Thursday 26 January 2012

Bab 16 .. Biar Cinta Bertaburan




Mataku masih kabur.  Perlahan kucelikkan mata, memerhati di sekelilingku.  Suasana bilik ini sungguh familiar dengan mataku.  Aku ingin bangun namun terasa tangan terlalu berat untuk diangkat.  Kualihkan pandangan ke arah tanganku.  Pandanganku tertangkap kelibat En. Emeer yang duduk berteleku di atas permaidani di sisiku.  Tanganku masih di dalam genggamannya.  Mata itu agak berkaca-kaca.

          Aku cuba mengingati apa yang telah terjadi.  Satu persatu insiden yang berlaku menerpa ruang ingatanku. 

“Sayang dah sedar,” ucap suara itu lembut di telingaku.  Aku berpaling ke arahnya.  Segaris senyuman terukir di wajahku.  Risaukah dia melihat aku begini.   Aku hanya mengangguk.  Terlalu penat sebenarnya untuk berkata-kata.  Terlalu lelah rasanya untuk memikirkan segalanya.

“I’m so sorry,” bisiknya lagi.  Jari-jemariku yang diraihnya sudah berulang kali dikucupnya.  Air mataku juga sudah tak tertanggung.  Terharu melihat dia begini. 

“Sayang kenapa ni?  Saya risau kalau-kalau sayang…,” kata-katanya mati di situ.  Matanya memandangku tepat.  Mata kami bersabung.

“Kita kahwin sayang, kita balik jumpa abah.  Kita bincang hal kita dengan abah dan mak.  Saya nak minta izin jadikan sayang isteri saya.  Kalau benar sayang pregnant, saya nak bertanggungjawab sepenuhnya,” tuturnya memujukku.  Air mata deras mengalir.  Perlahan jejari kasarnya menyeka air mataku. 

“Awak, bukan semudah itu untuk kita bersama.  Awak tak fikir pasal Cik Lyana?  Awak tak fikir pasal keluarga awak.  Awak dah bertunang, awak bakal menjadi suami orang.  Janji tak baik dimungkiri,” balasku.  Ada getaran hebat dalam suaraku ketika menuturkannya.  Mana mungkin aku menidakkan realiti yang terbentang.  Tidak adil untuk aku mencari kebahagiaan dengan merampas hak orang lain.  Aku tidak mahu menjadi perampas. 

          Biar apa pun yang berlaku terhadapku, akan aku hadapinya sendiri.  Aku rela.  Untuk menghancurkan kebahagiaan orang lain, bukan hak aku.

          Wajah En. Emeer menjadi murung mendengar kata-kataku.  Aku tahu, dia diamuk badai yang hebat di hati.  Wajah murung itu menceritakan segalanya kepadaku.

**********

          Wajah Dr. Nurul yang tersenyum di hadapanku menambah cuak di dada.  Lebih hebat apabila senyuman itu semakin meleret.

“Tahniah puan, confirm puan mengandung.  Kalau ikut kiraan saya, dalam three weeks,” katanya.  Bagaikan tersentap jantungku mendengar ucapan tahniah itu.

“Shall we call your husband and tell him the good news,” ujarnya lagi.

“Oh…oh.. tak apa.  Saya datang sendiri tadi.  I’ll tell him later myself,” balasku menutup rasa resah. 

“At this stage, you have to be very careful.  Puan kena hindarkan makanan yang tidak berzat, rehat yang cukup dan kalau boleh ambil supplement untuk kesihatan puan dan bayi,” nasihat Dr. Nurul sambil memberikan aku prescription ubat-ubatan yang harus diambil.  Setelah mengucapkan terima kasih aku berlalu pergi.

          Hati sudah mula diserang rasa gelisah.  Segala yang aku takutkan telah menjadi kenyataan.  Myvi kupandu laju. 

*********

          Deringan telefon menyambut kedatanganku pagi itu.  Awal sungguh sudah ada pemanggil.  Jam di dinding baru menunjukkan angka 8.50 pagi.  Waktu operasi pejabat pun masih belum beroperasi.

“En. Emeer’s office, good morning,” ujarku.  Agak termengah-mengah. 

“Is En. Emeer in?” soal suara itu.  Merdu sungguh di pendengaranku.

“Sorry mam, he’s not in yet.  Any message for him,” balasku.  Wah, lunak sungguh suara wanita yang berada di hujung talian tu.  Tak pernah aku mendengarnya sebelum ini.

“Could you please ask him to call me back.  I’m Lyana Arissa,” tekakku tiba-tiba terasa kering apabila mendengar nama itu.  Segera  aku mematikan rasa.

“Ok Cik Lyana Arissa, I’ll let him know as soon as he arrive,” balasku sopan.  Talian telah pun dimatikan namun gagang telefon masih di telingaku.  Masih terngiang-ngiang suara Lyana Arissa menyebut nama En. Emeer dengan manja.  Perasaan akukah?  Seketika, hatiku rasa sakit yang amat.

          “Morning sayang,” sapa En. Emeer dan terus melabuhkan punggung di kerusi sebelah ku.  Begitulah setiap pagi, dah jadi habit agaknya.  Mesti nak bertenggek dulu di sini sebelum ke biliknya.

Aku biarkan sapaannya tidak berjawab.  Hati masih lagi sebal.  Marahkah?  Tak mungkin.

“Sayang ok ke hari ni?  Muka pucat lagi ni, jom saya bawa awak ke klinik,” ujarnya tanpa menghiraukan aku yang sengaja membisu. 

“Saya ok aje En. Emeer.  Tak ada apa-apa yang perlu dikhuatirkan,” balasku. 

“Hmm.. tadi your fiancée, Cik Lyana Arissa called.  Mintak awak telefon dia balik,” ujarku bersahaja.  Langsung tidak memalingkan wajah ke arahnya.  Ada nada sebak dalam suaraku itu. Segera tanganku ditarik lalu badanku dipusing.  Matanya menangkap sinar muram yang bertahta di wajahku.  Pipiku dielus namun cepat-cepat aku menepis tangannya itu.

“Please call her.  I think it’s urgent,” ujarku.  Tidak betah aku berlelama dengannya.  Hati bagai disiat-siat. 


          Sesekali terdengar tawa kecil dari bilik En. Emeer.  Wah, bukan main gembira lagi dapat berhubungan dengan tunangnya.  Mood aku hari ini sudah agak tercalar.  Padan muka kau Ayesha Sorfina, siapa yang suruh kau gatal sangat nak bercinta dengan tunang orang.  Kan, sekarang ni siapa yang makan hati.  Arghhhhh.. rasa nak menjerit-jerit.

          Tekakku tiba-tiba menjadi loya.  Rasa bagai nak terkeluar semua isi perut yang ada.  Sekali, dua kali dan terus aku menerpa ke bilik air.  Nasib lah bilik air eksekutif ini tidak ramai yang gunakannya.  Hanya bos-bos dan PA sahaja yang ada di tingkat empat ni.  Maka amanlah sedikit.  Sejak dua hari ni, tekakku sudah mula merasa loya-loya.  Malah, kepala juga kerap pening.  Aku terfikir, mungkin inilah yang dipanggil morning sickness atau symptom awal ibu mengandung. 

          Aku dan Hafifah beriringan menuju ke kafe Hotel yang terletak di sebelah bangunan syarikat.  Entah kenapa hari ini aku teringin benar hendak menikmati makanan barat.  Aku selalu ke kafe hotel ini jika keluar berdua dengan En. Emeer.  Laju sahaja Hafifah bersetuju untuk menemaniku apatah lagi bila aku yang belanja.  Makan free, siapa yang tak mau, kata Hafifah. 

          Enak menikmati chicken chop dan carrot susu kegemaranku, manakala Hafifah riuh memuji stirlion steaknya.  Suasana tenang dan aman di kafe itu menambahkan lagi selera makanku.  Alamak, semenjak dua menjak ni seleraku semakin besar.  Asyik teringin nak makan sahaja.  Nampak gayanya, dua tiga bulan lagi, tak muatlah semua baju-baju aku bertambah pula dengan perut yang pasti akan memboyot ni.  Bercakap mengenai perut ni, aku harus fikirkan apa rancangan aku seterusnya. 

          Sedang riuh berbual, mataku tertangkap dua susuk tubuh yang sedang menikmati makanan dan berbual mesra.  Mataku semakin membesar apabila orang yang kuamati itu aku kenal benar.  En. Emeer dan seorang wanita jelita di hadapannya.  Berambut panjang, dengan warna sedikit coklat sesuai dengan tubuhnya yang langsing.  Kelihatan sungguh menawan.  Aku pasti, inilah Cik Lyana Arissa.  Cara mereka berbual sungguh mesra.  Hatiku menjadi teramat sakit.  Tekakku menjadi perit.  Seleraku mati di situ. 

          Cepat-cepat aku mengajak Hafifah meninggalkan kafe hotel.  Kesian Hafifah, tak sempat menghabiskan hidangannya.  Aku meluru laju ke bilikku lalu kucapai beg tangan serta kunci Myvi. 

          En. Emeer, I’m going to take an MC today.  Not feeling well ~ Ayesha Sorfina. 

Nota kecil itu aku letakkan di atas meja En. Emeer sejurus sebelum pintu biliknya kuhempaskan.  Hati yang sakit semakin sakit.  Luka yang ada sudah bernanah. 







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

1 comment:

  1. hu3x..siannye kat ayesha tu,apa lah yg akan terjadi dlm citer selanjutnya....

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com