Friday 20 January 2012

Bab 9 .. Biar Cinta Bertaburan

       


        Hari terakhir aku untuk menyiapkan segala tugasan.  Esok pagi-pagi semua yang terlibat dengan Budget Meeting akan bergerak ke Melaka.  Jadual perjalanan mesyuarat telah seminggu diedarkan kepada pengurus-pengurus jabatan, Regional Manager dan pembantu mereka.

          Walau pun jam di dinding sudah menunjukkan angka dua, aku masih lagi terkocoh-kocoh di mejaku.  Melakukan doublechecking setiap agenda yang telah aku siapkan.  Satu persatu mataku menyoroti senarai keperluan yang harus aku bawa esok.  Suasana sunyi.  Biasalah, bila hari jumaat kaum Adam akan menunaikan tuntutan mereka, manakala kaum Hawa pula ramai yang ambil peluang untuk mengunjungi Pusat Membeli Belah, apatah lagi sekarang ni musim Sales. 

          Perlahan bunyi notifikasi mesej masuk di telefon bimbitku. 

          Dah lunch ke ---  Emeer

          Belum, tak sempat.. but it’s ok.  Tak lapar lagi pun..~ Ayesha

          Seketika telefon berbunyi lagi.

Lunch on the way .. bring 2 plates and my drinks into the room ~ Emeer. 

          Aku hanya menggeleng kepala membaca mesej masuk itu.  Biasalah bos aku ni.  Mana boleh lawan kehendaknya.  Kalau putih katanya, putih lah.  Semenjak pulang dari kampung, dia semakin mengambil berat tentangku.  Lebih-lebih lagi melihat kesibukan aku dalam menguruskan persiapan Budget Meeting esok.  Malah, setiap malam dia akan menemaniku menyiapkan tugasan-tugasan pejabat sebelum kami pulang.  Semua cek-cek yang perlu ditandatangani harus dilakukan seawalnya.  Semua surat menyurat harus segera dibereskan. 

          Terbau haruman makanan menerjah deria bau.  Tersenyum dengan menjinjing dua bungkus plastik makanan menuju ke arahku.  Pantas, aku membawa pinggan dan minuman En. Emeer ke dalam biliknya.  Makanan di dalam bungkusan plastik telah pun bertukar ke dalam pinggan.  Kami duduk di meja bulat yang selalunya digunakan untuk mesyuarat kecil antara En. Emeer dan stafnya.  Menikmati makanan hanya berdua dengannya di ruang bilik ini memberi kelainan yang ketara. 

          Dari ekor mata, aku menangkap renungan-renungan nakal En. Emeer memerhatikan gerak geriku.  Sesekali, terasa sukar sungguh untuk menelan makanan yang telah masuk ke mulut.  Namun, mamat tu selamba sahaja.  Sengaja meletakkan lauk-lauk dari pinggannya ke dalam pingganku.  Macamlah aku ni besar sangat seleranya.  Bukan sahaja makanan yang dibungkusnya, malah carrot susu kegemaranku juga turut diingatinya. 

          Sempat juga aku mengerling pada sopannya mulut itu mengunyah makanan.  Cermat dan penuh beradab. Sesekali mengamati wajah tampan itu sungguh menyenangkan.  Wajah itu masih menyerlahkan macho nya walau pun tanpa sebaris kumis.  Lesung pipit kecil di kiri pipi juga menambahkan seri ketika dia tersenyum.  

          “Dah sudah?” soalnya ketika melihat aku sudah menolak pinggan.  Aku hanya mengangguk.  Memang perut dah terasa penuh benar ni.  Pingganku ditarik ke arahnya.  Aku hanya melihat sahaja En. Emeer yang selamba menghabiskan baki makananku.  Malah, minumanku juga dihabiskannya.  Terkejut dengan perbuatannya.  Terasa hangat darah menyimbah ke mukaku. 

          “Hmmm.. sayang tak habis makanan kan..” ujarnya.  Alasan tu bolehlah aku terima tapi kalau makan pun menggunakan sudu yang aku gunakan, minum pun menggunakan penyedut minuman aku.. apa yang harus aku fikirkan?  Arghhh… pening aku dengan sikap mamat yang ada di hadapanku ini.  Namun, aku akui, aku suka dengan rasa yang bertamu ini.  Suka dengan apa yang dia lakukan untukku. 

          Aku segera bangun mengutip pinggan yang telah kami gunakan.  Bimbang juga nanti ada sahaja staf yang akan datang untuk berjumpa En. Emeer.  Tanganku ditarik perlahan.  Kemas pegangannya mengundang rasa gelisah di hati.  Aku mengangkat muka memandangnya.  Lantas, bibirku disapu lembut dengan tisu yang berada di tangan.  Aku kaku seketika.  Mata kami bersabung.  Sesaat, dua.. arghhh kalaulah masa itu boleh dihentikan, hentikanlah saat-saat ini.  Hatiku berperang sendiri. 

          Aku cuba menarik lenganku dari pegangannya namun semakin kejap pegangan En. Emeer.

          “Sit Sofi…” ujarnya lembut.  Membulat mataku besar merenungnya.  Tidak!  Hanya abah seorang yang berhak memanggilku Sofi.  Tiada orang lain selain abah yang boleh memanggilku begitu.

          “No.. jangan panggil saya Sofi..hanya abah yang ada hak itu,” sedikit tinggi suaraku. 

          “Kenapa tak …”

       “kerana Sofi itu hanya untuk yang teristimewa..”pintasku mematikan persoalan yang cuba diutarakannya.  En. Emeer diam merenungku.  Sebaris senyuman terukir. 

          “Saya akan pastikan tempat yang teristimewa itu untuk saya Ayesha Sorfina,” balasnya lembut.  Jari nakalnya mencari peluang mencuit hidungku.  Kali ini aku tidak terus melenting.  Hanya tertunduk cuba mencari ayat untuk menangkis keyakinannya. 

          Malas melayan karenah gila En. Emeer lebih lama, usahaku untuk melepaskan tanganku berhasil.  Tertawa besar dia melihat aku terpisat-pisat bangun bersama pinggan dan cawan minuman berlalu keluar. 

          Aku mula rasa kekok dengan situasi kami ini.  Ada masanya aku suka diperlakukan begitu.  Senang untuk rasa disayangi dan diambil berat olehnya.  Ada masanya, rasa bersalah menampar hatiku mengenangkan En. Emeer itu tunangan orang.  Apakah rasa hatiku jika tunangan aku melakukan begitu di belakangku.  Aku tidak mahu menyakiti hati orang lain.  Aku tahu, pasti sakitnya di dalam ini jika dikhianati oleh mereka yang kita cintai.  

          Semua keperluan En. Emeer telah kukemas dan kuarahkan Rahmat, pemandu syarikat memasukkan semuanya ke dalam kereta En. Emeer.  Tak perlulah bos aku tu bersusah-susah membawanya nanti.  Pakaian yang telah kuambil dari kedai dobi sudahpun kususun rapi di atas sofa, menanti untuk dipilih untuk dibawa ke Melaka.

          “En. Emeer, baju-baju ni nak pilih yang mana,” soalku. 

          “Pilihlah yang mana pun sayang, setiap pilihan awak, itulah yang saya pakai,” bersahaja sungguh jawapannya namun memberi getaran hebat dihatiku.  Dia memanggilku sayang.  Aduh, rasa nak tercabut nyawaku ini. 

Tidak memperdulikan En. Emeer yang telah duduk di sebelahku, tanganku pantas membelek beberapa helai kemeja, slack dan tali lehernya.  Berpuas hati dengan pilihanku, segera kumasukkan ke dalam bagasi kecil yang sering dibawanya ketika outstation.  Memang telah menjadi rutinku sejak dua tahun ini untuk melakukannya.  Bukan aku tidak tahu, mamat yang kelihatan sangat tampan di hadapanku ini, paling tidak suka mengemas bagasinya.  Biasanya dia akan hanya memilih beberapa helai pakaian yang telah diambil dari kedai dobi dan menyerahkannya kepadaku untuk dikemaskan.  Kali ini, aku pula yang terpaksa bekerja lebih memadankan setiap pakaiannya dengan tali leher malah kotnya juga.  Pening kepala aku dengan karenah mamat ni.  Kalau tak kerana sayang, entahlah.  Opsss.. sayang ke?

“Saya hantar awak balik ye, esok pagi-pagi saya jemput,” ujarnya lebih kepada arahan.  Aku hanya menggangguk, malas hendak berbalah dengannya.  Hatiku sudah cukup penat memecut hari ini.  Berbagai insiden yang sukar aku fahami terjadi antara kami.  Tindakannya yang semakin berani membuatkan aku resah.  Bimbang jika aku tak mampu menahan perasaan ini.  Bimbang jika perasaan ini terhambur keluar.  Aku hanya mahu perasaan yang telah mula membesar ini tersimpul mati di dalam hatiku.  

Petang itu, En. Emeer menghantarku pulang agak awal.  Katanya mahu membiarkan aku berehat sedikit sebelum berangkat esok.  Di sana nanti, tugasku agak berat.  Memastikan perjalanan mesyuarat seharusnya lancar, menyediakan segala keperluan dan yang penting mengambil minit mesyuarat. Dua hari di sana, pasti akan memenatkan.  

Kereta diberhentikan di hadapan pagar.  Belum sempat aku membuka pintu kereta, En. Emeer menghentikan pergerakanku.  Tanganku sekali lagi dicapai.  Digenggam erat walau pun aku cuba meleraikannya.  Tak berdaya dengan perlakuannya, aku hanya memandang wajah polosnya.  Tanganku ini seperti sudah hilang privasinya.  Sering kali menjadi mangsa tangan sasa lelaki ini.

“Kita kahwin..” terasa ingin menampar kuat pipiku mendengarnya di saat itu.  Benarkah En. Emeer yang berada di hadapanku.  Benarkah apa yang aku dengar.  Genggamannya dikejapkan seolah-olah meminta reaksiku.  

"Ayesha, kita kahwin..," ujarnya sekali lagi melihat aku yang terdiam membisu.

“No.. we can’t.  You are getting married, En. Emeer.  Don’t you forget that,” balasku.  Ada nada sendu dalam penolakan itu.  Air muka En. Emeer berubah keruh.  Namun masih, genggamannya dikejapkan.

“If I’m not, will you marry me?” ujarnya lagi.  Aku cuba memalingkan wajah darinya.  Pantas tangannya menarik mukaku ke arahnya kembali.  Ada cahaya mengharap terpancar dari mata itu.  Semacam ada harapan yang menjalar dari renungan itu.  Aku hilang arah.  Aku tenggelam  dalam kecelaruan diriku sendiri.

“Saya tak tahu…...” hanya itu yang mampu aku nyatakan.  Akhirnya tanganku dilepaskan.  Terus aku meninggalkannya.  Sesaat, kelihatan kereta hitam itu berlalu membelah kesibukan taman.

Ya Allah, apa sebenarnya rencana yang telah Engkau tuliskan ini.  Pandulah aku ke laluan yang benar.  Aku tidak mahu kecewa.  Aku tidak mahu menanggung parahnya hati.  Tapi tak mampu menipu diri.  Benar, aku telah jatuh cinta.  Jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bakal bergelar suami orang.  Kejamkah aku..


Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

5 comments:

  1. Lebih baik berterus terang kalau dan suka :)eleh ayesa ni jual mahal pulak dia he3..

    ReplyDelete
  2. hatiputera ~ terima kasih.. masih bertatih lagi ni..

    Azman ~ kalau jual murah nanti kena lelong..hehehe

    ReplyDelete
  3. biarlh kegembiraan ini berpanjangan..

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com