Saturday 28 January 2012

Bab 18 .. Biar Cinta Bertaburan




Pakaianku telah siap digantung satu persatu ke dalam almari pakaian bersebelahan dengan almari En. Emeer.  Kuperhatikan saja tekunnya En. Emeer menyusun segala kelengkapanku yang telah disediakan oleh Hafifah.  Wajahku yang kelat tidak dipedulikannya.  Puas aku memintanya menghantarku pulang ke rumah, namun sikit pun tidak diendahkan.  Malah, setiap kata-kataku dibalas acuh tak acuh.

          “Awak, this is not right.  We can’t be like this,” bantahku dengan nada yang lembut.  Cuba memujuknya lagi.

          “I don’t care.  Not until you are really fit to go back, u stay here with me.  Kenapa, takut?” bentaknya. 

          “Awak.. tak elok la..”

          “Apa yang tak elok?  Sebab tu la saya bawa Mak Jah ke sini,” suara En. Emeer sudah mula mengendur. 

          Mak Jah terpacul dari sebalik pintu yang tidak bertutup bersama sedulang makanan.  Entah bila agaknya En. Emeer meminta Mak Jah menyediakan makanan.  Mak Jah mengorak langkah perlahan ke arahku sambil tersenyum.  Aku memang suka dengan Mak Jah.  Perlahan dulang diletakkan di atas meja sisi di tepi katil.  Mak Jah duduk di sebelahku, tangannya mengusap-usap lembut kepalaku.

          “Ayesha, kena makan ye.  Jaga diri Ayesha ni elok-elok.  Jangan sakit-sakit macam ni.  Ramai orang sayangkan Ayesha, ramai orang susah hati bila tahu Ayesha macam ni,” ujarnya menjentik tangkai hatiku.  Mataku sudah berkaca-kaca.  Tika ini, aku teringatkan mak.  Lembut suara Mak Jah seperti mak memujukku tiap kali aku merajuk.  Tangan Mak Jah aku raih.  Kucium tangan itu berkali-kali.

          “Terima kasih Mak Jah,” balasku.

          “Mak Jah, tinggalkan je bubur tu kat situ.  Biar Emeer yang suapkan Ayesha.  Mak Jah pergilah berehat, kesian Mak Jah penat tolong Emeer.  Kat bawah tu ada tiga bilik, Mak Jah pilihlah mana-mana bilik yang Mak Jah suka ye,” suara En. Emeer sungguh lembut di telingaku. 

          Mak Jah menggangguk lalu meminta diri untuk turun merehatkan diri.  Tempat Mak Jah tadi sudah diganti oleh En. Emeer.  Mangkuk bubur sudah berada di tangannya.  Sesudu bubur disuakan ke mulutku.  Aku menggeleng namun bila melihatkan kesungguhan En. Emeer, akhirnya aku mengalah.  Hampir habis bubur di dalam mangkuk.  Baru terasa sebenarnya perut ini sangat lapar. 

          “Awak dah makan?” soalanku hanya dijawab dengan gelengan kepalanya.  Dia tersenyum lalu mengelap kesan bubur yang berada dibibirku. 

          “Kenapa awak belum makan.  Pergilah makan, nanti awak pula yang sakit,”  bebelku.
          “Sayang, kenapa nak rahsiakan kandungan ni daripada saya?”  soalanku yang tak berjawab dijawab dengan soalannya yang membuatkan aku terdiam.  Seketika, terkial-kial aku mencari jawapan agar tidak menyakiti hatinya.

          “Sebab saya tak mahu awak terpaksa mengambil keputusan yang salah hanya kerana saya mengandung.  Saya tak mahu awak terpaksa tinggalkan tunang awak kerana saya,” balasku.  Matanya kurenung berani.  Ada sinar redup yang mendamaikan di mata itu.  Ada rasa getar yang menular tiap kali mata itu menentang renunganku.

          “Habis, awak fikir saya akan lepaskan awak begitu sahaja.  Baby ni anak kita, anak kita!  Mana mungkin saya lepas tangan begitu sahaja.  Apa pun yang terjadi, kita mesti kahwin Ayesha.  Kalau terpaksa saya menerima kedua-duanya, saya sanggup,”

          “No! Never. Walau pun awak mampu, tapi saya tak mahu.  Saya tamak, awak.  Saya tak sanggup berkongsi kasih awak.  Saya lagi tak sanggup merampas hak yang sepatutnya menjadi hak penuh tunang awak.  Biarlah saya ..”kata-kataku terhenti di situ apabila jarinya melekat di bibirku.

          “No excuses Ayesha, no more.  This is my baby too.  Saya nak ambil sepenuhnya tanggungjawab ini.  Minggu depan kita balik jumpa mak dan abah,” ujarnya meningkah setiap hujahku.

          “Please, bagi saya masa,” rayuku.  Akal sudah tidak dapat berfikir dengan tenang.  Kata-katanya tadi benar-benar membuat aku runsing.

          “Stop torturing yourself sayang.  Ini jalan yang terbaik untuk kita.  Cuba sekali ni awak jangan fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang awak, tentang kita, tentang baby kita ni.  The baby deserve better life sayang, with you and me,” pujuknya lembut.  Apalagi yang dapat aku katakan. Jika berlawan kata dengan En. Emeer ni pasti tak ada siapa yang akan menang. 

          Bantal yang tadi menjadi support badanku direndahkan semula agar aku dapat berbaring.  Suhu penyaman udara segera dilaraskan agar tidak terlalu sejuk.  Badanku diselimut kemas.  Aku hanya menjadi pemerhati, terusik dengan setiap lakunya. 

          “Try to get some rest sayang.  I’ll be here whenever you need me,” dahiku dikucup lama.  Terasa tangannya mengusap-usap rambutku.  Tak kuasa untuk membantah, aku memejamkan mata.  Semakin kabur dan kelam.


*************

          Aku terjaga setelah beberapa jam tertidur.  Mengerling ke arah jam yang berada di atas meja di tepi katil, waktu zohor sudah jauh ditinggalkan namun aku rasa masih sempat untuk mengerjakannya sebelum asar mengucap salam.  Aku segera menarik selimut dan bangkit dari katil. 

          “Awak nak pergi mana?” terdengar suara itu menyapaku.  Aku memandang kelibat En. Emeer yang duduk di sofa sambil menaip sesuatu di komputer ribanya.  Kasihan En. Emeer, kerana aku terpaksa tidak masuk ke pejabat. 

          “Saya nak ke bilik air, zohor dah nak habis,” balasku perlahan.  Dia yang mulanya bangun untuk membantuku, beralih ke arah pintu lalu memanggil Mak Jah. 

          Tidak sampai lima minit, Mak Jah muncul di hadapan pintu.  En. Emeer meminta Mak Jah memapahku ke bilik air.  Bukan dia tidak boleh melakukannya tapi memikirkan yang dia akan membatalkan wudukku jika berbuat demikian.

          Ketika aku keluar daripada bilik air, terlihat sejadah dan telekung sembahyangku telah dibentang.  Kelibat En. Emeer sudah tidak kelihatan.  Mungkin memberi aku privasi untuk bersolat. 

          Ya Allah, andai ini suratan takdirMu, permudahkanlah laluanku.  Aku terima segala yang telah Engkau tuliskan untukku.  Ya Allah, Kau ampunilah kami.  Dosa yang telah kami lakukan atas kejahilan kami.  Kau ampunilah kami, Ya Allah.

************


          Sudah dua hari di sini, layanan Mak Jah dan En. Emeer membuatkan aku rasa sangat bersalah.  Bersalah kerana telah menyusahkan mereka.  Mak Jah yang tak pernah kenal erti penat melayanku dengan penuh keikhlasan.  Jelas terpancar keikhlasan itu di wajahnya.  Tidak sekelumit pun rasa jijik atau marah yang dapat aku rasakan dari layanannya.  Ye lah, memandangkan diri aku yang telah berdosa ini. 

Selalunya, tak ramai orang yang akan memandang baik pada wanita yang mengandung luar nikah seperti aku.  Nasib wanita seperti aku ini seringnya dikeji, dihina, dipinggirkan masyarakat.  Namun berlainan benar dengan Mak Jah.  Tidak pernah sekalipun ada riak itu di wajahnya.  Malah, aku sentiasa diusap, dibelai dan dimanjakan.  Setiap kali aku ingin bergerak, pasti Mak Jah akan berada di sisiku.  Bimbang terjadi sesuatu padaku.  Kata Mak Jah, usia kandungan yang masih awal ini perlu dijaga sebaiknya. 

          En. Emeer pula sudah dua hari, berlegar sahaja di rumah.  Hanya ke pejabat selepas makan tengah hari dan pulang semula selepas dua tiga jam kemudiannya.  Setiap pagi, En. Emeer akan memastikan aku bersarapan dan mengambil ubat yang telah dibekalkan di hadapannya.  Mulutnya tidak akan henti membebel jika aku sengaja melengah-lengahkannya.  Malah, sudah dua pagi juga aku lihat dia keluar awal untuk mencari juadah sarapanku.  Katanya, biarlah Mak Jah masak untuk tengah hari dan malam sahaja. 

Lelah aku melihat keadaan mereka.  Puas aku memujuknya menghantar aku pulang ke rumah.  Bukannya aku tidak boleh langsung menjaga diriku sendiri.  Gusar juga jika dimanjakan begini, aku akan terus tak berdaya nanti. 

          Hari ini, hari ketiga aku di kondo En. Emeer.  Aku terjaga apabila terasa hawa sejuk yang menggigit kulitku.  Segera jam di atas meja kucapai.  Sudah subuh rupanya.  Aku bangun berkira-kira untuk menuju ke bilik air.  Langkahku terhenti apabila mataku tertangkap sesusuk tubuh sedang terbaring di atas sofa berhampiran katilku.  Kejap berselimut.  Hatiku digigit rasa sayu melihat En. Emeer yang sedang lena.  Aku sendiri pun tidak sedar entah bila dia tidur di sini.  Selalunya dia akan tidur di bilik bersebelahan dengan bilik yang kudiami.  Perlahan, kugoyangkan sedikit badannya.

          “Awak, bangun awak.  Kenapa tidur kat sini ni,” ujarku sambil menggoyang-goyang lembut tangannya.  Matanya terbuka lalu sebuah senyuman manis dihadiahkan untukku.

          “Hmm.. morning sayang.  Saja saya nak temankan sayang tidur.  Sayang nak ke mana ni,” soalnya.

          “Mandi.  Nak solat subuh,” kataku memandangnya yang sedang menggeliat.  Aih, pagi-pagi ni lucu pula tengok gelagat mamat ni.  Tanganku diraihnya.

          “Ok, sayang tunggu saya ye.  Kita sembahyang sama-sama,” balasnya lalu bingkas bangun dan berlalu ke bilik sebelah.  Pintu bilik En. Emeer ini memang tak pernah bertutup semenjak aku menjadi penginapnya. 

          Syahdu rasa hati ketika solat subuhku diimamkan oleh En. Emeer.  Alangkah manis jika kami dapat melakukannya terus sebagai suami isteri yang sah.  Ya Allah, kau permudahkanlah laluan kami.  Ya Allah, kau ampunilah kami!

          Saat ini aku menyusun harapan agar hubungan kami bukan hanya di sini sahaja.  Aku mengharap agar hubungan aku dan En. Emeer kekal hingga ke akhir hayat.  Di saat itu, aku memanjat doa kepadaNya, memohon biarlah cinta ini tidak tersia.










Pejamkan matu mu untuk ku


Dengarlah dunia berkata-kata



Usah kau ragu disini tempatmu


3 comments:

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com