Friday 1 June 2012

Mengintai Bahagia ~ Bab 20

Seawal jam tujuh setengah Dzil sudah pun terpacak di hadapan kantin kampus sambil berjalan mundar-mandir.  Sesekali dia mendongak melihat kepulan awan yang membentuk berbagai arca, cantik disinari mentari yang baru menampakkan diri.  Kicauan burung di dedahan rendang pepohonan yang mengindahkan kawasan kampus sungguh merdu di corong telinga.  Bagaikan alunan muzik berirama riang menjadi halwa telinga.  Pelik, segalanya tiba-tiba menjadi sungguh indah buat Dzil.  Bukannya dia tidak pernah mendongak ke langit dan mendengar kicau burung namun segalanya tidak pernah terasa seperti pagi ini.  Sesekali matanya mengerling ke arah jam di tangan, terasa sungguh lambat masa berlalu. 


            Hish, macam nak keluar first date pula rasanya sedangkan bukan dia tidak pernah keluar makan bersama Acam pun sebelum ini.  Sudah kerap kali mereka keluar makan di hujung simpang namun inilah pertama kali mereka akan bersarapan bersama.  Di kantin kampus pula tu.  Kira first date jugalah kan.  Tersengih-sengih Dzil melayan fikirannya sendirian.  Sambil menanti, matanya galak memerhatikan tingkah manusia yang lalu-lalang di hadapannya keluar masuk kantin.  Perut pun dah ada pancaragam orkestra bersiap sedia nak buat show. 

Bibir Dzil mengukir senyum apabila terlihat kelibat Acam yang sedang melenggok berjalan ke arahnya.  Dari jauh sudah terpancar aura seri wajah gadis itu.  Dzil mengamati langkah perlahan yang disusun Acam satu persatu.  Dia perasaan, jauh sungguh berbeza dengan langkah Acam ketika mereka mula-mula bertemu.  Kalau dulu, satu langkah mahu empat lima tapak, tetapi sekarang ni sudah mengurang sedikit walau pun masih terpancar sikap kasar di sebalik penampilan ayu itu.  Apa-apalah, yang penting di hati gadis itu sudah ada ruang untuknya bertamu.

“Sorry, dah lama tunggu ke?” tegur Acam dengan senyuman manis terukir di bibir.  Cepat Dzil menggeleng menidakkan soalan Acam, “Eh, taklah, baru je lagi sampai,” balas Dzil.  Segan pula nak mengaku dah tiga puluh lima minit tercangok kat situ, nanti mesti minah ni ketawa.  Tak ketawa depan-depan pun, mesti ketawa dalam hati.  Tahu sangat peel minah sorang ni.

“Hmm.. jom.  Dah laparlah,” ajak Dzil.

            Acam mengekori sahaja langkah Dzil menghala ke kaunter kantin yang menempatkan barisan juadah untuk sarapan.  Pinggan yang tersusun kemas di sudut kaunter diangkat lalu dihulurkan kepada Dzil yang telah pun mendahuluinya.  Acam masih lagi melihat-lihat juadah yang ingin dijamunya, namun matanya tertancap pada pinggan di tangan yang sudah pun dipenuhi dengan bihun goreng dan sambal sotong.  Hish, mamat ni pepandai je dia.  Eh, tapi kan, memang dia berhajat nak makan bihun pun, mana mamat ni tau ek. Matanya mengerling ke arah Dzil yang mengusung dua biji pinggan dan sudah pun bergerak ke kaunter minuman.  Setelah minuman dipesan, laju langkah Dzil menuju ke kaunter pembayaran.  Acam hanya menuruti tanpa banyak bicara.  Melihatkan kuih muih yang memenuhi pinggan di tangan Dzil dan nasi lemak di dalam pinggan yang satu lagi, Acam menggelengkan kepala.  Ini nak makan ke, kenduri mamat ni.

“Awak, nah duit saya,” ujar Acam sambil mengunjukkan wang untuk bayaran makanannya.

“Simpan duit awak.  Kan saya yang ajak awak sarapan dengan saya, sayalah belanja,” jawab Dzil berbisik.

“Eh, janganlah macam tu,” Acam menolak.  Serba salah pula rasanya.

“Please, saya belanja ye.  Lain kali awak belanja saya pula, jom cari tempat duduk,” balas Dzil.  Sedikit tegas bunyinya.  Iyalah, dia faham sangat dengan peel Acam ni, kalau tak bertegas begitu, mahu satu jam mereka berbalah hal kecil-kecil macam ni.

“Okey, kalau macam tu awak belanjalah saya tiap-tiap hari.  Save budget!”

Dzil yang mendengar lawak kampus Acam tergelak kecil.  Hamboi, lawan tokeh nampak!

            Beberapa pasang mata mengekori langkah mereka sehinggalah mereka mendapat meja kosong yang terletak di sudut luar kantin.  Biasalah, nanti riuh la satu kampus gossip pasal mereka.  Hebat-hebat juruheboh yang ada di kampus ni.  Apa pun, Dzil memang tak pernah ambil peduli mengenai perkara itu.  Lagi suka ada!  Acam pula, dengan wajah selamba dia sahajalah.  Bukan tak segan, tapi kalau nak dilayan kata-kata orang, hmm sampai bila-bila pun tak boleh nak buat apa-apa.  Lantakkan ajelah!

            “Petang ni awak pergi tak tengok final match nanti?”  Soalan Dzil penuh dengan nada mengharap.  Memang dia berharap sangat Acam akan menyertai mereka.  Tak dengar suara Acam, dapat tengok wajah Acam pun dah cukup.

            “Tak pasti la awak, saya bukan minat sangat pun,”

            “Datanglah, saya harap sangat awak ada petang nanti,” pujuk Dzil.

            “Hmmm.. tengoklah macam mana nanti,”

            “Kalau saya tanya awak marah tak?”

Acam mengerutkan kening mendengar soalan Dzil.  Soalan apa macam tu ye, tanya marah ke tak marah, hish mamat ni, desisnya.  Namun dia melayan juga, “tengoklah kalau soalan tu kena pada tempatnya, tak adalah saya nak meroyan semacam.”

            “Awak dah maafkan saya?”

Laa, soalan itu je ke.  Ingatkan nak tanya apa tadi, kot-kotlah nak ajak couple betul-betul ke.  Lawak betullah mamat ni.  Acam rasa macam nak tergelak besar mengenangkan macam-macam persoalan yang timbul di benaknya tadi.  Hish, aku plak yang lebih-lebih, getus Acam sendiri. 

            “So far, okeylah.  Tak ada apa pun nak dimaafkan.  Boleh tak kita cerita pasal lain…”  Acam cuba menukar topik perbualan.  Sebenarnya dia agak keberatan dan malu untuk berbicara mengenai hal itu.  Iyalah kan, dia je yang rajin sangat nak merajuk sakan, sedangkan Dzil dan dirinya bukan ada apa-apa pun.  Masing-masing tidak pernah declare tentang hubungan mereka serius atau tidak.  Hanya hati masing-masing sahaja yang seakan mengerti perasaan yang diusung ke hulu ke hilir.

            “Rasa kuih ni, sedap tau.”  Dzil menolak pinggan yang berisi kuih muih ke arah Acam.  Mata Acam terarah pada kuih tepung bungkus yang memang nampak menyelerakan.  Rasa malu dicampak jauh-jauh.  Tangan halusnya mencapai kuih itu dan ternyata memang tepat kata-kata Dzil.  Memang enak.  Kenapa eh dia tidak pernah makan kuih itu sebelum ini.  Atau adakah kerana Dzil yang belanja semuanya jadi sedap dan enak sahaja.  Arghhhhh.. dah mulalah hati tu nak melalut.  

****************************


            Petang itu padang PUO dipenuhi dengan penyokong-penyokong daripada kedua-dua pasukan yang bertanding.  Masing-masing dengan sepanduk dan macam-macam poster pun ada demi untuk menyokong pasukan yang diminati.  Memang agak sengit pertandingan final Piala Ungku Omar kali ini.  Apatah lagi pasukan lawan antara Pasukan Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Elektrik yang memang dikenali sebagai musuh tradisi.   Dzil yang telah awal-awal tercegat di tepi padang dan melakukan warming up bersama rakan-rakan sepasukan turut terkena tempias.  Hatinya semakin berdebar-debar apabila melihatkan betapa ramai penyokong kedua-dua pihak yang hadir.  Terasa seolah-olah bermain dalam final Piala Malaysia la pula.  Rakan-rakan sekelas Dzil pun turut turun padang petang itu memberi sokongan moral.  Riuh-rendah dengan sorakan mereka memberi semangat kepada para pemain.  Bagai nak rak sokongan yang diberikan.  Masing-masing mengharapkan kali ini piala akan bertukar tangan, biarlah jaguh tinggal nama sahaja.  Jaguh baru harus dijulang.

“D. Z. I. L …DZIL..  Here we go Ale, Ale, Ale.. Go, go, go! Ale, Ale, Ale!” jeritan demi jeritan kedengaran. 

            Alah, siapa lagi kalau bukan si Tasya dan rakan-rakan perempuan sekelas Dzil yang sukarela menjadi pompom girls.  Berbagai aksi mereka lakukan untuk menceriakan suasana.  Memang Dzil tahu, semua tu idea Tasya.  Minah tu memang kepala gila-gila, tak selari dengan gediknya tu.  Tapi kepala memang best, sebab itu dia boleh rapat dengannya.  Kelakar juga apabila melihatkan gelagat rakan-rakannya.  Dzil telah menanam tekad, kali ini biarlah kemenangan menjadi milik mereka. 

Sesekali Dzil menjeling ke arah  ratusan manusia yang berada di sekeliling padang.  Dia amat berharap seraut wajah yang satu itu hadir terselit di celah-celah mereka.  Hati yang mula merasa lesu menjadi segar tiba-tiba apabila seraut wajah itu berjaya dikesannya.  Acam ada di sana!  Eh, sejak bila pula dia minat bola, kan dia yang cakap dia tak minat.  Hati Dzil meronta-ronta ingin menghampiri Acam tapi segera ditahannya.  Mana boleh, kan Acam sedang duduk dalam kelompok penyokong pasukan lawan. Namun, Dzil segera melambaikan tangan kea rah Acam.  Tidak kisahlah Acam perasan atau tidak, yang penting Acam ada di situ.

Sepuluh minit telah berlalu, permainan yang baru bermula semakin panas.  Masing-masing menunjukkan kehebatan tidak mahu mengalah.  Sepanjang perlawanan hati Dzil rasa serba salah, iyalah, asyik dok memikirkan kelibat Acam yang seperti tidak nampak akan dirinya.  Sedikit pun senyuman tidak dilemparkan kepadanya.  Adakah Acam panas hati melihat gelagat Tasya dan gengnya yang sedari awal lagi terjerit-jerit menyebut nama Dzil.  Memang die hard fan mereka tu.  Malah Dzil juga serba salah, nak memenangi perlawanan atau berikan sahaja kemenangan kepada pihak lawan.  Kan pihak lawan tu pasukan Acam.  Hadoi, kalau macam ni terus-terusan mesti tak boleh main dengan sepenuh hati.  Memang dilemma sungguh Dzil dibuatnya, namun pertimbangan dan semangat setia kawan dalam berpasukan mesti diutamakan.
           
            “Pandanglah sini sekali Acam oi, senyum ke, kenyit mata ke..alahai minah ni kede betullah,” rungut Dzil ketika berhenti melepaskan lelah seketika.

            Dzil sengaja menendang bola ke luar padang mengarah ke astaka tempat Acam duduk.  Sengaja juga dia berlari-lari anak mengutip bola dengan harapan agar Acam melemparkan senyuman untuknya.  Tapi harapan tinggal harapan, pandangan Dzil dipandang sepi oleh Acam.  Tiada sekelumit pun senyuman terhias di bibir comel itu.  Eii, geramnya.  Hendak sahaja Dzil picit-picit mulut kecil Acam tu.  Kedekut betul.

            Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Dzil, satu berbalas kosong.  Sengit sungguh perlawanan final kali ini.  Itu pun hasil kesilapan pemain Pasukan Kejuruteraan Elektrik yang menampan gol masuk ke gawang sendiri.  Sorakan riuh berkumandang oleh penyokong-penyokong setia pasukan.  Perasaan megah dan bangga bukan main lagi apabila dapat menjulang piala pusingan yang memang diidam-idamkan.  Mata Dzil liar mencari kelibat Acam namun hampa.  Gadis itu sudah tiada di tempatnya tadi.  Mungkin Acam telah pulang lebih awal sewaktu riuh rendah sebentar tadi, lagi pun hari dah menghampiri maghrib. 

            Malam itu, suasana di rumah Dzil riuh rendah dengan sorakan kemenangan dan berbagai cerita berkisarkan perlawanan petang tadi.  Dzil tidak turut serta bersama mereka kerana kepenatan.  Setelah berbaring di atas katil bujangnya, baru badan terasa lenguh sana, lenguh sini.  Dia mencapai telefon bimbitnya dan baru dia terperasan ada satu mesej yang tidak dibaca semenjak tadi.  Segera dia membacanya apabila disedari mesej itu daripada Acam.

‘Tahniah pasukan awak menang, tak sangka awak memang berbakat.  Sorry tadi saya memang tak selesa di sana, datang pun terpaksa untuk bagi sokongan pada pasukan Elektrik.  Tapi apa pun, saya tahu awak pasti tahu, saya selalu sokong awak!’ – Acam.

Tersungging senyuman lebar di wajah Dzil.  Wah, rupanya Acam memang memerhatikannya.  Memang tak salah lagi, memang semangat Acamlah yang sentiasa ada bersamanya tadi.  Jari kasarnya terus menekan butang keypad telefon.

‘Terima kasih awak.  Saya baru baca mesej awak.  Saya tadi cuba curi-curi perhatian awak, ingat awak tak heran kat saya.  Tapi saya tahu, semangat awak memang ada dengan saya, sebab awak istimewa…’ – Dzil.

Lima minit kemudian….

‘Dah, tak payah nak melankolik, melodrama .. dah menang okeylah.  Pi tido, hari dah malam.  Esok ada kuliah dan breakfast esok saya belanja’ – Acam.

‘Eh.. bukan awak ke yang suruh saya belanja awak hari-hari.  Tapi kalau awak belanja saya tak tolak’ --- Dzil.

‘Eleh, orang nak belanja banyak songeh pula.  Kang saya cancel nanti’ – Acam.

‘Alorhh.. gurau je.  Okey jumpa awak esok.  Goodnite my girl, dreams of me – Dzil.

‘Always do’ – Acam.

            Malam itu Dzil tidur lena dalam senyuman.  Sempat dia memahat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana menyanyanginya terlalu banyak dengan memberi berganda kebahagiaan kepadanya hari itu.


*****************************************

Firstly (wah ..cam karangan lak..), Kak yus pohon berbanyak-banyak maaf cos hampir dua minggu biarkan blog kita ni bersawang.  Tak diupdates apa2 pun.  Kesihatan yg merudum ni membataskan semua pergerakan.  Harap n3 ini dpt mengubat rindu sayang2 kak yus kpd Acam dan Dzil.  Kak Yus harap dpt juga rindu kak yus pd sayang2 semua terubat dgn komen2 sayang2 k.yus ni.. TQ darling.. i lebiu ols..

**Terima kasih juga kerana sentiasa mendoakan kesihatan kak yus..**

~ Kak Yus ~

9 comments:

  1. besssttttt... ini la yg ditggu2 setiap hari... apsal dzil xmo luah kt acam lg..? huhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. Hanisa Sayang.. Dzil kata nanti bila dia propose.. dia nak impact dia terus tuju ke hati Acam.. hehee.. time tu Acam tak sempat nak paling ke belakang pun.. utk kata YES..

    ReplyDelete
  3. ai like!! :)

    mizz acu

    ReplyDelete
  4. senyum jer baca...

    ReplyDelete
  5. akakkkkkk, best nyer....

    baca bab dating kt kantin tu pon dh suka sensorang ni.. hahaha

    caiyok dzil!

    ReplyDelete
  6. best... thanks kak Yus sebab updates...
    terlerai rindu pada Dzil dan Acam...
    nasib baik dah berbaik semula... Acam jangan merajuk dah ya... tapi, kalau merajuk pun tak apa sebab Dzil kan ada... hihhi... ^^

    ReplyDelete
  7. makin sweet ACAM dan DZIL.kak yus!
    cepat2x karang next entry lak ye.
    the best lah kak yus ni
    chaiyook! >_<

    ReplyDelete
  8. best la kak yus n3 ni....
    semoga kak yus cpt sembuh dan buat n3 yg baru lbh byk lg...

    ReplyDelete
  9. haha.. luculah tasya... gilak eksaited.. walhal pakwe orang tuh~

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com