Monday 16 July 2012

My Very First Novel Review : Kau Pemilik Hati ~ Ayumi Syafiqah


Salam sayang2 Kak Yus;

Dah lama sebenarnya Kak Yus nak buat n3 ni, Review Novel .. tapi macam biasalah, nak menaip n3 MB n SC pun selalu ngelat, inikan pula nak buat novel review kan.  Dah tu, semenjak dua menjak ni novel2 tu seakan duduk bertapa je kat dalam lemari, cantik tersusun, berhabuk pun iya.. tak bersentuh pun.  Crucial benor timing Kak Yus sekarang ni.

Ok, malam ni Kak Yus nak wat review novel Kau Pemilik Hati hasil nukilan Adinda Ayumi Syafiqah.  Mengenali beliau secara peribadi.. memang tak sangka sungguh beliau mampu menghasilkan sebuah garapan yang cukup indah di mata Kak Yus. Orangnya sungguh pendiam, dan sangat pemalu.

Kita mulakan dengan introduction, Kau Pemilih Hati ini berkisarkan tentang sepasang suami isteri, berkahwin tanpa rasa cinta (di sebelah pihak si perempuan).. Qarissa seorang gadis lulusan luar negara, anak seorang ahli perniagaan yang hebat dan mempunyai perwatakan yang agak nakal, bebas dan lepas laku.  Manakala si lelaki, Zafril, seorang lelaki yang boleh dikatakan agak penyabar, lembut dan matang dalam membuat keputusan serta bijak menyesuaikan diri.  Beliau disenangi oleh majikannya iaitu bapa Qarissa.

Seperti biasa, akan berlakulah insiden demi insiden yang akan merencahkan kehidupan mereka sehingga mereka berkahwin dan akhirnya menemui cinta dalam benci tapi suka itu.  Apabila rumahtangga yang baru dibina mula hendak merasai mekar rasa cinta, halangan dan rintangan pun mula mengetuk pagar hingga kekadang mengguris hati kedua-duanya.  Sesuatu yang di luar duga berjaya dimasukkan di tempat yang sesuai sehingga Kak Yus tak boleh nak predict apa akan terjadi daripada awalnya.  Sedikit demi sedikit Kak Yus tenggelam dalam kemelut rasa kisah rumah tangga Qarissa dan Zafril.

Kak Yus tak nak lah buat synopsis pula kan.. nanti jadi essei stpm tak pun cerpen lak, tapi apa yang Kak Yus suka tentang KPH ni, kebijaksanaan Ayumi menjentik rasa ingin tahu pembaca melalui Prolognya.  Mula-mula Kak Yus baca.. dah rasa - - eh kenapa ni?  Bukan ke cerita ni suppose to be happy ending.  Iyalah kan.. selalunya Prolog tu kan intro untuk ending sesebuah cerita.  Saspen sekejap sehingga Kak Yus menyelak setiap helai.  Wah, rasa rugi lak tak baca awal-awal dulu, ketika hari first terima KPH ni.

Sudut bahasa, bagi Kak Yus garapan bahasa dan ayat Ayumi sangat baik.  Kesilapan-kesilapan kecil tidak mencacatkan  keindahan garapan beliau sehingga Kak Yus sendiri hampir tidak menjumpainya ketika tenggelam dalam perasaan sendiri.  Hukaloh, Qarissa pun tak de la nak teruk sangat merana, tetiba Kak Yus pula yang lebih-lebih.. itu terjadi apabila pembacaan Kak Yus sampai ke bab-bab akhir …

Jika anda bertanya, berapa bintang Kak Yus nak bagi.. jawaban Kak Yus mudah.. Kak Yus tak layak memberi bintang untuk karya mana-mana penulis pun.  Bagi Kak Yus, setiap karya adalah masterpiece.  Mereka telah meletakkan perasaan, hati dan jiwa mereka dalam setiap garapan, setiap perkataan, setiap ayat, setiap konflik dan setiap pengakhiran, mengapa harus kita memperlekehkan mereka.  Hargai setiap patah dan baris yang telah mereka persembahkan untuk kita.  Ini personal thought Kak Yus ye.. tak ada kena mengena dengan orang lain.  Masing-masing berhak membuat pilihan mereka..

Akhir kata, bagi sesiapa yang belum lagi melayan dan memiliki Kau Pemilik Hati, tak rugi untuk anda membeli dan membacanya.  Bukan kerana Ayumi Syafiqah itu sahabat, teman dan adik Kak Yus tapi kerana beliau adalah seorang penulis yang berbakat, yang boleh membuai anda dengan setiap bait kata yang tersusun indah.  ANDA TAK PERNAH AKAN RASA RUGI..

Untuk Adinda Ayumi Syafiqah, jangan pernah rasa kuciwa dengan diri sendiri.. teruskan melakar tinta dengan jari jemari keramatmu. Bakat itu telah lama bertahta di dalam dirimu, luahkan ia sebaiknya.. 

Okey sayang2 Kak Yus.. terima kasih kerana sudi melayan bebelan Kak Yus.  Nak komen? Sila-sila, terima kasih daun keladi.. 

Luv u ols so much
~Kak Yus ~


4 comments:

  1. terima kasih banyak2 kak yus.. nak susun perkataan 'terima kasih' tu sampai setinggi Eiffel Tower tau kak! hehe :')

    ReplyDelete
  2. Saya memang sukaaa sangat novel KPH nie kak..

    ReplyDelete
  3. Ayumi ~ sama2 kaseh.. apa yg baik n bagus harus kita kongsi bersama..

    Aziela ~ mmg bestkan.. makin lama makin ralit membaca dibuatnya.. hehe

    ReplyDelete
  4. Saya baru abis baca novel nie semalam... sangat best... tahniah ayumi... salah satu koleksi saya yang terbaik.... jalan cerita yang tenang dan membuat hati tidak sabar nak abiskan setiap helai..

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com