Saturday, 21 January 2017

Cik Cashier Mamat Skru #11

Assalamualaikum sayang2 Kak Yus.
Maaf sesangat ye.. lama tak updates entry baru untuk Cik Cashier Mamat Skru ni.
Kak Yus terbusy sat dengan urusan sekolah anak2.
Almaklumlah.. Bella dah masuk form 5, Iman pulak dah masuk form 3.. dua2 nak exam besarkan.
Banyak yang nak diuruskan.
Ok.. takmo banyak2 cerita.. kita sambung bab 11 kesengalan kita ye.. hihihihi....

Happy readings luvs;

************************************




Yes. 
Yes.
Memang tak malu pun melonjak terkinja-kinja kat dapur ni. Nasib baik badan taklah besar sangat. Kalau tak harus mandi minyak. Staf lain dah tidak hairan dengan fiil aku ni.
"Hmmm.. ada la tu yang seronok sangat tu."
"Hehe.. Datin Nora bagi aku balik awal hari ni."
"Amboi! Mana aci."
"Eh. Aci la. Tiap-tiap hari aku kerja dari pukul lapan pagi sampai lapan malam tau. Aku tak merungut pun. Kerja korang pun kadang-kadang aku cover tau."
"Iya la. Iya la. Tahulah kau rajin. Nak mengungkitlah tu."
"Mana ada. Aku cakap je."
Biasalah aku kalau bercakap dengan mereka ni. Dah faham sangat. Memang hati tengah berbunga-bunga ni apabila Datin Nora membalas whatts app aku. Beri kebenaran aku kerja sampai jam satu tengah hari.
"Tina, tolong bungkuskan aku lima nasi kukus. Semua ayam goreng. Kerutuk daging side dish ye. Asing-asing tau."
"Oit banyaknya. Kau nak bawa pergi mana?"
"Ada laaa."
Mana boleh cerita dengan mereka ni. Nanti tak sampai setengah jam boleh jadi berita panas muka depan surat khabar. Kaki gossip semuanya.
Setelah menyiapkan rekod urus niaga dan bil-bil yang diminta oleh Datin Nora, aku meninggalkan restoran tepat jam satu. Laju sahaja Kancilku meluncur membelah kesibukan bandar Kuantan.
Kehadiranku disambut riang oleh dua beradik itu. Si adik sudahpun siap menyandang beg galas pinknya. Apalah yang dibawanya.
"Ayah abang mana?" Soalku kepada si abang yang tersenyum menyambut ku.
"Tu," balasnya sambil mengunjuk ke arah hujung bengkel.
Kelihatan mamat itu sedang sibuk memeriksa tayar sebuah kereta. Aku beriringan bersama dua beradik itu menuju ke arahnya.
"Abang dah makan?" Soalku sambil kamu berjalan.
"Belum."
"Adik lapar," adu si adik manja.
"Olololo. Lapar ye. Tak apa, kejap lagi Kak Fira belanja makan. Mesti adik suka."
"Yeaaaa.."
Aku tersenyum melihat keletah mereka. Baru tiga kali bertemu sudah mesra benar denganku.
"Awak."
Berdebar juga dadaku nak menegur mamat ni. Dia berpaling. Matanya tajam merenungku. Adoii.. kadang-kadang seram juga dengan mamat ni.
"Dah sampai?"
Lorhhh.. soalan apa tu. Kalau belum sampai takkanlah aku berdiri tercokoh kat situ. Nak jawab ke atau nak biarkan aje soalan tu? Aku pilih yang kedua.
"Saya letakkan tanggungjawab menjaga keselamatan anak-anak saya kat tangan awak."
Masih pilihan kedua. Diam. 🙊
"Jangan lupa hantar anak-anak saya sebelum maghrib."
Okey, aku tahulah dia bapa mithali. Tak payahlah nak ingatkan aku pulangkan anak dia. Takkanlah aku nak kidnap budak-budak tu. Kalau nak kidnap baik aku tak payah susah-susah datang sini. Baik aku terus je jemput budak berdua tu kat tempat tuisyen mereka.  Tapi masih memilih untuk diam. Saja suka dengar suara dia. Tegas tapi macam sweet je. 🙄
"Nah awak!"
Aku mengunjukkan tiga bungkus nasi kukus yang aku bawa tadi. Memang dah niat aku nak bawa untuk mamat ni. Satu untuk dia dan dua lagi untuk dua orang pekerjanya yang aku nampak semalam. Kalau ada lagi sorrylah. Dua orang itu sahajalah yang aku nampak.
"Apa ni?"
"Hmmm.. saya belanja. Semalamkan awak tak bagi saya bayar upah."
Aku seakan ternampak sejalur senyum di bibirnya. Eh biar betul. Sekali lagi aku memandang tepat ke wajahnya tetapi hampa. Kelibat senyuman itu tiada membayang pun. Bermimpi ke aku.
"Okey, saya pergi dulu. Apa-apa hal awak ada nombor saya kan?"
Angguk.
"Jangan lupa pulangkan balik anak-anak saya!"
Hek eleh, kalau aku tak pulangkan baru tau. Bukan dia tahu pun rumah aku kat mana. Poyo arr mamat ni. Dah kata pinjam sohehlah kena pulangkan balik. Inikan pula anak orang.
Tangan kedua-duanya kupimpin menuju ke kereta yang memang sengaja aku letakkan di hadapan kedai. Malas nak jalan jauh-jauh.
Riuh mulut Afini berceloteh. Bertanya itu dan ini tentang rumahku dan apa yang akan kami lakukan. Nampak sangat keterujaannya. Sesekali Azfar turut mencelah. Memang Azfar ni agak pendiam. Sesekali sahaja dapat kudengar suaranya.
Sebaik memasuki kawasan Taman Tas, aku memberhentikan kereta ku sebentar di hadapan kedai Kek Kings. Tersenyum lebar Afini apabila aku mengajak mereka mengikutiku. Sengaja aku meminta Afini dan Azfar memilih kek yang mereka gemari. Akhirnya dua biji kek kami bawa pulang.
"Banyak la Kak Fira beli kek."
"Mana ada banyak, dua je."
"Dua tu banyaklah. Cikgu Abang cakap lebih daripada satu tu plural. Klu plural tu maknanya banyak."
Haish si Azfar ni. Dalam diam-diam tu, loyar buruk jugak. Tergelak besar aku dibuatnya. Boleh pulak dia samakan dengan plural bagai.
Setibanya di rumah, kelihatan mak sedang berdiri di beranda. Di tangan mak seberkas penyapu lidi. Tentu baru sudah menyapu beranda. Mak memang suka guna penyapu lidi berbeza dengan aku yang lebih gemar menggunakan penyapu biasa je. Nampakkan tahap kerajinan aku dan mak. Macam langit dengan bumi.
"Assalamualaikum mak."
"Waalaikumussalam."
Afini dan Azfar yang baru keluar daripada perut Kancil, kubawa naik ke rumah. Kedua-duanya menyalami mak.
"Adik, abang... ini maktok. Hari ni kita kawan dengan maktok ya. Tu maktok dah masak sedap-sedap untuk kita."
"Apa khabar maktok," tegur Afini ramah.
Memang tak takut dengan orang anak dara seorang ni.
"Baik. Ni siapa nama?" Mak pula mula membuka ruang perkenalan.
" Nama saya Afini. Nama abang saya Azfar. Tali maktok boleh panggil saya adik. Yang tu abang."
Cerdik betul. Petah berbicara.
"Oooohhh. Adik dan abanglah kawan Kak Firah ya."
Panjang ohh emak. Tu mesti nak ketawakan aku juga sebab aku berkawan dengan budak kecik.
"Jom masuk dalam, kita makan. Lama maktok tunggu sampai dah lapar ni."
Senyum.
Mudah pulak mak mesra dengan anak berdua ni. Adakah itu satu petanda baik buatku?
Hmmmm....
##############################################

So amacam?
Okey tak bab ni?
Meh la komen sikit.. semangat sikit k.yus nak sambung menaip.

Sayang u ols sokmo.
Kak Yus.




Wednesday, 21 December 2016

Cik Cashier Mamat Skru - #10


"Adik nak makan apa?"
Menu yang dihulurkan pelayan kedai makan yang berwajah comel itu aku hulurkan pula kepada si kecil.
"Adik selalu makan nasi dengan ayam goreng je Kak Fira," jawab si abang.
"Oh, iya ke? Nasi dan ayam goreng je? Lauk lain? Sayur?"
Geleng.
"Adik tak makan sayur."
Jujurnya jawapan.
"Abang?"
Si abang memanggung kepala dan memandangku. Terlihat ada garis sayu bertandang pada wajah itu.
"Dulu makan..."
Tak faham. Dulu makan? Sekarang? Aku cuba mencerna apa yang aku dengar.
"Kak Fira tak faham sayang..."
"Dulu..." abang diam seketika "dulu abang suka makan sayur bila ibu masak. Sekarang tak ada yang masak macam ibu, abang dah tak makan sayur sangat."
Allahuakbar.
Luluh hati aku mendengarnya. Anak sekecil ini tapi memendam rasa sebesar itu. Ya Allah. Saat itu seakan rasa hendak memeluk kedua-duanya.
Aku menyeka air mata yang hampir luruh. Segera aku memanggil pelayan berwajah comel itu kembali. Setelah memesan makanan, aku melayan celoteh dua beradik itu. Comel. Rindu sungguh aku kat budak berdua ni.
Bersorak sakan kedua-duanya apabila makanan yang dipesan tiba. Tambahan lagi aku dengan senang hati belanja mereka ais batu campur spesel. Dua scoop aiskrim di atas abc itu sungguh menggoda.
Usai menikmati makan tengah hari, aku membawa kedua-duanya pulang semula ke bengkel ayah mereka. Jam hampir pukul tiga petang dan aku lihat mamat tu masih terbongkok-bongkok berhempas pulas berperang dengan kancilku.
Kehadiran kami disedarinya namun seperti biasa wajah itu tiada perasaan.
"Awak.."
Dia berpaling ke arahku.
"Lama lagi tak?"
"Kan dah cakap tadi, awak boleh balik dulu," balasnya kasar.
Hmmmm. Tadi elok je cakap kan.
"Awak..."
Sekali lagi dia berpaling menghadapku. Kali ini ketara wajah kebosanannya. Menyampah kot bercakap dengan aku ni.
"Awak, boleh saya tumpang solat kat sini? Ada tak tempat saya boleh solat?"
Tegang di wajahnya sedikit mengendur. Tubuhnya yang membongkok kini ditegakkan. Seminit, dia terdiam.
"Err.. masjid jauh dari sini. Awak... awak boleh guna bilik saya kat atas tu lah untuk solat. Bilik air ada kat belah belakang tapi faham-faham ajelah..."
Aku angguk. Faham apa yang cuba dia sampaikan. Dah bagi aku guna bilik dia untuk solat pun dah cukup bagus.
"Tapi telekung orang perempuan tak ada."
"Tak apa. Saya memang selalu bawa."
"Abang, adik.. tolong temankan kakak ye," ujarnya kepada dua anak kecil itu.
"Terima kasih awak."
Hmmm.. memang betul-betul kena tutup mata la masuk ke bilik air bengkel tu. Dah nama orang lelaki, tak prihatin langsung. Kalau dapat kat aku ni, memang aku sental cukup-cukup. Tapi mula-mula tu harus aku tuang dua tiga botol clorox dulu. Haishh.. jangan banyak komplen. Dah bagi guna pun cukup baik. Nasib baik si abang hulurkan aku sepasang selipar tadi. Tengok daripada saiznya, memang sah mamat tu yang punya.
Berhati-hati aku menaiki tangga kayu ke tingkat atas yang kalau tidak silap aku memang dibina sendiri. Ketinggian antara lantai dan siling bengkel itu memang sesuai sangat untuk membina loteng sebagai pejabat atau ruang rehat. Jimat ruang. Setibanya aku ke bilik yang berukuran lebih kurang sepuluh darab lima belas kaki itu, sudah kelihatan tikar sejadah dibentangkan.
"Adik tolong Kak Fira ye?"
Anak kecil itu angguk dan tersenyum. Si abang yang berbaring di tepi kerusi yang beralas permaidani kecil itu turut tersenyum.
Selesai sahaja aku melipat sejadah dan telekung, terasa tubuhku dipeluk daripada belakang. Tubuh kecil itu aku tarik dan kemas berada dalam dakapanku. Senyumannya cukup membuatkan aku terpesona.
"Adik mengantuk ye?"
Dia mengangguk. Kuyu matanya pun dah aku tahu. Aku melontar pandang ke arah si abang yang sudah terlena. Mudahnya anak-anak ini membawa diri. Tubuh adik kudukung dan kemudian aku baringkan berhampiran dengan si abang. Namun dek kerana si adik masih memelukku, aku pun turut sama berbaring dengan mereka.
Nikmatnya dapat berbaring begitu. Tak kisahlah kat mana pun aku sekarang. Mataku semakin memberat.
Antara sedar dan tidak, telingaku bagaikan terdengar bunyi pintu dikuak. Bagaikan ada kelibat yang bergerak di dalam bilik itu. Namun kerana dek kantukku yang menggunung, mataku terus terkatup rapat.
Aku tersedar apabila telefon bimbitku berdering. Kucapai telefon bimbit yang berada di tepiku. Ada tiga missed calls. Semuanya daripada emak. Haish.. jam pula sudah hampir lima petang. Subhanallah. Satu jam lebih aku tertidur dengan anak-anak ini.
Aku memerhati sekeliling. Tangan si adik yang memelukku kualih cermat. Tidak mahu anak itu terjaga daripada lenanya. Si abang juga pulas tidurnya. Sejadah yang kuletakkan di sisiku sebentar tadi kini sudah molek berlipat dan tergantung di raknya. Hmm.. tentu ada yang masuk ke sini tadi. Masuk ke sini? Erkkk..
Cepat-cepat aku membetulkan tudungku dan melihat wajahku di cermin. Okey.. tak ada la muka macam baru bangun tidur sangat.
Sebaik sahaja aku tiba di bawah, kelihatan mamat itu sedang bercakap sesuatu dengan pekerjanya. Aku segera menghampiri mereka. Namun aku tidak menyapa, masih menanti sehingga mereka selesai.
Menyedari kehadiranku, mamat itu segera mendekatiku. Kunci kereta dihulurkan.
Alhamdulillah, dah selesai juga akhirnya.
"Berapa ringgit awak?"
Soalanku dijawab dengan huluran bil.
"Awak bayar barang yang saya tukar je. Upah tak payah."
Seratus lima puluh. Memang betul-betul harga alat yang diganti.
"Eh, mana boleh macam tu. Teruk awak repair tadi, berjam-jam. Takkan tak payah upah pulak."
"Tak apa, saya halalkan."
Kuhulurkan tiga keping not lima puluh. Huluranku disambut.
"Terima kasih."
"Eh, terima kasih kat awak sebab tolong saya dan bagi saya pinjam bilik awak untuk saya solat. Terima kasih juga sebab belanja saya makan tadi. Anak-anak awak tidur lagi tau kat atas."
"Okey."
Okey je? Ceh! Aku beria-ia berucap panjang.
"Err.. satu lagi. Esok boleh tak saya nak bawa anak-anak awak datang rumah saya?"
Dahinya kembali berkerut. Okey, ini memang ekspresi asli mamat ni. Kerutan dahi tu memang tak boleh dipisahkan.
"Kenapa?"
"Sajalah. Dia orang kan kawan saya. Sajalah saya nak ajak dia orang datang makan-makan kat rumah saya."
Masih berfikir. Apalah yang difikirkannya tu.
"Kawan?"
"Iyalah kawan.."
"Awak dah tak ada orang sebaya awak ke nak buat kawan?"
Aku pulak yang nak hangin ni. Kenapa, orang dewasa tak boleh kawan dengan kanak-kanak ke? Siapa yang buat undang-undang macam tu?
"Apsal? Tak boleh ke saya nak kawan dengan budak kecik? Suka hati saya la nak kawan dengan sapa-sapa pun."
"Sapa-sapa tu anak saya!"
Erkkk. Hehehe.. lupa!
"Err.. bolehlah ye. Saya janji esok saya ambik dan hantar dia orang kat sini."
Angguk.
Yes.
Yes.
Dia bagi.
Boleh tak aku peluk mamat ni? 
Iskhhh..
****************************************
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Amacam?
Okey tak cerita Zafirah dan Azlan ni?
Hah.. Kak Yus bagi marathon 2 hari ni 10 bab terus... hehehehe.
Okey.. kalau laling2 kak yus suka dengan cerita ni, cuba bagi komen sikit kat kak yus.. nanti kak yus boleh sambung up entry lagi...


Sayang Selalu;
Kak Yus

Cik Cashier Mamat Skru - #9


Huh.. panas weh.
Tak ada aircond ke tempat menunggu orang ni? Dah sejam lebih aku kat sini. Mamat ni pun kedekut hampuras.. sebotol air pun tak pelawa kat aku. Bukan demand sangat. Air mineral pun jadilah. Paling-paling kurang letaklah water dispenser ke kat sini. Boleh juga pelanggan ambil sendiri. Kedekut!!
Yang aku ni pun apa ke hal yang lurus bendul sangat. Bukan kat hujung jalan tu ada pasar raya Tunas Manja ke? Alahai.. lepak-lepak kat situ kan bagus. Boleh je tinggalkan nombor telefon kat mamat tu kan. Adehhhh!! Kepala yang tak gatal kugaru perlahan. Kalau kuat-kuat garu mahu berlubang tudung bawal aku ni. Eiii.. mahal tau tudung ni. Isteri abang ngah yang hadiahkan. Kalau kakak ipar aku tu mana reti beli barang-barang murah. Semua nak yang branded aje.
Untuk kesekian kali, aku membuang pandang ke arah mamat skru yang masih berjuang dengan kereta aku tu. Rasanya semacam dah banyak teka teki yang timbul dalam benakku ini. Iyalah, mula-mula terfikir kenapa mamat ni sombong sangat. Lepas tu timbul pulak soalan kenapa isteri dia tinggalkan dia. Paling tak menahan boleh plak terfikir agak-agak macam mana dia layan bekas isteri dia. Huiii.. semak kepala otak aku fikirkan hal orang!!!
Tiba-tiba mataku tertangkap kelibat dua kanak-kanak turun daripada sebuah van biru.
"Ayah".
"Eh, sampai dah?"
Tangan yang agak sedikit kotor dilap pada bajunya lalu tubuh si gadis kecil dipeluk. Satu kucupan hinggap di dahi si anak. Sebuah kucupan lagi singgah di dahi si abang pula.
Allah..runtun hatiku melihat adegan seminit itu. Lebih syahdu apabila melihat sang anak memeluk tubuh ayah mereka tanpa menghiraukan palitan minyak yang lekat pada pakaian si ayah.
Terus aku berdiri. Telefon bimbit kesisip ke dalam saku jeans.
"Adik!!"
Sekali teriak sahaja suaraku sudah didengari. Laju langkah si kecil berlari ke arahku. Tubuhku dipeluk kemas lantas sebuah kucupan sayang aku titipkan di pipi mulusnya. Si abang juga turut menyusul lalu menyalami aku. Tersentuh hati dengan baiknya budi bahasa anak-anak ini.
"Kak Fira buat apa kat sini?"
"Apalah adik ni, dah tentulah Kak Fira repair kereta. Takkanlah Kak Fira nak beli makanan kat bengkel ayah ni."
Adoi.. nak tergelak aku mendengarnya, lagi-lagi apabila melihatkan wajah cemberut si adik. Pandai pulak si abang membahan adiknya.
"Iya sayang, kereta Kak Fira rosak. Kak Fira minta tolong ayah adik betulkan."
"Ooooo.."
Tersenyum melihat bentuk bulat mulutnya.
"Adik dan abang dari mana ni?"
"Kelas tuisyen."
"Oh.. bagusnya. Dah makan?"
Geleng.
Hmmm.. aku pun lapar juga ni. Dahaga jangan katalah. Dahla cuaca panas.
"Ada kedai makan tak kat sini? Jom Kak Fira belanja."
"Ada kat blok belakang ni kak Fira," jawab si abang.
"Biar kami belanja Kak Fira ye..."
"Eh, tak payahlah. Kak Fira belanjalah."
Tanpa memperdulikan kata-kataku, si kecil laju sahaja mendapatkan ayahnya.
"Ayah, nak duit,"
"Oh, adik nak buat apa dengan duit?"
"Adik nak belanja Kak Fira makan. Selalu Kak Fira yang belanja nasi kukus, hari ni adik la pulak yang belanja."
"Hmm..adik ada duit ke?"
Soalan si ayah menarik minatku. Aku merapati mereka.
"Duit ayahlah."
"Eh! Tak apa..tak payahlah. Biar Kak Fira yang belanja je."
Tak aku sangka, lelaki itu terus sahaja mengeluarkan dompetnya lalu menghulurkan not lima puluh ringgit kepada si abang.
"Abang jaga adik elok-elok," pesan si ayah.
"Awak, tolong tengok-tengokkan anak saya ye."
Ya Allah, bagaikan nak luruh jantung aku apabila mendengar pesanan itu. Sumpah.. kalau boleh rewind, memang berpuluh kali aku akan rewind dan replay. Pertama kali kudengar mamat ini bersuara lembut. Lembut!! Exactly like a gentleman!!
Aku hanya mampu mengangguk kepala lalu menonton tangan kedua-dua anaknya beredar meninggalkan mamat itu menyambung kerjanya. Terngiang-ngiang lagi suara mamat tu di telingaku.
"Awak, tolong tengok-tengokkan anak saya ye."
Cesss!!!!!!
**************************************
Sayang Selalu;
Kak Yus

Cik Cashier Mamat Skru - #8


Erkkkkkkkk...
Kenapakah ini yang terjadi kepadaku?
Mengapakah harus aku harungi semua ini
Kenapa mamat sombong ni pulak? Adoilaaaaaa...
Wajah lelaki yang kedekut amat dengan senyuman itu aku pandang. Hmmmm... handsome kau!! Baru aku sedar ketampanan yang tersembunyi di sebalik wajah tak pernah senyum itu. Alah... comot dek calit-calit minyak kereta sedikitpun tak mencacatkan ketampanan itu.
"Hah.. cari apa kat sini?"
Aku masih merenung wajah itu. Bagaikan terpukau. Dua kali bertemu dan bersemuka sebelum ini tidak aku perasan. Pertanyaannya itu hanya bagaikan hembusan angin melintas.
"Cik kak...ooo cik kak."
Tangannya bergerak-gerak di hadapan wajahku. Aku tersentak. Aishhhh malu pula kantoi!
"Err...sa..sa..."
"Lorhhh gagap rupanya."
Membuntang mataku demi mendengar ejekan itu. Gagap dikatanya aku ni.
"Alo brader, saya ni bukan gagap. Terkejut je.. tak sangka pula saya jumpa awak kat sini."
"Awak nak apa datang sini?"
Eh..eh.. berlagak pula mamat ni. Aku ketuk dengan spana ni karang.
"Takkanlah saya datang nak beli ikan, dah tentulah nak repair kereta." Hambik. Ingat dia je boleh sarkastik sangat, orang lain tak boleh.
"Ooooo... nak repair kereta rupanya. Ingat nak beli ayam."
Hampuras betul!
"Hmmm.. apa masalah kereta awak ni?"
Nasib baik tanya pasal kereta. Kalau sebut lagi tok nenek cucu cicit ayam tafi, memang aku ketuk dengan spana tu.
"Saya pun tak tau apa sakitnya tapi cepat semput la, selalu enjin mati tengah jalan," balasku serius.
Back to business. 
Lelaki itu terus sahaja membuka bonet dan kemudiannya menghidupkan enjin kancilku itu. Aku yang berdiri di tepi kereta tidak dipedulikannya. Macam tak wujud je.
Kesempatan yang ada kugunakan sepenuhnya. Tadi sempat tenung muka je, sekarang bolehlah usuar yang lain-lain pulak.
Kalau dinilai daripada kacamata aku ni, mamat ni termasuk dalam kategori hot juga. Badan pun boleh tahan ketak-ketaknya. Agaknya duk angkat berat-berat kot. Daripada rambut sampai ke kaki aku usyar. Iskh.. kalau abah tahu ni harus kena cepuk. Apa la anak dara berani usyar-usyar bapa orang. Hehehe...
"Cik kak!"
Mataku masih lagi terpaku pada tubuh mamat tu. Terbongkok-bongkok entah apa yg dibuatnya dengan enjin tu.
"Oi cik kak!"
Huh.. terkejut aku.
"Pekak ke?"
"Apsal plak pekak?"
Ini boleh menaikkan darah. Ada ke dikatanya aku pekak.
"Iyalah, dah dia kali panggil tak dengar."
"Dua kali eh?"
Aku buat muka tak bersalah. Mataku masih terlekat pada lelaki itu dan saat dia berpaling memandangku, cepat-cepat aku menoleh ke lain.
"Lambat lagi nak siap ni. Awak nak balik dulu pun tak apa. Nanti siap saya telefon. Boleh tinggal nombor kat ofis."
Balik?
Naik apa?
Bas?
Huiiiii... aku dah hampir dua tahun tak naik bas. Mahu meroyan aku cari bas balik ke rumah nanti.
Fikir. Fikir. Ada pilihan lain ke tak.
"Err.. lambat sangat ke?"
"Tak boleh nak cakap berapa lama."
"Kalau saya tunggu, ada tempat boleh duduk tak?"
Suaraku mula kendur. Semangat nak bergaduh dengan mamat skru ni dah hilang entah ke mana.
"Kat tepi ofis tu ada kerusi kalau awak nak tunggu."
"Okey, saya tunggulah."
"Jangan bising pula kalau lambat."
Eh, sempat lagi nak sound aku.
Tak apa. Aku hadiahkan sebuah senyuman yang paling manis sebagai balasan sindirannya itu.
Dan tertangkap dek mataku wajah terkejut mamat skru itu tatkala melihat reaksiku. Hmmm.. aku pun terror bab berlakon ni.
Tunggu pun tunggulah.
Nak lompat kejar bas memang bukan aku la tu.
****************************
Sayang Selalu;
Kak Yus

Cik Cashier Mamat Skru - #7


"Huarghhhh"
Aku menggeliat bebas di atas katil besarku ini. Hui, best betul dapat menggeliat sesuka hati waktu pagi-pagi macam ni. Bukan senang nak dapat peluang macam ni.
Boleh dikatakan aku ni memang jarang sangatlah dapat offday hari Sabtu atau Ahad. Alasannya, Sabtu dan Ahadlah hari tak menang tangan semua staf di restoran tu. Mujur kali ni bos baik hati.
"Hah, tak payah nak huarghhh sangat. Anak dara tak bangun tinggi hari macam ni."
Bebelan mak jelas kedengaran. Erkkk.. mak dengar ke aku menggeliat tadi. Ni mesti mak mengintai aku ni.
"Orang dah bangun lama la mak."
"Tak payah nak auta la sangat Adik. Dah pukul 11 pagi ni ha.. awak bertapa ke dalam bilik lama-lama?"
"Hah..pukul 11?"
Terkejut.
"Iyalah.. pukul sebelas. Takkan subuh lagi kot!" Sindir mak.
Biar betul. Jam di dinding aku perhatikan. Jarum pendek di angka dua, jarum panjang di angka lima. Dua dua puluh lima. Err.. bukan semalam dan semalam lagi jarum tu statik duduk kat angka yg sama ke. Dahiku tepuk. Iskhh..kan jam tu mati. Tak ada bateri la. Itulah natijahnya orang pemalas. Bateri jam pun lupa nak tukar. Jam tangan kucapai. Haah.. iyalah dah pukul sebelas. Segera aku melompat dari katil.
"Hmmm..tak payah nak kelam kabut sangatlah. Kata hari ni off."
Suara mak kedengaran lagi.  Eh..betul jugak. Yang aku kelam kabut ni dah kenapa...
"Err.. tak adalah mak. Orang..."
"Kan mak dah cakap, tak payah nak auta sangat. Ni otai masih berbisa, belakang dinding pun boleh nampak."
Hamboi, berlagak betul Hajah Zuraidah ni. Aku tertawa sendiri mendengar bebelan mak.
Setengah jam kemudian aku sudah terpacul di depan meja makan. Tudung saji kuangkat. Wah, ada pulut panggang dan nasi kapit. Nasi kapit tu panggilan orang Pahang untuk nasi himpit.
"Sedapnya."
"Memey la sedap. Siapa yang masak."
Haish.. Hajah Zuraidah ni. Dah dua kali masuk bakul angkat sendiri pagi ni.
"Mak, orang tau la mak masak sedap."
"Tau tak pe."
Adusss, kena lagi!!!
"Hmmm.. awak tu bila nak belajar memasaknya. Jangan asyik pandai makan je. Nanti dah bersuami takkan nak angkut ke Nasi Kukus tu aje setiap hari."
Merah telinga aku weh!!
"Err.. bila orang kata nak kahwin je baru orang belajar ye mak."
"Hmmm..nampak gaya berjanggut la nak dapat suami."
"Eh, kalau berjanggut memang tak dapat la suami mak. Takut boifren nak masuk meminang kalau orang berjanggut."
"Banyak pulak akal dia." Mak dah mula buka kitab. Sebelum mak berceramah panjang, baik aku tukar topik.
"Mak, abah mana?"
"Kenapa?"
"Orang nak suruh abah tengok kancil tu kejap."
"Lambat. Abah dah naik Cameron Highland dengan Pak Akob lepas Subuh tadi. Esok baru balik."
"Amboi, naik Cameron Highland tak bagi tau orang pun. Tak aci. Kalau tahu boleh orang ikut."
"Bukan awak je yang tak boleh ikut. Mak pun tak dapat ikut."
"Kenapa?"
Haah, pelik juga.  Selalunya Guru Besar pencen tu kalau ke mana-mana mesti bawa mak sekali. Haji Zabidi dan Hajah Zuraidah digelar loving couple dek orang kampung ni.
"Pak Akob ajak abah temankan nak borong apa entah kat sana. Lepas tu ada temujanji bisnes katanya. Dengan supplier sayur-sayuran."
"Ooooo..".
Ternganga aku sekejap. Gigih Pak Akob ni. Pak Akob pun pesara kerajaan juga, sekarang ni buka mini market di kawasan perumahan kami. Anak sulungnya yang selalu jaga mini market tu.
"Oh, patut hari tu orang ada dengar abah cakap Abang Syid nak jual barang basah kat kedai."
"Iya la tu kot. Dah tu kancil awak tu kenapa?"
"Entahlah, dua tiga hari ni macam semput-semput pulak."
"Hah..tak payahlah tunggu abah. Elok off hari ni pergi bawa kancil tu ke bengkel."
"Ala.. selalu abah yang bawa."
"Pergi ajelah kat ID Workshop tu. Tu bengkel abah selalu hantar kereta."
"Kat mana ya?"
"Jalan Beserah. Dekat-dekat dengan Shell kalau mak tak silap."
Hmmm..memang otai masih berbisa. Semua tempat mak ingat. Kalau aku? Bandar Kuantan tu pun boleh sesat lagi...
Usai bersarapan, aku terus mendapatkan mak. Pipi mak aku kucup laju. Sayang mak.
"Okey mak, orang pergi dulu ye."
"Jangan balik lambat," pesan mak.
"Berehhhhh."
"Errr.. kalau mak nak lunch, mak makan dulu ya. Orang takut tak sempat siap," sambungku. 
Kesian pula kalau mak tunggu aku.
"Berehhh!!"
Amboi Hajah Zuraidah ni. Cepat betul belajar.
Aku meninggalkan mak yang santai duduk di sofa sambil membaca kitab tafsir dengan tawa halus. Seronok dapat bergurau dengan mak.
Berpandukan kata-kata mak tadi, aku memandu terus ke Jalan Beserah. Mataku tertumpu ke setiap papan tanda.
Yeahh.. tak susah pun nak cari. ID Workshop betul-betul terletak di tepi Shell. Kedai lot corner. Nampaknya banyak juga kereta.
Sejurus sahaja terlihat petak kosong, aku terus parkir kancil comelku itu. Kalau tunggu kat kereta sahaja dan mengharapkan pekerja bengkel tu approach aku, memang malam karanglah kot baru ada. Baik aku yang pergi tanya.
Kebetulan, kelihatan seorang lelaki berjumpsuit kelabu mekanik sedang menulis sesuatu. Badannya dihadapkan ke arah bonet kereta maka hanya belakang tubuhnya yang dapat aku lihat.
Boleh tahan body mamat ni. Gatal la kau Zafirah.
"Errr.. abang, boleh tumpang tanya?"
Aku meninggikan sedikit suaraku agar dapat didengarinya dalam hiruk bunyi kereta yang dibaiki.
"Ya?"
Lelaki itu segera berpusing ke arahku.
Erkkkkkkkk..........
***************************************
Sayang selalu;
Kak Yus
 

Blog Template by YummyLolly.com