

“Memang betul salah Fayyad meninggalkan Ya macam tu aje tanpa alasan yang munasabah dan tanpa berusaha untuk membetulkan keadaan.  Khilaf dia dan dia sudahpun mendapat balasan untuk tu.  Kita cuba membetulkan keadaan sayang,” sambung Emeer cuba menyemai benih keyakinan ke dalam benak Ayesha.

Emeer amat maklum, Ayesha menyayangi Azzalea seperti adiknya sendiri.  Lebih maklum Ayesha terkesan dengan penderitaan yang telah dilalui Azzalea.  Tapi bukankah agama sendiri memberi ruang yang luas untuk kita berubah dan mendapat kebahagiaan di atas dunia yang luas ni.  Setiap manusia diberi peluang untuk berpatah kembali jika merasakan jalan yang mereka lalui itu telah tersasar.  Pintu untuk taubat dan bahagia terbuka luas untuk mereka.  Itulah yang selalu dipesan Emeer kepadanya apabila sesekali dia meluahkan rasa kesal atas apa yang pernah mereka lakukan dahulu.

Ayesha melihat dirinya dan Emeer.  Bukan kecil kesilapan yang telah mereka lakukan, tapi sahabatnya Pipah dan keluarga Emeer tidak pernah sesekali meminggirkan mereka.  Memang mereka berdosa besar, dosa yang hanya akan terampun dengan taubat nasuha dan itulah yang sedang mereka lakukan saban hari.  Cuba menjadi insan yang lebih baik dan merebut segala peluang yang ada untuk menjadi hamba-Nya yang soleh dan disayangi.

Kasih sayang keluarga Emeer dalam membawa mereka ke pangkal jalan sangat menusuk hatinya.  Mereka tidak pernah mengungkit perbuatan silam Ayesha dan Emeer, malah masih merahsiakan peristiwa itu daripada pengetahuan keluarga Ayesha.  Bukan kerana keluarga Emeer sengaja mahu membohongi keluarga Ayesha, tapi niat mereka tidak mahu menjatuhkan maruah dan martabat Ayesha dan Emeer di mata keluarga Ayesha.  Bagi mama, lebih sedikit orang yang mengetahui mengenai peristiwa itu, lebih baik.  Lagi pun dalam agama sendiri mengajar kita untuk tidak membuka aib orang lain. 

Ayesha mengeluh perlahan namun keluhan itu rupanya menambat renungan Emeer kepadanya.

“Sayang rasa tak sedap hatilah bang, sayang takut Ya marah kat kita nanti,” keluh Ayesha bermain-main dengan anak rambut suaminya. 

“InsyaAllah, kalau Umi Ain sendiri faham dengan apa yang berlaku, abang rasa kita tak payah risau.  Malah, abang percaya Ya juga akan berterima kasih pada kita nanti.”  Yakin sahaja bunyinya.  Tapi dalam hati Ayesha masih terpalit kegusaran yang sukar dikendurkan.

Kedengaran pintu bilik diketuk seraya itu daun pintu terkuak lebar.  Aqyem berlari masuk ke dalam bilik mendapatkan ibu dan ayahnya.  Namun, dia terhenti di hadapan mereka dengan wajah cuak.

Ibu, why are you sitting on ayah’s lap?”  Sebiji sebiji bunyi soalan yang keluar daripada bibir anak lelakinya itu.  Ayesha menjeling Emeer dan Emeer juga turut menjeling Ayesha.  Hambik kau, kan dua-dua dah kantoi.  Akhirnya terhambur tawa kedua-dua mereka.  Namun tawa mereka masih tidak dapat mengendurkan wajah cuak si anak teruna nan seorang.

Anak lelaki mereka ini berlainan sedikit dengan Eizleen, kakaknya.  Kalau Eizleen dulu memang dah biasa melihat kemesraan Emeer dan Ayesha malah setiap kali melihat Emeer mengusik-usik manja Ayesha, dia pasti akan tertawa.  Seakan faham dan gembira dengan usikan-usikan itu.  Namun, Aqyiem sangat berlainan.  Terlalu teknikal kata Emeer.  Setiap apa yang dilakukan oleh ayah dan ibunya pasti akan dipersoalkan terlebih dahulu minta penjelasan.  Setelah itu dia akan berfikir sejenak seolah-olah cuba mencerna maklumat yang diperolehinya.

Why darling, ibu cannot sit on your ayah’s lap?” soal Ayesha mengusik Aqyem.  Masih lagi di posisi yang sama, sengaja hendak menyakat anak lelakinya.  Kali ini tangannya merangkul kemas leher Emeer.  Lucu melihat garis-garis kecil yang terbentuk di dahi Aqyiem.

“Ibukan dah besar, dah berat.  Sakit kaki ayah tau, Aqyem tak pelah, kecik lagi.”  Fuh, jawapan yang super fantastic.  Ingatkan nak kata Aqyiem jealous ke, tapi rupanya lebih prihatin kepada ayahnya lagi.  Ini betul-betul anak ayah.

“Okey, memang ibu dah besar, ibu dah berat tapi ayah larat lagi bagi ibu duduk atas riba ayah ni.  Aqyem nak tahu tak, riba ayah ni hanya ibu, kakak dan Aqyem je yang boleh duduk,” terang Ayesha namun matanya mengerling sekilas ke arah Emeer yang sudah mula tertawa terbahak-bahak.  Alahai, dalam nak menerangkan kepada sang anak, sempat lagi nak mengenakan orang.  Pipi Ayesha dicubit manja.

“Sekarang ibu bangun, ibu bagi chance kat Aqyem pula duduk, nak?” Soalan itu dijawab dengan anggukan laju.  Hamboi, anak ayah ni.  Pantang dipelawa, cepat aje merebut peluang. 

“Wah, laku sungguh riba ayah ye.  Ibu dan Aqyem berebut-rebut nak duduk.” 

“Eii, perasan!”  Getus Ayesha sambil bangun berdiri memberi ruang kepada Aqyem.  Kepala anak kecil itu diusap-usap lembut.  Sebelum sempat Ayesha melangkah pergi, tangannya diraih lalu satu kucupan lembut Emeer singgah di telapak tangannya.

Perlahan Ayesha meninggalkan suami dan anaknya berdua-duaan di balkoni rumah dengan senyuman melingkar di bibir.  Sekejap lagi tertidurlah anak lelaki yang seorang tu.  Memang dah menjadi kebiasaan diulit sehingga lena oleh Emeer.  Ayesha bergerak menuju ke bilik tidur Eizleen.  Pintu dikuak sedikit, mengintai apakah anak gadisnya itu telah terlena atau belum.  Senyuman melebar di wajah Ayesha tatkala melihat tubuh Eizleen telah berselimut litup di atas katil Princessnya itu.  Pintu dikuak lebih lebar memberi ruang dia memboloskan diri masuk dan menghampiri Eizleen.  Dahi anak gadis itu dikucup lembut.

Good night sweetheart.  All the best the world can give you, ibu and ayah love you so much.”  Anak rambut Eizleen yang panjang dikuak agar tidak menutupi mata.  Wajah tenang anak kecil itu ditenung lama.  Ayesha seakan tidak percaya, begitu cepat masa berlalu.  Anak kecil yang dulu ditatang dan dikelek setiap hari kini semakin membesar.  Sudah menjadi anak gadis yang semakin comel dan bijak. 

Masih terimbau saat pertama Eizleen mendapat mulut, perkataan pertama yang keluar daripada mulut kecil itu memanggil ayahnya.  AYAH.  Dua hari Ayesha makan hati kerana bukan perkataan ibu yang diungkapnya dahulu.  Nampak sangat anak gadisnya itu lebih rapat dan manja dengan Emeer berbanding dirinya.  Mana tidaknya, menangis pun akan dipanggil ayah.  Nak mandi pun cari ayah.  Jeles tau!  Dia yang mengusung perut sembilan bulan sepuluh hari, ayah pula yang menjadi kesayangan anak itu.  Namun lama kelamaan dia dapat menyesuaikan diri kerana dia tahu, kasih sayang Emeer memang banyak melingkari hidup mereka.  Sehingga hari ini, mereka telah dikurniakan Aqyem, pun keadaannya masih sama.  Alah, nak dengki sangat, dia sendiri pun bangun pagi harus menyebut nama suaminya itu dulu.  Nak tidur pun, kalau tak ada wajah lelaki yang seorang tu, harus tak dapat lelapkan mata.  Over addicted dia anak beranak dengan suami tersayang.  Tapi menurut kata mama dan mak, bagus juga anak-anak rapat dengan ayah mereka kerana hubungan itu akan membuatkan si ayah akan sentiasa teringatkan rumah dan lebih gemar berada di rumah daripada keluar merata bersama teman-teman.  Pengikat suamilah kata lainnya.

Sebelum beredar, Ayesha sempat merapikan buku-buku yang tidak tersusun elok di atas meja belajar anaknya.  Gambar mereka berempat yang tergantung kemas dalam frame pada dinding diperhatikan.  Sejuk hatinya mengenangkan kenangan indah percutian mereka di Filiphine itu.  Waktu itu kalau tak silap, Aqyiem baru berumur dua tahun.  Seronok pula dapat mengikut Emeer bercuti sambil bertugas di sana.  Sudahnya pejabat CEO dan PA semua tutup.  Itulah natijahnya kalau suami isteri bekerja di bawah bumbung yang sama.  Nak berhenti kerja dan duduk sepenuh masa di rumah Emeer pula yang tak pernah bagi lampu hijau.  Alasannya, nanti dia rindu tak dapat menatap wajah isteri kesayangan lama-lama.  Alasan la sangat!  Teringatkan suami yang menantinya di kamar beradu cepat-cepat Ayesha meninggalkan bilik Eizleen.

Goodnigth princess.  Ibu loves you so much.”  Amanat terakhir sebelum lampu dipadam. 


Sejurus keluar daripada bilik Eizleen, Azzalea terserempak dengan Emeer yang mencempung anak bujangnya ke kamar peraduan.  Huh, tu dah tentu kena buli cukup-cukup dengan si ayah sehingga tertidur, tak pun si ayah yang kena buli.  Mengenangkan sikap aktif Aqyiem harus pilihan yang kedua la tu.  Ayesha membontoti Emeer lalu membukakan pintu bilik Aqyiem.  Suis lampu ditekan.  Subhanallah!  Mata Ayesha terbuntang melihat permainan yang bersepahan di atas lantai.  Itu belum lagi warna pensel dan crayon yang bersepah di atas meja belajar.  Kalau anak lelaki seorang ni, memanglah!  Mana nak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi…


Salam sayang
Kak Yus

6 comments:

  1. jdt : akhirnya...rindu dgn cerita nie...thankss

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini hanya sebahagian drp keluarga Azzalea.. dan komplot menyatukan Azzalea & Fayyad.. sama2 kasih dear.. insyaAllah esok k.yus up bab seterusnya..

      Delete
  2. Kak Yussssss....bukan ker masa di Philippines tu Ayesha pregnant? Alaaaaaaa......sob..sob....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aziela.. kat filiphines tu selepas scene ni tp yg tu dlm BCB II.. hehehe.. yg ini dalam Sengketa Cinta, kita masukkan diorang berdua ni dlm SC.. kiranya selit2 sikitlah bab berdua ni kasi hilang rindu..

      Delete
  3. cerita ni memang bestttt juga...
    selalu mengikuti tapi jarang komen...hehehe

    ReplyDelete
  4. Kak yus bila nk cambung cite nie lagi

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com