Wednesday 18 January 2012

Bab 4.. Biar Cinta Bertaburan

       



       Sunyi je suasana di tingkat empat ni.  Maklumlah, hari Sabtu bukan semua bekerja.  Syarikat ni mengamalkan sistem alternate Saturday.. minggu ni kerja, minggu depan off.  Bagi bos dan PA pula, bergilir-gilir juga.  Kalau minggu ni aku kerja, En. Emeer off lah.  Tapi rasanya, dah dua tahun En. Emeer tu tak pernah off hari Sabtu.  Ada je kelibat dia kat opis ni.  Kalau tak duk berborak dengan x-classmatenya, En. Azman, yang sekarang ni menjawat jawatan Manager Broking Department, mesti menempel di meja aku ni.  Biasalah, kalau tak ganggu aku mesti tak sah hidup dia.  Ada saja yang nak dikenakan.  Kadang-kadang kalau dilayan, cerita kucing pun jadi.  Pelik bos aku ni kan

          Bila aku tanya, kenapa hujung-hujung minggu ni tak nak balik jengok parents dia, jawapan dia mudah saja.  Parents dia sibuk.  Lagi pun tak ada siapa yang nak layan dia.  Hmm.. mungkin sebab itulah dia lebih suka tinggal sendiri di apartment yang dikawal sikit punya ketat tu.  Calang-calang orang boleh masuk ke kawasan apartment tu.  Aku dulu pernah lah kena hantar dokumen-dokumen penting yang mamat budget hensem ni tertinggal di opis.  Melanguk-languk kat Pak Guard nak dapat masuk.  Mamat ni bukan je budget hensem.. mat cicor juga rupanya.

          Kalau aku nak ambil cuti balik kampung, mula lah En. Emeer pun sibuk.  Bukan sibuk melakukan kerja, sibuk nak ikut aku balik sama.  Hish, mahu kena kejar dengan parang dek bapa aku yang garang tu.  Bila aku cerita tentang adik-beradik aku yang ada 4 orang lagi di kampung tu, bukan main lagi seronoknya dia mendengar.  Kadang-kadang tu siap boleh belikan buah tangan untuk keluarga aku, terutamanya kalau dia ke luar negara.  Untuk aku jangan cakaplah, birthday, secretary day, semua day lah dia nak bagi.  Handbag dan purse yang aku pakai ni pun pemberian En. Emeer semasa Secretary Day tahun lepas.  Setiap kali dia lihat aku usung pemberiannya tu ke mana-mana mesti terpancar gembira di wajahnya.  Aku tahu dia mesti rasa seronok kerana pemberiannya dihargai.  Lagi pun sapa lah nak tolak handbag Prada yang harganya saja hampir seribu tu.  Nak suruh aku beli, baik lah aku beli yang jual di Petaling Street tu aje.  Dah memadai untuk aku.  Bos aku ni memang kaki branded orangnya. 

          Setakat ni, semua yang aku pakai atau yang ada di pejabat aku ni tak mendapat komen yang buruk daripadanya kecuali jam Hello Kitty aku yang tergantung di dinding tu.  Geram sungguh aku bila dengan selambanya  mamat tu sound aku suruh masuk tadika semula disebabkan jam tu.  Iskhhh.. ingat anak dara macam aku ni tak boleh ke nak suka kartun-kartun comel ni.  Mengingatkan mamat tu, hatiku berbunga riang.  Tersenyum sendirian.

          Dah hampir pukul 11 pagi, kelibat En. Emeer tak juga kelihatan.  Mungkin hari ni dia benar-benar off.  Setelah mengedit dua tiga helaian kertas kerja yang sepatutnya ditandatangani olehnya, aku menyusun pula fail-fail yang perlu dibawa masuk ke bilik En. Emeer.  Selalunya, hari Sabtu merupakan hari aku untuk mengemaskini fail serta menjengah almari-almari di biliknya.  Kadang-kadang sengaja aku mengubah susun atur perabot di dalam bilik itu.  Bosan juga asyik duk dalam keadaan yang sama sahaja.  Bunga-bunga yang ada di atas meja besar serta meja sisi di bilik itu pun hasil gubahan tanganku.  Hobi yang itu memang daripada sekolah lagi tak boleh berpisah denganku.  Pantang jumpa bunga, mulalah gatal tangan nak menggubah. 

          Aku menyanyi-nyanyi kecil sambil memanjat kerusi untuk membersihkan sedikit sawang yang ada di siling bilik En. Emeer.  Bila mamat ni tak ada, bolehlah aku buat kerja-kerja pembersihan ni.  Kalau dia ada, maunya aku nak memanjat macam ni.  Sedikit terjengket-jengket, almaklumlah, dengan ketinggian aku yang tak sampai 5 kaki ni, berapa tinggi sangatlah had capaian aku tu. 

          Bunyi pintu dikuak menyentakkan aku dan aku hilang kawalan.  Segera aku memejamkan mata.  Dapat membayangkan betapa sakitnya terlantar di atas lantai itu.  Satu, dua, tiga..kenapa aku tak rasa sakit ni.  Terasa ada tangan yang melingkari tubuhku.  Perlahan-lahan mata kubuka.  Omang aiii.. rupanya cantik aje aku landing atas En. Emeer yang dah jadi superman untuk menyambut aku.  Patutlah tak rasa sakit-sakit pun.  Mata En. Emeer yang terbuntang membuatkan wajahku kemerah-merahan.  Alamak, kat mana nak letak muka ni. 

          “Errr…err.. boleh turunkan saya tak En. Emeer.  Dukung saya lama-lama ni tak berat ke?” ujarku.  Sebenarnya lebih kepada nak coverline malu lah tu.

          En. Emeer tersentak, lalu melepaskan aku. 

          “Yang awak pergi panjat tu buat apa?  Kalau nak cuci pun tak boleh ke bagi tahu kat Admin minta cleaner buat.  Dah lama ye awak buat kerja ni?” balasnya dengan nada yang agak tinggi.  Aku tahu, marah la tu.

          “Alah En. Emeer, bukan susah pun.  Tadi tu saya terkejut sebab En. Emeer buka pintu.  Selalu tu tak ada apa pun,” balasku.  Aku tahu reaksi yang akan aku terima mestilah jegilan matanya yang tajam tu.  Mata mamat ni, kalau masa tengah marah jangan berani nak tenung. Terasa seram sehingga ke tulang sum-sum.  Tapi kalau tiba masa baik dan romantik gilernya tu, mata itu lah yang buat aku terpana dan tak boleh tidur malam.

          “Dah, lepas ni jangan mengada-ngada nak buat lagi.  Do you know that I can’t bear if anything happen to you, Ayesha,” ujarnya perlahan.  Ayat-ayat itu menyentuh kalbuku.  Rasa bagaikan nak berhenti denyutan jantungku.  Tak mungkin begitu sekali pentingnya aku ni di mata mamat ni..iskhhh.

          Suasana hening seketika.  Setelah selesai menyusun kembali kerusi-kerusi yang telah aku alihkan sebentar tadi, segera aku keluar ke bilikku.  Sebenarnya, tak selesa apabila setiap gerak geriku menjadi perhatian.  Dah lah statement akhir En. Emeer tadi masih terngiang-ngiang di telingaku.

          “Ayesha, lepas ni awak ada nak pergi mana-mana tak?  Dating ke?” soal En. Emeer yang tiba-tiba terpacul di hadapanku.  Aku hanya menggeleng.

          “Good! Lepas ni ikut saya ye.  Ada hal sikit lah nak mintak tolong dengan awak,” balasnya. 

          “Nak ke mana?” soalku was-was.  Bukan boleh percaya En. Emeer ni.  Karang diangkutnya aku ke mana-mana entah, bukan boleh kira.

          “Adalah.  Tolong eh?? Err kereta awak tinggal kat sini ajelah.  Naik kereta saya.  Kalau lambat saya hantar awak balik,” arahnya lagi.  Ni ajak ke arahan.  Kadang-kadang aku pun tak tahu dah job scope aku apa di syarikat ni.  Suka hati mamat ni sahaja nak suruh aku buat itu buat ini.  Tugasan di luar bidang pun aku yang kena uruskan.  Aduhai.. nasib baiklah aku sayang sangat kat mamat ni.  Eh.. Ayesha Sorfina, jangan nak sayang-sayang, bakal suami orang tu!! Haru..

          Kami menyusuri jalan yang agak sesak menuju ke arah Tasik Titiwangsa.  Kalau hari Sabtu dan waktu begini, memang akan penuh sesaklah jalan-jalan di Bandar Kuala Lumpur.  Aku pun hairan, ke mana sahajalah warga kota ni hendak pergi.  Bagi aku, kalau tidak bekerja duduk di rumah adalah perkara yang paling aku suka.  Boleh santai-santai menonton televisyen, tak pun gaming, berchating dengan rakan-rakan di Facebook, lagi-lagi kalau dapat menternak tahi mata.  Wah!!

          Kereta yang dipandu berhenti betul-betul di hadapan sebuah banglo yang telah diubah suai menjadi sebuah butik esklusif.  Butik Pengantin Lavender.  Mamat ni bawa aku pergi butik pengantin ni nak buat apa.  Aku yang nak kahwin ke, dia yang nak kahwin.  Otakku mula ligat mencari sebab mengapa aku dibawa ke sini. 

          Sengaja aku terkebil-kebilkan mataku ke arah En. Emeer sebelum kami keluar daripada kereta.   Dia hanya tersenyum.  Senyuman yang membuatkan aku resah gelisah.  Berkira-kira hendak masuk atau pun hanya tunggu di kereta.  Akhirnya, setelah melihat En. Emeer tercegat di depan pintu butik menungguku, aku pun melangkah lambat-lambat. 

          “Bos???” protesku.  Aku akan menggunakan perkataan ‘bos’ setiap kali aku bengang dengan sikapnya dan dia amat menyedari akan hal itu.

          “Awak tolong saya ye.  Saya sebenarnya ada fitting baju pengantin hari ni, tapi tak seronoklah kalau pergi seorang.  Awak boleh kan jadi pengkritik saya,” terangnya.  Kalau daripada tadi lah diterangkan hajat sebenarnya, dah lama aku kelentong ada dating ke.  Mamat ni, tak tahu ke kalau aku tengok dia pakai lawa-lawa, posing macho nanti malam aku tak boleh tidur.  Ohh!!!  Dalam keterpaksaan aku menuruti langkah En. Emeer masuk ke dalam butik.

          “Well, look who’s here.  Emeer Zafran.. and this must be your fiancée right,” tersengeh-sengeh perempuan separuh umur itu menyambut kedatangan kami.  Butik pengantin ini agak terkenal di kalangan mereka yang berada di Kuala Lumpur ni.  Pemiliknya, Datin Shahirah, pula merupakan sahabat kepada keluarga En. Emeer. 

          Eh..eh.. tak silap aku tadi aku terdengar Datin Shahirah ni sebut aku ni tunang En. Emeer.  Biar betul!  Dan En. Emeer hanya menganggukkan kepala.  Sakit ke mamat ni.  Mana pula aku yang masih single ni jadi tunang dia.  Eiii..sakitnya hati aku dengan mamat seorang ni. 

          “Ok guys.. nanti Mimi, pembantu Auntie tu akan tunjukkan koleksi pakaian pengantin.  Both of you can take your own sweet time untuk pilih ye.. kalau nak bergambar pun boleh, Auntie kena keluar ada hal sikit ni” ujarnya lagi.

          Aku menyiku lengan En. Emeer, tapi hanya kenyitan matanya sahaja yang diberikan.

          “Bos, mana boleh macam ni.  Bukan saya yang nak kahwin dengan bos.  Cik Lyana buah hati bos tu mana?”  bidasku.  Wajah En. Emeer yang tersenyum terus bertukar mendung.  Dia merenungku seketika.

          “She’s not here.  Ada kat Sidney.  Please, appointment dah set kan, so saya malas lah nak datang lain kali.  Hari ni awak tolong saya ye, hal dia tu biarlah dia handle sendiri,” balasnya perlahan.  Ayat sentap yang keluar dari bibir nak kena cubit En. Emeer tu menyayat hati aku.  Tak kan lah dah dekat-dekat majlis perkahwinan masih lagi nak ke luar negara.  Entahlah manusia ni. 

          Setelah membelek dua tiga album pakaian pengantin, akhirnya En. Emeer bersetuju untuk mencuba sepasang suit hitam dan sepersalinan biru turquoise.  Kalau dilihat pada gambar model, memang sesuai sangat dengan penampilan En. Emeer ni.  Aku pun bersetuju dengan pilihannya.  Sementara menunggu Mimi mengambil pakaian yang diminta, pembantu butik menghidangkan minuman serta snek ringan untuk kami.  Memang kelas lah layanan di butik ini.   

          Seketika kemudian, Mimi kembali dengan beberapa pasang persalinan yang diminta.  Dua pasang dihulurkan kepada En. Emeer dan dua pasang lagi kepadaku.  Hampir tersembur minumanku apabila diunjukkan pakaian tersebut.  Hah, aku kena pakai ke?  Bukan hanya jadi pengkritik untuk En. Emeer sahaja?  Aduhlah.. sudah jadi kerja pulak ni.  Kalau orang lain nampak, jawabnya habislah saham aku. 

          En. Emeer hanya menganggukkan kepala.  Kami diarahkan ke bilik persalinan.  Sebal sungguh hati aku ni.  Tak pasal-pasal aku jadi pengantin tangkap muat pulak.  Sama ke saiz Cik Lyana tu dengan aku.  Mula-mula aku diarahkan untuk mengenakan persalinan biru turquoise yang sememangnya sungguh cantik.  Hiasan labuci serta manik-manik yang bertaburan menampakkan kemewahan baju tersebut.  Sayang sungguh aku nak memakainya.  Alang-alang orang dah suruh, layankan sahajalah.  Bila lagi kau nak bergaya Ayesha, nak tunggu naik pelamin kau memilih sangat.

          Pandangan En. Emeer ketika melihat aku keluar daripada bilik persalinan menyebabkan dadaku berdebar kencang.  Seketika mata kami bersabung.  Semacam ada suatu rasa bercambah di hatiku.  Cantikkah aku?  Aku sendiri tidak berani untuk melihat diriku di cermin.  Tapi yang pasti, jika jejaka yang berdiri di hadapanku itu bakal suamiku, sudah pasti aku tidak akan melepaskannya selama-lamanya.  Kebiruan persalinan itu melembutkan wajah En. Emeer.  Redup renungan matanya membuai aku di awangan.  Kami dikejutkan dengan deheman Mimi yang tercegat di belakang kami.  

          Mimi mula meminta kami ke studio untuk bergambar.  Alahai, kena bergambar la pula.  Ingatkan setakat mencuba baju sahaja.  Aku menggeleng kepala apabila En. Emeer menarik tanganku.

          “Please En. Emeer, tak mau lah.  This is just not right,” rayuku.  Berbagai spekulasi boleh timbul jika gambar-gambar ini tersebar ke tangan mereka yang salah. 

          “Tolong saya hari ni, Ayesha,” pujuk En. Emeer lembut.  Terasa panas nafasnya di cuping telingaku.  Tanganku diangkat dan digenggam dalam genggamannya seolah tidak ingin aku lari jauh darinya.  Puas aku menarik, namun makin kejap pula genggamannya. 

          “En. Emeer, lepaslah.  Kita bukan muhrim tau..mana boleh pegang-pegang,”

          “Hmmm.. kalau camtu, lepas ni kita pergi nikahlah,” Aku hanya memuncungkan mulut mendengar statement maut En. Emeer tu, “hah, jangan buat muncung macam tu, nanti saya kiss tau,” ugutnya.  Cepat-cepat aku menggigit bibir, kecut dengan ugutan mamat budget hensem ni.  Aduhlah, hari ni teruk betul aku dibulinya.  Ditambah pula dengan aksi-aksi yang diarahkan oleh Mimi dan jurugambar butik itu.  Pegang sana, pegang sini.  Ya Ampun..

          Hampir tiga jam di butik itu, barulah semuanya selesai.  Mungkin inilah suratan yang tertulis untukku.  En. Emeer bukan ditakdirkan untuk aku, tapi kenangan yang cukup indah hari ini pasti akan tersemat selamanya di hatiku.  Jatuh cintakah aku??? 

         *************

(gambar hiasan...biru baju pengantinku...)

         
 (gambar hiasan ..)

Andai waktu itu bisa terhenti...
aku ingin terus begini selamanya...

11 comments:

  1. best..tp xmo la adi putra,x ensem..klu sharnaaz ahmad ke,aaron aziz ke ok..hehehe..yg penting citenye 5star..next story please..

    ReplyDelete
  2. hu3x...suspen sungguh ,agaknya en.amir nak kahwin dgn tunang dia atau Ayesha tu yea???

    ReplyDelete
  3. wah nie da masuk bab sad nie...
    bace laju2

    ReplyDelete
  4. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete
  5. Anonymous (Noreen).. Tq dear.. hehe, tgh dok surf tenet tadi wajah Ady Putra je yang dok tingat2..

    ReplyDelete
  6. Alina ~ hmmm.. suspend kan.. jeng..jeng..jeng

    ReplyDelete
  7. Selera saya~ tengah patah hati ni, tak tau camner nak luahkan ..huhuhu

    ReplyDelete
  8. Emmet ~ Tq sudi bertamu.. baru belajar nak blogging ni, n sudi2lah visit lagi ye..

    ReplyDelete
  9. kesiannye kat ayesha... en.emeer plk da nak kawen... hero dia adi putra ek kak? nsem2... heroin dia 2 sape? jauh sgt muke dia... nmpk mcm muke tasha shila je...

    ReplyDelete
  10. syoklah...sya ska lr yg drang try bju pngantin tu..

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com