Monday 16 January 2012

Bab 1 .. Biar Cinta Bertaburan




             “Awak ni kan, otak tu kalau jual kat pasar, otak lembu lagi laku tau!” Terkedu.  Hampir semua staf di ruang besar tu terdiam menikus mendengar suara yang bagai guruh dilangit tu.  Hujan tidak ribut pun tidak, tetiba je guruh berdentum. 

          Ya, ampun!!  Janganlah mamat kerek ni jadi bos aku sudahlah.  Muka je budget hensem, tapi mulut memang tak ada insuran langsung.  Suka hati mak ayah dia je nak sound staf dia macam tu.  Kalau kat dalam pejabat ke, boleh la ampun lagi.  Ini dah terang-terang kat public.   Dalam diam, hati aku mengutuk mamat tu.  Tapi muka memang budget hensem.  Kalah pelakon Korea.

          “Ayesha, jangan terkejut ye dik.  En. Emeer tu nampak je garang, tapi hati baik.  Staf kat sini dah biasa dah dengan pe’el dia tu,” tiba-tiba Kak Munirah bersuara seolah-olah nak memadamkan api keresahan yang tiba-tiba melanda aku.  Iskhh.. ni mesti mamat kerek ni bos aku.  Sahih dah ni.  Kalau tidak masakan Kak Munirah nak cover lak mamat tu.  Terkulat-kulat aku memandang ke arah borang-borang yang telah aku tanda tangan sebentar tadi.  Alamak, kalau betullah mamat ni bos aku, tak ke haru hidup aku lepas ni.  Nak ke aku kerja dengan mamat ni.  Lapan jam paling kurang nak mengadap muka mamat budget hensem ni. 

          Setelah selesai urusan di Bahagian Pentadbiran, Kak Munirah membawa aku ke tingkat empat yang menempatkan ke semua pejabat Pengurus  Besar bagi setiap Bahagian dan bilik CEO.  Di sini juga ditempatkan pejabat khas bagi semua Personal Assistant merangkap Setiausaha kepada Pengurus-pengurus Besar dan CEO.  Bilik Mesyuarat juga terdapat di tingkat yang sama.  Wah! Boleh tahan juga cantik dekorasi ruang di situ.  Kak Munirah mengarahkan aku ke pejabat yang paling hujung.  Katanya, di situlah pejabatku bertentangan dengan pejabat Pengurus Besar Bahagian Am.  Aku ditugaskan mengurus semua keperluan Pengurus Besar Am, menyediakan material untuk Management Meeting, Board Meeting, Budget Meeting, Business Development Meeting, malah terpaksa juga hadir dalam setiap mesyuarat serta demo syarikat.  Hmmm.. Ijazah pun belum dapat, dah berat tugasan yang nak aku pikul.  Boleh ke, Cik Ayesha Sorfina.. gerutu hatiku.

          Tak sampai lima minit, suara guruh yang aku dengar di tingkat bawah tadi menjerit memanggil namaku.  Kak Munirah hanya mengenyit mata sambil mengangkat ibu jarinya lalu bergegas meninggalkan aku. 

          Sempat la juga aku membaca dua tiga doa pelindung diri sebelum masuk ke bilik pemilik suara halilintar tu.  Tanda nama yang bertulis “ENCIK EMEER ZAFRAN – PENGURUS BESAR AM” kutenung sekali lintas.  Perghhh… nama sikit punya bagus.  Sejuk je telinga mendengarnya tapi pe’el tak boleh blah.

          “Yang awak terjenguk-jenguk tu kenapa? Nak suruh saya sediakan red carpet ke baru nak masuk?” Wah, belum apa-apa lagi aku dah kena jerkah.  Jariku laju sahaja menggaru kepala yang tak gatal.

          “Ada kutu ke?” soal Mamat budget hensem tu lagi.  Aku menggeleng-geleng kepala.  Masih lagi membisu.  Otak aku berperang dengan hati.  Nak bertanya atau biarkan sahaja mamat ni yang bercakap.

          “Hah, first day kan?  Saya nak tau, awak ni ada perancangan ke nak kahwin dalam masa-masa terdekat ni?” soalan yang membuntangkan mata ku yang dah sedia bulat ni.  Soalan jenis apa ni?  Ada ke soalan-soalan spesis ni yang ditanya dalam interview. 

          “Hmmm.. kenapa En. Emeer tanya saya cam tu?  En. Emeer nak masuk meminang saya ke?  Atau En. Emeer tak nak PA yang dah nak kahwin?”  Wah, rasa macam nak sepak-sepak je mulut aku sendiri dengan soalan cepumas yang tetiba je keluar daripada mulut aku yang boleh tahan jugak lasernya ni.  Jawapan daripada soalan yang aku ajukan tu, tak lain dan tak bukan hanyalah buntangan mata merah menyala si empunya diri. 

          “Pn. Munirah dah brief awak tadi kan tentang tugasan awak?  Saya tak suka staf yang buat kerja sambil lewa, dah tu tak ikhlas pula.  Awal mesti ada awal sepuluh minit daripada saya, kalau saya belum balik, awak pun tak boleh balik lagi.  Saya nak tiap-tiap pagi dan selepas lunch mesti ada Nescafe O, satu sudu gula je atas meja saya.  Faham?” panjang lebar arahan bos aku ni.  Satu persatu aku catit untuk memudahkan aku mengingatinya pada masa depan.  Itu pun kalau aku lama la bekerja dengan mamat cerewet ni.

          “Dah tu, apa tercegat lagi.  Pergilah buatkan Nescafe O saya tu.. ingat satu sudu gula je.. tak mau manis,” jerkahnya.

Omang aii.. dah la nak suruh aku buatkan minuman, tak ada hati ke nak minta tolong baik-baik.  Nasib tak baik nanti aku tuang sebungkus gula dalam Nescafe O tu. 

          Hampir jam empat petang, telefon di meja ku berbunyi.  Hari ni, dah berpuluh-puluh kali aku jadi penyambut telefon tu.  Nasib baiklah suara-suara yang kudengar di hujung talian tu lembut-lembut belaka.  Bolehlah jadi pengubat hatiku yang dah terjongket-jongket dengan rasa sebal ni.

          “Assalamualaikum Ayesha.. Kak Mun ni..” terdengar suara halus Kak Munirah di hujung talian.

          “Waalaikumussalam Kak..”

          “Macam mana hari ni, semua ok ye?” soalan Kak Munirah mengundang rasa meluat aku terhadap mamat budget hensem yang sedang bermesyuarat dengan Pengurus Jabatan Tuntutan.

          “Kak, Ayesha ingat esok dah tak nak kerja la kak..”

          “Ala Ayesha, jangan la buat Kak Mun cenggini.  Kesian la kat Kak Mun ni.  Minggu ni aje dah empat orang termasuk Ayesha tau.. masing-masing tahan sehari dua je.. Kak Mun harap Ayesha boleh lah bertahan ye.. at least sebulan ke.  Bagi la peluang untuk kenal lama sikit dengan bos tu,” pujuk Kak Munirah.  Hati aku yang ala-ala batu sungai ni pun rasa sayu bila dengar pujukan Kak Munirah yang mendayu tu.  Malah satu senyuman tersungging di bibirku.  Padan muka kau mamat budget, rupanya dah ramai yang tak tahan dengan pe’el kau nih..


          “Ehem…ehem… boleh ke saya join sama masuk dalam sengeh awak tu?”  Kantoi!!  Dengan selamba En. Emeer menarik kerusi di sebelahku dan duduk menongkah dagu di atas mejaku.  Wah.. kacau daun betullah En. Emeer ni.  Aku baru je nak flashback kisah lama-lama.  Fail dan gambar-gambar lama yang berada di hadapanku, aku letakkan semula di atas meja.  En. Emeer mengulum senyum apabila terlihat gambar-gambar yang berselerakan di atas meja.  Satu persatu diambilnya sambil merenungku.

          “Hah, ni mesti awak dok sengeh-sengeh tadi mengutuk saya ye,” ujarnya sambil mencuit hidungku.  Iskh bos ni.. melampau la ni.  Ada ke suka-suki je main cuit-cuit.  Ingat aku bayi kecik ke nak cuit-cuit hidung.  Bukan muhrim la woi. 

          “Dah..dah.. simpan-simpanlah sengeh awak tu.  Jom teman saya breakfast.. nak tunggu Nescafe O awak lambatnya la.. dah setengah jam saya tunggu kat dalam..” rungutnya sambil menarik kerusiku.  Dengan langkah terpaksa, aku membontoti En. Emeer ke pintu utama.  Biasalah port kami kalau pagi-pagi ni, kafeteria di tingkat dua yang selalu je jadi tempat lepak bos-bos ni.  Wah, makan free aku pagi ni. Tapi pun, memang aku selalu je makan free, En. Emeer ni baik breakfast mahupun lunch mesti paksa aku temankan dia.

          Dalam diam aku akui, walau pun kerek dan cerewet, dah tiga tahun aku bersama En. Emeer.  Dan dalam jangka waktu itu juga, dah banyak offer kerja yang aku tolak.  Entah ye, mungkin aku dah serasi dengan pe’el En. Emeer yang nampak luaran panas, tapi hatinya sangat-sangat baik.  Dalam hati ada taman kot…..





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

15 comments:

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com