Tuesday 17 January 2012

Bab 2 .. Biar Cinta Bertaburan..

     

        Aku masih khusyuk mengadap timbunan kertas-kertas laporan yang berlambak di atas mejaku.  Setiap bulan, situasi begini memang tak boleh dielakkan lebih-lebih lagi bila hujung-hujung bulan.  Semua laporan yang telah dihantar oleh setiap jabatan di bawah naungan bos aku perlu aku teliti satu persatu untuk memastikan tiada kesilapan dan seterusnya boleh difailkan.  Bukan sikit fail yang perlu aku sediakan, setiap ketua jabatan perlu diberikan senaskah.  Mereka ni pula, selalunya bila due date dah dekat-dekat barulah nak serahkan laporan tersebut.  Hmmmm… bermalam kat opis lah jawabnya aku malam ni.

          “Ahhh… nasib baik you tak balik lagi Ayesha.  Sorry ye.. staf I lambatlah wat kerja,” tersentak aku dengan terjahan En. Hairi yang tiba-tiba saja muncul.  Aku menjeling ke arahnya lalu menuding jari ke arah jam Hello Kitty yang tergantung cantik di dinding pejabatku.   Jam menunjukkan angka 10.  Muka saja aku masamkan.

          “Alala.. sorry la dear.  Bukan sengaja ek.. you tau lah staf I tu, semuanya wat keje kena suruh.  Next time I make sure cepat.  You bagi notis hari ni, esok dah sampai laporan,” pujuk En. Hairi.

          “Banyak la you punya janji.. dah nak bernanah telinga I dengar janji you tu En. Hairi,” bidasku bersahaja.  Tersungging senyuman di bibir En. Hairi.  Nasib la kalau kau terasa.

          “Hmmm.. tak takut ke duk sorang-sorang kat atas ni, kalau nak I temankan boleh aje..”.  Ceh, cuba nak mengayat aku la pulak mamat ni.  Dah la hati aku sebal dengan laporan yang lambat dihantar, nak mengayat pula.  Nanti ada yang kena cepuk dengan aku ni..

          “Hamboi.. dah tak ada kerja ke Hairi?  Bertenggek kat sini pulak,”

          En. Hairi yang sedang bersandar di pintu opisku terkejut dengan sergahan En. Emeer yang tiba-tiba muncul dibelakangnya.  Aku menahan sengeh melihat muka En. Hairi yang dah mula kelat dan kemerah-merahan.  Ceh.. nak ayat aku konon!  Tu baru kena sergah ngan bos, belum bapak aku lagi.  Terkekeh-kekeh aku ketawa, tapi dalam hati aje la.

          “Err…err.... ok la boss, nak balik dulu.  Dah malam ni..” Terkulat-kulat En. Hairi berlalu sambil menjeling aku.  Agaknya dia marah kot sebab aku tak bagi hint kat dia yang bos ada kat belakang dia.  Padan muka kau!!!!!

          “Ehem…ehemm..” Aku buat tak reti bahasa aje dengan kehadiran En. Emeer di tepi mejaku.  Tanganku masih lincah menjilid kertas-kertas laporan.

          “Dah habis ke kerja?  Yang dok melayan budak tak cukup skru tu wat pe?” bebel En. Emeer.  Iskh..mamat ni, kalau tak cari pasal ngan aku satu hari tak boleh agaknya.  Renungan maut yang dilemparkan ke arahku sedikit menggugat tangkai jantungku.  Bukan takut, tapi terpesona kejap.  Kalau ditenung-tenung wajah mamat ini, macam pelakon Ady Putra pun ada, tapi versi kulit cerah la.. Iskhhh.. dah melalut-lalut aku ni.

          “Eleh, tak cukup skru pun Assistant Manager tu.  Bukan ke En. Emeer yang recommend kenaikan dia hari tu untuk Credit Control Department..” balasku bersahaja.  Saja je nak menyakitkan hati bos aku yang tak pernah nak kalah ni.

          “Eee.. awak ni kan Ayesha, ada je nak menjawab.  Satu saya cakap, sepuluh awak jawab.  Satu hari nanti, saya kiss mulut awak tu, baru awak tau!”  Dengan sepantas kilat, aku menekup mulut dengan kedua tanganku.  Padah!  Malam-malam keluar statement macam ni, meremang bulu romaku.  Bukan boleh percaya mamat ni.  Cepat-cepat aku menyambung kerja yang masih tak susut-susut lagi.  Dengan selamba juga, En. Emeer melabuhkan punggung di kerusi sebelahku.  Laporan-laporan yang telah siap dibinding dibelek satu persatu.  Bos aku ni kalau bab kerja memang tak boleh lawan.  Kerja mesti nak kemas dan sentiasa teliti. 

          “Banyak lagi ke?  Dah pukul 10 malam ni Ayesha, esok tak boleh sambung?  Awak nak balik seorang malam-malam ni”

          “Tak apa lah En. Emeer, sikit lagi.  Esok saya dah kena serahkan pada semua Managers tu, nanti kalau lambat serah tak sempat pula nak go through..masak nanti dalam meeting tak tau nak jawab ngan big bos,”

          “Kalau camtu, saya temankan awak lah.  Saya kat dalam, bila dah siap awak bagi tau, saya hantar awak balik rumah,”

          “Habis tu kereta saya?  Esok pagi saya nak pergi kerja dengan apa?”  soalku sambil mengerut kening.  Teringat Hafifah, teman serumahku yang bercuti selama seminggu menjaga ibunya yang sakit.  Kalau tidak boleh juga aku tumpang Hafifah.

          “Biarlah kereta tu kat parking, bukan minta makan pun kan.  Esok pagi saya ambillah awak kat rumah awak.  Kalau nak ikut saya balik rumah saya pun tak apa,”.

          Tersedak-sedak aku mendengar jawapan daripada mulut tak ada insuran bos aku ni. Eii..dia ni kan...

          “Hmm.. kalau macam tu, saya jual je la Myvi saya tu kan En. Emeer.  Biar En. Emeer je la jadi driver saya .. tak payah saya susah-susah nak bayar kereta,” saja aku menjawab.  Tak mahu kalah dengan mamat budget hensem ni.

          “Good idea... jual rumah awak sekali pun tak pe..” sambil tangannya laju mencuit hidungku.  Geram betul aku dengan pe’elnya yang satu ni.  Lama-lama makin mancunglah hidung aku ni. 

          “Eiiiii… En. Emeer ni kan, kalau bercakap tangan tak berjalan tak boleh ke.  Nanti dah kahwin, ada anak cuitlah hidung anak En. Emeer tu puas-puas,” bebelku melepaskan geram.  Alamak, tak sanggup lak aku nak merenung lama-lama muka bos aku yang tersengeh-sengeh bak kerang busuk tu. 

          “Kena kahwin dengan awak lah Ayesha, baru boleh dapat anak hidung macam awak,” ujarnya terkekeh-kekeh ketawa melihat mukaku yang sudah kelat.  Aku sengaja memuncungkan mulut tanda protes.  Geramnya.  Tak habis-habis nak sakat aku.  Masih terdengar ketawa En. Emeer berbaki di sebalik dinding biliknya tu. 

          Kalau dilayan mamat ni, boleh gila aku dibuatnya.  Tapi pelik jugakan, dalam sebal-sebal hati melayan tu makin serasi pula aku rasa.  Kalau tak mengadap muka mamat ni sehari, serba salah aku dibuatnya.  Jantungku bergetar tiba-tiba.  Ah, jangan nak perasan la Ayesha oi.. bukan ke mamat tu dah nak kahwin.  Bukan calang-calang tunangnya tu.  Anak Tan Sri Yaakub, pengasas Empanyar Perbankan yang terkenal.  Mereka tu sepupu khabarnya.  Sabar sahajalah hati..

          Setelah semua kerja dibereskan, aku segera ke bilik En. Emeer.  Bagus juga bos aku nak hantarkan balik.  Kalau difikirkan keadaan jalan yang sunyi di hadapan bangunan ni, seriau jadinya.  Malah ramai juga rakan sekerja yang bercerita, jalan di hadapan bangunan ni merupakan port penagih dadah.  Pintu bilik En. Emeer aku kuak perlahan, bimbang mengganggu.  Kelibatnya tidak kelihatan pun.  Eh, bila masa pulak mamat ni keluar. 

          Seketika, aku terlihat sekujur tubuh terbaring di atas sofa.  Wah, dah membuta ke mamat ni.  Kata nak temankan aku, rupa-rupanya dah wat taik mata.  Hampeh betul.  Keinginan untuk mengejutkan En. Emeer terbantut apabila terlihat wajahnya yang sangat tenang ketika tidur.  Orang kata, kalau nak menilai seseorang, lihatlah pada wajahnya ketika tidur.  Itulah wajah asli seseorang.  Hmmm… bukan selalu dapat peluang macam ni kan.  Aku melabuhkan punggung di sofa berhampiran.  Kurenung setiap inci wajah En. Emeer yang sedang lena.  Inilah wajah yang sering menyebabkan hatiku sakit, jiwaku meronta, mentalku terdera.. dan wajah ini jugalah yang sering menemani aku setiap malam, setiap hari.  Membawa getar di hatiku setiap kali berbalas renungan, membawa rasa di jiwa setiap kali disapa.. Ah, tidak mungkin.

          Tiba-tiba terasa tanganku dipegang seseorang.  Alamak, dah terjaga ke mamat ni. 

          “Dah lama ye wat kerja ni?  Jumpa ke apa yang dicari kat muka saya ni?” suara itu betul-betul membuatkan aku terasa ingin meloncat.  Aduh, malunya!  Macam mana aku boleh kantoi lak ni.  Aku pegun seketika.  Lidah kelu untuk membalasnya.  Senyuman yang terukir dibibir En. Emeer membuatkan aku panasaran.  Aduhai.. cepatlah masa berlalu.. kalau boleh terbang, hendak aje aku terbang sekarang.   

          “Jomlah balik.. dah lewat sangat ni,” lantas tanganku ditarik.  Aku bagaikan dipukau, hanya menuruti langkah En. Emeer.  Seketika, baru aku tersedar tanganku masih di dalam genggamannya.  Cepat-cepat aku melepaskan pegangannya lalu berlakon seolah-olah sedang mencari sesuatu.  En. Emeer yang perasan dengan tingkah ku itu hanya ketawa.  Jiwaku kalut tak semena-mena. 

          Sepanjang perjalanan, tak banyak yang kami bualkan.  Sepatah yang ditanya, sepatah juga yang aku jawab.  Luar biasa!!!  Ini lah natijahnya kantoi dengan perbuatan sendiri.  Akhirnya, sendiri yang termalu hingga tak tau mana nak letak muka.  

~~~~~~~~~~~~



Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu....





11 comments:

  1. he.he.bestnya jd Ayesha ni,baik sungguh boss dia.

    ReplyDelete
  2. boss dia yg nk ngayat dia 2..ekekeke

    ReplyDelete
  3. kalau dapat boss cenggitu, takut nak pi keje..hehe

    ReplyDelete
  4. adeyh .. ha ha . betulla dlm hati ade tmn . ceyhmen... gatai jugak ayesha . muahemohemo ..

    ReplyDelete
  5. wahaha.... ayesha da kantoi ngn bos dia....

    ReplyDelete
  6. Suka3x....next chapter laks. :)

    ReplyDelete
  7. kalau dorang kawen ni, mesti banyak lagi 'nadi' kan kak? emeer ni mcm romantik je..kehkehkeh~

    ReplyDelete
  8. WC ~ hahaha.. selalu sgt dia kantoi..

    iboo... sila2..layan la selagi daya

    Kathy Tuah ~ 'nadi' kena kaw2 .. tu sis Lid kita kata.. hehe

    ReplyDelete
  9. wah best novel ni baru baca da terpikat.... confirm akan saya peluk Aug ini..... usma

    ReplyDelete
  10. Anonymous ~ terima kasih kerana menyukainya.. harap terus menyokong kak yus ye.. ;)

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com