Thursday 19 January 2012

Bab 7 ..... Biar Cinta Bertaburan




           Tiga jam perjalanan terasa sunyi tanpa teman bicara.  Hafifah tidak dapat menemaniku pulang.  Waktu-waktu begini jabatannya lah yang paling sibuk menyiapkan segala laporan kewangan apatah lagi Budget Meeting hanya tinggal beberapa minggu lagi.

          Sepanjang perjalanan aku hanya ditemani alunan lagu-lagu indah yang kedengaran di corong radio.  Bersulam kenangan saat-saat aku bersama dia yang kutinggalkan seketika.   Alangkah indah jika ia benar belaka.  Mungkinkah tiga tahun kesabaran ini bersamanya disebabkan hati aku mula menyenanginya.  Mungkinkah sudah tersedia suatu sudut istimewa di hati ini untuk insan bernama Emeer Zafran. 

          Kepulanganku disambut dengan wajah-wajah ceria mak, abah, Mak Su, Aina, Adib, Alia dan Auni.  Masing-masing becok bertanyakan aku itu dan ini.  Walau pun kampungku tidaklah sejauh mana, tapi jarang aku dapat pulang ke sini berkumpul bersama mereka.  Hanya jika cuti panjang dan hari raya sahaja dapat aku pulang.  Nak balik hujung minggu, rasanya tak puas nak bermanja dengan mak. 

          Habis barang-barang yang aku bawa pulang diselongkar satu persatu oleh Alia dan Auni yang masing-masing berumur 12 dan 10 tahun.  Auni adik bongsuku, sangat manja dan keletahnya itu juga membuatkan aku rindu pada mereka.  Riuh mulut mak memarahi adik-adik yang tidak sabar.  Abah seperti biasa hanya tersenyum melihat karenah anak-anaknya. 

          Mak Su memelukku erat.  Kami berdua memang sangat rapat.  Semenjak kematian suami, Mak Su tinggal bersama kami.  Mak Su yang hanya dua tahun muda daripada mak, tidak mempunyai zuriat.  Kesian Mak Su, hanya dengan kami adik beradiklah tempat Mak Su menumpang kasih anak.  Akulah yang paling rapat dengan Mak Su.  Jenuh mak dan abah memujuk Mak Su mengikut mereka mengerjakan umrah, namun Mak Su tetap menolak. 

Katanya tak sampai hati nak tinggalkan adik-adikku sedangkan aku sudah memaklumkan bahawa aku akan membawa mereka ke Kuala Lumpur.  Hanya dua minggu, lagi pun cuti sekolah pun akan bermula minggu hadapan.  Namun Mak Su tidak membenarkan.  Dia tidak mahu pelajaran Adib yang akan mengambil SPM tahun ini terganggu.  Dia mahu Adib berjaya seperti aku melanjutkan pelajaran ke menara gading.  Selama ini pun, Mak Su lah yang banyak memberi dorongan kepada kami.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.  Notification mesej masuk.  Berebut-rebut Auni dan Alia ingin mengangkatnya.  Mak sudah mula menjegilkan mata ke arah mereka.

          Dah sampai?  Jumpa keluarga hingga lupakan saya … ~ Emeer

Merajuk ke mamat ni.  Baru setengah hari, belum sampai petang aku tak menghubunginya.  Kalah kan pasangan kekasih la pulak.  Aku tersenyum sendirian.  Menyedari tingkahku mendapat perhatian Mak Su, cepat-cepat aku berlalu ke bilik yang agak lama aku tinggalkan.  Rindu pada katil dan bantal pelukku. 

          Dah sampai dalam 2 jam.. belum sempat nak mesej, sibuk adik-adik dah serbu.  Tulah, kirim lagi banyak barang.. dun worry, will never forget…. ~ Ayesha

          Butang send ditekan.  Alamak!  Betul ke aku yang taip begitu. 

          Dah terasa bila awak tak ada.. missing you ~ Emeer

          Mak!!! Terasa aku ingin menjerit membaca mesej mamat ni.  Janganlah kau racun aku dengan ayat-ayat cinta kau ni.  Jangan!! Aku ni pun bukanlah kuat sangat.  Boleh cair aku nanti.

Ok.. get to go.  Nak sembang-sembang dengan mak dan abah jap ~ Ayesha.

Salam saya untuk mak dan abah.. flying kiss untuk awak, hehe ~ Emeer.

          Ternanar seketika  aku membaca mesejnya yang terakhir tu.  Hakikatnya, aku pun rindu dengan suaranya.  Rindu pada usikan nakalnya.  Rindu..rindu..rindu.. Angau dah kau ni Ayesha Sorfina.  Aku menepuk-nepuk pipiku sendiri.  Apalah nak jadi dengan aku ni.

          Sungguh berselera kami makan malam bersama.  Dapat berkumpul begini, melayan masakan mak dan  Mak Su, bersama ulam-ulaman kampung yang segar.  Daerah Pekan kampungku ini sangat indah.  Berhampiran dengan Sungai Pahang yang terkenal dengan ikan patinnya. 

          Malam itu, aku ditemani Mak Su dan mak sibuk mengeluarkan pinggan mangkuk dari bilik setor untuk dicuci dan dilap sebelum digunakan untuk kenduri esok. Adik-adik sudah sibuk mengemas ruang hadapan dan beranda rumah.  Rumah ini rumah peninggalan arwah Ayah Ki, iaitu ayah mak kepada mak.  Tanah seluar 2 ekar ini dibahagikan sama rata kepada mak dan Mak Su, namun Mak Su telah pun meletakkan nama kami adik beradik ke atas bahagiannya.  Setelah pencen daripada tentera, abah terus menetap di sini.  Menggunakan wang KWSP abah, rumah ini dibaiki dan diperbesarkan.  Mempunyai lima buah bilik tidur,  ruang solat, ruang tamu dan dapur yang luas. 

          Mak Su berkongsi biliknya dengan Aina, manakala Auni berkongsi dengan Alia,  sebuah bilik untuk Adib, bilik untuk mak dan abah dan sebuah bilik untuk aku.  Selalunya bilik aku itu akan digunakan sebagai bilik tetamu.  Tanah di belakang rumah pula dijadikan kebun oleh abah.  Durian, rambutan dan langsat menjadi pilihan abah. 

          Suara orang memberi salam di luar rumah menghentikan kami.  Kedengaran abah menjemput tetamu masuk ke rumah.

          “Sofi, buat kopi untuk tetamu kita ni,” abah terjengol di muka pintu dapur.  Siapalah yang datang malam-malam ni.  Tapi ye la kan, mereka nak melawat mak dan abah.

          Minuman dan sedikit kuih muih kuangkat ke ruang tamu.  Tanpa memperdulikan tetamu yang datang, aku berhati-hati menghidangkan hidangan ke atas meja.

          “Ya Allah, lama nya tak jumpa Ayesha.  Bila balik nya ni,” dapat kutangkap suara itu.  Aku kenal benar dengan empunya suara.  Lantas aku mengangkat muka memandang ke arah tetamu-tetamu yang datang.

          “Acik Siti, apa khabar?” balasku lantas menyalami wanita itu.  Mak cik Siti memelukku erat.  Dulu kami pernah rapat sewaktu aku masih di sini.  Tapi, disebabkan suatu perkara, kami menjadi makin jauh.  Mataku menangkap pandangan redup seseorang yang turut serta bersama mereka.  Sebuah senyuman aku hulurkan dan kami hanya berbalas senyum.  Seketika, aku tidak dapat membaca perasaanku sendiri.

          “A’ah kan, lama tak jumpa Ayesha.  Selalu juga Ash balik tapi tak pernah jumpa Ayesha,” sapanya. 

          “Balik juga, tapi kalau ada cuti yang lama sikitlah.. nak balik kerap sangat pun penat nak memandu sorang,” balasku berbahasa basi.

          Setelah meminta izin untuk ke dapur meneruskan kerja yang terhenti, aku berlalu pergi meninggalkan mereka berbual-bual dengan mak dan abah.  Dari ekor mataku, jelas terlihat Rashdan hanya menyorot jejakku menjauhi mereka.  Saat itu, perasaan ku bergelegak.  Semahu-mahunya aku tidak ingin berjumpa dengannya lagi. Aku tahu, dia sering bertanya tentangku melalui Hafifah.  Kami dahulu sekelas ketika di tingkatan lima.  Aku tahu Rashdan masih menaruh hati padaku.  Malah, bertahun-tahun dulu, aku pernah menolak hasrat hatinya.  Hati aku tidak pernah terbuka untuknya dan tak mungkin akan.  Bukankah hati ini sudah ada pemiliknya?  Ah..Kalut jiwa ini.

          Hampir jam sebelas malam barulah aku dapat berbaring-baring di atas katil lamaku ini.  Baru kuingat, sedari tadi aku tidak sempat mengintai telefon bimbitku.  Ada 15 missed call, semuanya daripada nombor yang sama.  Aku memberanikan diri menekan nombor itu walau pun menyedari malam kian larut.

          “Assalamualaikum…” ujarku.  Walau pun telah diangkat namun tiada balasan di hujung sana.  Merajuk kah?

          “Tak jawab salam berdosa tau.. or else saya letaklah ye,” balasku lagi sambil berpura-pura untuk memutuskan talian.

          “No..no.. Ayesha stop it.  Amboi, dah lupa saya terus ye,” ada nada sedih bersama suara itu.  Betulkah ini suara En. Emeer. 

          “Sorry bos.. saya sibuk mengemas tadi.  Lagi pun ada tetamu datang bertandang, takkan lah nak halau mereka kan.  En. Emeer belum tidur lagi?” sahaja aku berlembut tidak mahu memanjangkan rajuknya.

          “Hmmm.. tak boleh tidur tak dengar suara awak.,” hampir tersedak aku dibuatnya dengan kata-kata tak ada cover En. Emeer tu.  Air mata sudah mula bergenang.  Mudah sungguh kolam rasaku ini tercuit setiap kali bersuara dengannya.  Bukan sedih, tapi terharu kerana ada juga insan yang sudi merindui aku.

          Suasana hening seketika.  Hanya kedengaran nafas masing-masing di hujung talian.  Aku mencari kata-kata untuk diucapkan namun saat itu hanya sendu kecil yang berlagu.

          “Ayesha.. are you still there?” sayup suaranya memecah sunyi.

          “Yep.. ada lagi ni.  Ok lah En. Emeer, saya nak tidur dulu ye.  Esok pagi-pagi nak bawa abah dan mak ke pasar, nak masak,” lembut aku meminta izin untuk memutuskan talian.  Tak sanggup rasanya untuk terus mendengar sayup suaranya yang mengundang rasa rindu di hatiku ini.

          “Esok kenduri pukul berapa?”

          “Lepas solat zohor, insyaAllah.  Selamat malam En. Emeer, sleep well,”

          “You too dear.. mimpikan saya ye malam ni,”.  Talian dimatikan.  Aku masih lagi kaku, terkebil-kebil mengadap siling rumah mengenangkan kata-kata terakhir mamat tu.  Nak mimpikan dia malam ni.  Minta dijauhkanlah mimpi-mimpi ni.  Takut nanti aku tak boleh berhenti berharap untuk terus bermimpi aje.  Parah Ayesha, parah!!!

********************

          Semenjak balik dari pasar pagi tadi, aku sibuk di dapur membantu mak dan Mak Su menyiapkan juadah.  Menu yang ringkas tetapi tetap hebat di mataku menjadi hidangan para tetamu hari ini.  Bukanlah besar sangat kendurinya pun, hanya sekadar menjemput kariah Masjid, jiran-jiran kami seorang dua dan saudara-saudara mak yang ada di kawasan terdekat.  Mak memang penduduk asal kampung ini manakala abah pula berasal dari Durian Tunggal, Melaka.  Pernah berkhidmat dalam angkatan tentera dan setelah pencen terus menetap di sini.  Kalau didengar daripada cerita Mak Su, hebat percintaan mak dan abah.  Ditentang hebat oleh arwah Ayah Ki kerana katanya arwah Ayah Ki tidak suka mak berkahwin dengan anggota tentera.  Takut anak perempuannya tidak tinggal setempat.

          Namun cinta di hati abah dan mak, membuatkan hati Ayah Ki menjadi lembut sehinggakan di akhir hayatnya, abahlah yang banyak menjaga arwah.  Abah telah menjadi menantu lelaki kesayangannya hingga ramai orang menyatakan lebih sebagai anak lelaki daripada status menantu.  Abah memang seorang yang tegas tapi penuh dengan kasih sayang.  Kualiti begitulah yang aku cari dalam seorang lelaki.  Dan kualiti itu juga aku jumpa dalam seseorang namun takdir, tak mungkin menjadi milikku.

          Mak tidak menjemput ramai jiran untuk membantu kami di dapur.  Kata mak, cukuplah kami-kami sahaja menyediakan hidangan kerana bukanlah kenduri besar pun.  Tapi, semangat kejiranan yang ada di kampungku ini masih tidak luntur.  Dua tiga orang jiran pagi-pagi lagi telah sampai.  Mengambil tugasan dapur sehinggakan aku sendiri pun tak tahu apa nak dibuat.  Akhirnya, aku mengambil keputusan ke bahagian dapur basah yang berada di luar untuk menyiang ikan patin yang telah dihantar oleh Abang Alif, rakan kongsi abah.  Abang Alif dan abah berkongsi menternak ikan keli dalam sangkar yang terletak di dalam Sungai Pahang. 

          Oleh kerana sudah lama tidak melakukan kerja-kerja begini, terkial-kial aku mengerjakan ikan itu.  Rupa-rupanya, Adib, satu-satunya adik lelakiku, sedang memerhati sambil terkekek-kekek mentertawakan aku.  Sempat aku membaling selipar di kakiku ke arahnya.  Aku dan Adib memang rapat walau pun jarak antara kami agak jauh.  Memang aku manjakan sangat si Adib ni. 

          “Kak, ada orang nak tolong akak ni..” jerit Adib.  Aku hanya membiarkan sahaja.  Malas hendak melayan karenahnya yang memang suka menyakat aku. 

          “Hmmm.. kesiannya ikan-ikan tu Ayesha..” Wah! Sudah jadi cerita pula aku ni.  Parah sungguh angau aku ni.  Sampai terdengar-dengar suara En. Emeer kat sini.  Elok-elok mamat tu ada kat KL, boleh pula aku terdengar suaranya di sini.  Dahsyat sungguh penangan mamat ni.  Aku hanya menggelengkan kepala cuba mengusir perasaan itu.

          Tiba-tiba jariku terasa pedih, kelihatan darah menitik keluar, satu, dua.. dan arghhhh… jariku terluka.  Jariku yang terluka kubawa ke pili air untuk membersihkan darah yang mengalir.  Mujurlah tak besar mana pun torehan itu. 

          “Bawa tangan tu ke sini, iskhh awak ni kan..” tanganku yang terluka dicapai oleh empunya suara.  Terpegun aku melihat sekujur tubuh En. Emeer yang tercegat di hadapanku.  Jariku dibelek seketika.  Tiada yang serius, hanya kecil sahaja kesan torehan itu. 

          “Errr…err…macam mana boleh sampai kat sini?” tergagap-gagap aku bertanya.  En. Emeer hanya tersenyum dan kemudian kelihatan kelibat Hafifah dan Hakimi menuju ke arah kami.  Ini mesti kerja Hafifah.  Kata tak dapat balik, tiba-tiba muncul pula.  Sudah tu, bawa pula mamat ni.  Aduhai..

          Penyudahnya, kerja menyiang ikan diambil alih oleh Adib dan Aina yang sudah pun terkekeh-kekeh ketawa melihat muka aku yang blur.  Oh, tak pe, korang ketawakan kakak ye, nanti la korang..gerutu hatiku.  Walau pun Aina baru berumur 14 tahun, tapi Aina memang terror melakukan kerja rumah.  Malah masak memasak pun boleh tahan adik aku seorang tu tambahan pula dia rajin membantu mak dan Mak Su menyediakan nasi dagang setiap pagi.  Pemilik kedai makan di simpang jalan masuk ke kampung ku itu meminta mak menyediakan nasi dagang bungkus untuk gerainya setiap hari.  Walau pun mak pada awalnya menolak, tapi tidak sampai hati pula kerana ramai orang kampung yang sering menanyakan nasi dagang mak.  Bukan nak angkat bakul sendiri, tapi memang nasi dagang mak merupakan yang tersedap di kampung ni.  Kalau hari raya, tak sampai tengah hari dua periuk nasi dagang sah-sah akan licin. 

          Aku membawa mereka ke hadapan rumah bertemu dengan mak dan abah.  Sopan sungguh mamat tu bersalaman dengan abah dan mak.  Abah apalagi bila mendapat tahu itu lah bos aku.  Dengan senyuman lebar nan meleret mengajak En. Emeer duduk berbual-bual bersamanya.  Sempat lagi berterima kasih dengan segala pemberian bos aku tu. 

          “Eh..Sofi, pergi lah buatkan air untuk bos dan kawan kamu ni,” arah abah.  Aku menggangguk dan berlalu ke dapur.  Namun sempat aku melihat En. Emeer mengajuk perlahan namaku yang dipanggil oleh abah. 

Dalam perjalanan ke dapur, aku menggamit Hafifah.  Tersengeh-sengeh perempuan itu dengan muka bersalahnya.

          “Apa cerita ni, Pipah?” soalku macam askar pencen.  Tak puas hati selagi tak tahu apa cerita sebenarnya.

          “Alah, ko janganlah marah aku Pina.  Aku pun sebenarnya tak plan ni.  Semalam cik abang ko tuh, turun cari aku kat department.  Tanya aku tak datang ke.  Aku kata aku datang dengan Hakimi tapi pagi ni la.  Dia pun sibuk nak ikut sekali.  Pagi tadi, kereta Hakimi wat hal pulak kat depan opis, so kitorang naik kereta bos ko tu lah.  Sanggup dia jadi drebar lagi.  Hei..untung la ko ni Pina oi..,” jelas Hafifah meleraikan kekusutan fikiranku. 

          “Apa yang untungnya pun.. “ balasku mencebik.

          “Aku tengok ko dua orang ni kan.. bukan macam bos dan pekerja la.. korang berdua ni ada apa-apa eh?”

          Soalan Hafifah membuatkan aku terdiam seketika.  Ketara sangatkah hubungan aku dan En. Emeer di mata mereka.  Aku pantas menggelengkan kepada menafikan persoalan Hafifah.

          “Ko jangan nak memandai-mandailah Pipah.  En. Emeer tu nak jadi suami orang dah tak lama lagi,” balasku.  Sakit dan pedih dengan pernyataan yang keluar dari mulut sendiri.

          Setelah menghidangkan minuman untuk mereka, aku kembali ke dapur membantu makcik-makcik yang setia membantu kami.  Pinggan mangkuk kususun ke dalam dulang satu persatu.  Biarlah mereka berbual-bual di hadapan.  Kepalaku masih mereng memikirkan pe’el pelik-pelik En. Emeer ni.  Tapi hakikatnya, aku sangat gembira dengan kehadirannya.  Perasaan yang sangat indah sedang berbunga di hati.



~..hatiku hatimu menjadi satu cinta ... ku rasa hadirmu menyempurnakan aku ... tapi cinta bukan milik kita ... semua harus berakhir ......~


2 comments:

  1. sian jg dg ayesha dgn perasaan cinta yg terpendam..

    ReplyDelete
  2. hatiku hatimu menjadi satu....kurasa hadirmu menyempurnakan hidupku...
    walaupun cinta itu bkn milik kita...
    namun ia tetap abadi dihatiku...huhuhu

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com