Sunday 3 June 2012

Segment Ilmu -- Panduan Menulis Cerpen



Salam sayang-sayang Kak Yus, 

Hari ni Kak Yus nak berkongsi ilmu yang Kak Yus dapat daripada ruangan Perkhidmatan di blog DBP iaitu BIMBINGAN BERKARYA -- Menulis Cerpen.    K. Yus terjumpa article tu masa k.yus dok google cari bengkel penulisan kreatif/naratif nak hantar anak dara kak yus cuti2 sekolah ni kan.. anak dara kak yus ni mmg minat menulis, so elok juga kak yus asah bakatnya yg ada tu.  Bagi adik-adik yang berminat untuk mencuba menulis cerpen, jom kita baca sedikit ilmu ini dan cuba explore bakat yang ada tersimpan di dalam diri kita.  Kadang-kadang kita boleh menulis, cuma ada masa kita tidak yakin yang tulisan kita itu sudah mantap atau belum.. jom, jangan takut untuk mencuba.  Kita tengok apa yang perlu ada utk sebuah cerpen yang baik...

Apa itu CERPEN?
Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di campur dengan imaginasi,
satu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) dengan rekaan (imaginasi) pengarang.

Panjangnya cerpen ialah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan. Oleh sebab makna dari segi istilah cerpen itu ialah cerita pendek maka ada yang menyebutkan panjang cerpen ialah sehabis meminum secawan kopi atau sehabis menghisap sebatang rokok.

Apa yang mesti ada dalam karya sastera seperti cerpen?

Yang pertama
Intelek iaitu ada sesuatu pemikiran yang tinggi dalam cerpen tersebut.   Maknanya dalam karya tersebut ada mesej yang mahu disampaikan kepada pembaca supaya boleh direnung dan difikir oleh pembaca untuk dijadikan panduan, mendapatkan pengetahuan dan pengalaman.

Yang kedua
Pancaran emosi dalam cerpen tersebut sama ada gembira, sedih, sinis. Maknanya cerpen tersebut memilih persoalan dan stail/gaya bahasa yang boleh dihayati dengan baik oleh pembacanya dan dapat menimbulkan suatu fikiran khusus serta memberikan kesan pengajaran dan hiburan.

Yang ketiga
Peristiwa/persoalan dalam cerpen tersebut dituliskan dengan mata hati dan mata fikir iaitu dengan imaginasi yang mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan angan-angan. Ada matlamat dalam penulisan cerpen ini dan biasanya hal-hal yang positif.

Yang keempat
Sesebuah cerpen ada teknik persembahannya iaitu cara olahannya, susunan peristiwanya dan diksi-diksi yang dipilihnya.

Bentuk CERPEN.
Pertama
mimesis/peniruan iaitu meniru atau merakamkan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ditambah dengan imaginasi pengarang.

Kedua
cerpen beralasan  iaitu mengadakan satu dasar atau alasan untuk mengubah bentuk biasa seperti menciptakan watak daripada mahluk asing.

Ketiga
cerpen mimpi iaitu cerita seperti dalam mimpi, dengan sifat luar biasanya, perlambangan tertentu sehingga ada waktunya tidak boleh diterima akal.

Ciri-Ciri Khas Cerpen:

1.  Singkat, padu, intensif (ada perkara yang ditekankan)
2.  Ada adegan, watak, gerak.
3.  Bahasa tajam dan menarik
4.  Interpertasi pengarang kepada kehidupan
5.  Dapat menimbulkan satu kesan
6.  Menarik perasaan pembaca
7.  Penggambaran jelas pada peristiwa yang dipilih
8.  Ada cerita/persoalan utama, watak utama, latar dan suasana

OK.. harap segmen ilmu yang Kak Yus paparkan malam ni dapatlah membantu adik-adik kesayangan Kak Yus di luar sana untuk mula menulis ye.. 

~Lots of Luv.. Kak Yus ~

5 comments:

  1. terima kasih
    panduan ini sgt membantu saya
    meningkatkan lagi ilmu pengetahuan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih bnyk atas perkongsian ilmu ya kak Yus...semoga ini akan memberi manfaat utk generasi muda kita...:)

    ReplyDelete
  3. Thank you! Nak try menulis :)

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com