"Adik nak makan apa?"
Menu yang dihulurkan pelayan kedai makan yang berwajah comel itu aku hulurkan pula kepada si kecil.
"Adik selalu makan nasi dengan ayam goreng je Kak Fira," jawab si abang.
"Oh, iya ke? Nasi dan ayam goreng je? Lauk lain? Sayur?"
Geleng.
"Adik tak makan sayur."
Jujurnya jawapan.
Jujurnya jawapan.
"Abang?"
Si abang memanggung kepala dan memandangku. Terlihat ada garis sayu bertandang pada wajah itu.
"Dulu makan..."
Tak faham. Dulu makan? Sekarang? Aku cuba mencerna apa yang aku dengar.
"Kak Fira tak faham sayang..."
"Dulu..." abang diam seketika "dulu abang suka makan sayur bila ibu masak. Sekarang tak ada yang masak macam ibu, abang dah tak makan sayur sangat."
Allahuakbar.
Luluh hati aku mendengarnya. Anak sekecil ini tapi memendam rasa sebesar itu. Ya Allah. Saat itu seakan rasa hendak memeluk kedua-duanya.
Luluh hati aku mendengarnya. Anak sekecil ini tapi memendam rasa sebesar itu. Ya Allah. Saat itu seakan rasa hendak memeluk kedua-duanya.
Aku menyeka air mata yang hampir luruh. Segera aku memanggil pelayan berwajah comel itu kembali. Setelah memesan makanan, aku melayan celoteh dua beradik itu. Comel. Rindu sungguh aku kat budak berdua ni.
Bersorak sakan kedua-duanya apabila makanan yang dipesan tiba. Tambahan lagi aku dengan senang hati belanja mereka ais batu campur spesel. Dua scoop aiskrim di atas abc itu sungguh menggoda.
Usai menikmati makan tengah hari, aku membawa kedua-duanya pulang semula ke bengkel ayah mereka. Jam hampir pukul tiga petang dan aku lihat mamat tu masih terbongkok-bongkok berhempas pulas berperang dengan kancilku.
Kehadiran kami disedarinya namun seperti biasa wajah itu tiada perasaan.
"Awak.."
Dia berpaling ke arahku.
"Lama lagi tak?"
"Kan dah cakap tadi, awak boleh balik dulu," balasnya kasar.
Hmmmm. Tadi elok je cakap kan.
"Awak..."
Sekali lagi dia berpaling menghadapku. Kali ini ketara wajah kebosanannya. Menyampah kot bercakap dengan aku ni.
"Awak, boleh saya tumpang solat kat sini? Ada tak tempat saya boleh solat?"
Tegang di wajahnya sedikit mengendur. Tubuhnya yang membongkok kini ditegakkan. Seminit, dia terdiam.
"Err.. masjid jauh dari sini. Awak... awak boleh guna bilik saya kat atas tu lah untuk solat. Bilik air ada kat belah belakang tapi faham-faham ajelah..."
Aku angguk. Faham apa yang cuba dia sampaikan. Dah bagi aku guna bilik dia untuk solat pun dah cukup bagus.
"Tapi telekung orang perempuan tak ada."
"Tak apa. Saya memang selalu bawa."
"Abang, adik.. tolong temankan kakak ye," ujarnya kepada dua anak kecil itu.
"Terima kasih awak."
Hmmm.. memang betul-betul kena tutup mata la masuk ke bilik air bengkel tu. Dah nama orang lelaki, tak prihatin langsung. Kalau dapat kat aku ni, memang aku sental cukup-cukup. Tapi mula-mula tu harus aku tuang dua tiga botol clorox dulu. Haishh.. jangan banyak komplen. Dah bagi guna pun cukup baik. Nasib baik si abang hulurkan aku sepasang selipar tadi. Tengok daripada saiznya, memang sah mamat tu yang punya.
Berhati-hati aku menaiki tangga kayu ke tingkat atas yang kalau tidak silap aku memang dibina sendiri. Ketinggian antara lantai dan siling bengkel itu memang sesuai sangat untuk membina loteng sebagai pejabat atau ruang rehat. Jimat ruang. Setibanya aku ke bilik yang berukuran lebih kurang sepuluh darab lima belas kaki itu, sudah kelihatan tikar sejadah dibentangkan.
"Adik tolong Kak Fira ye?"
Anak kecil itu angguk dan tersenyum. Si abang yang berbaring di tepi kerusi yang beralas permaidani kecil itu turut tersenyum.
Selesai sahaja aku melipat sejadah dan telekung, terasa tubuhku dipeluk daripada belakang. Tubuh kecil itu aku tarik dan kemas berada dalam dakapanku. Senyumannya cukup membuatkan aku terpesona.
"Adik mengantuk ye?"
Dia mengangguk. Kuyu matanya pun dah aku tahu. Aku melontar pandang ke arah si abang yang sudah terlena. Mudahnya anak-anak ini membawa diri. Tubuh adik kudukung dan kemudian aku baringkan berhampiran dengan si abang. Namun dek kerana si adik masih memelukku, aku pun turut sama berbaring dengan mereka.
Nikmatnya dapat berbaring begitu. Tak kisahlah kat mana pun aku sekarang. Mataku semakin memberat.
Antara sedar dan tidak, telingaku bagaikan terdengar bunyi pintu dikuak. Bagaikan ada kelibat yang bergerak di dalam bilik itu. Namun kerana dek kantukku yang menggunung, mataku terus terkatup rapat.
Aku tersedar apabila telefon bimbitku berdering. Kucapai telefon bimbit yang berada di tepiku. Ada tiga missed calls. Semuanya daripada emak. Haish.. jam pula sudah hampir lima petang. Subhanallah. Satu jam lebih aku tertidur dengan anak-anak ini.
Aku memerhati sekeliling. Tangan si adik yang memelukku kualih cermat. Tidak mahu anak itu terjaga daripada lenanya. Si abang juga pulas tidurnya. Sejadah yang kuletakkan di sisiku sebentar tadi kini sudah molek berlipat dan tergantung di raknya. Hmm.. tentu ada yang masuk ke sini tadi. Masuk ke sini? Erkkk..
Cepat-cepat aku membetulkan tudungku dan melihat wajahku di cermin. Okey.. tak ada la muka macam baru bangun tidur sangat.
Sebaik sahaja aku tiba di bawah, kelihatan mamat itu sedang bercakap sesuatu dengan pekerjanya. Aku segera menghampiri mereka. Namun aku tidak menyapa, masih menanti sehingga mereka selesai.
Menyedari kehadiranku, mamat itu segera mendekatiku. Kunci kereta dihulurkan.
Alhamdulillah, dah selesai juga akhirnya.
"Berapa ringgit awak?"
Soalanku dijawab dengan huluran bil.
"Awak bayar barang yang saya tukar je. Upah tak payah."
Seratus lima puluh. Memang betul-betul harga alat yang diganti.
"Eh, mana boleh macam tu. Teruk awak repair tadi, berjam-jam. Takkan tak payah upah pulak."
"Tak apa, saya halalkan."
Kuhulurkan tiga keping not lima puluh. Huluranku disambut.
"Terima kasih."
"Eh, terima kasih kat awak sebab tolong saya dan bagi saya pinjam bilik awak untuk saya solat. Terima kasih juga sebab belanja saya makan tadi. Anak-anak awak tidur lagi tau kat atas."
"Okey."
Okey je? Ceh! Aku beria-ia berucap panjang.
"Err.. satu lagi. Esok boleh tak saya nak bawa anak-anak awak datang rumah saya?"
Dahinya kembali berkerut. Okey, ini memang ekspresi asli mamat ni. Kerutan dahi tu memang tak boleh dipisahkan.
"Kenapa?"
"Sajalah. Dia orang kan kawan saya. Sajalah saya nak ajak dia orang datang makan-makan kat rumah saya."
Masih berfikir. Apalah yang difikirkannya tu.
"Kawan?"
"Iyalah kawan.."
"Awak dah tak ada orang sebaya awak ke nak buat kawan?"
Aku pulak yang nak hangin ni. Kenapa, orang dewasa tak boleh kawan dengan kanak-kanak ke? Siapa yang buat undang-undang macam tu?
"Apsal? Tak boleh ke saya nak kawan dengan budak kecik? Suka hati saya la nak kawan dengan sapa-sapa pun."
"Sapa-sapa tu anak saya!"
Erkkk. Hehehe.. lupa!
"Err.. bolehlah ye. Saya janji esok saya ambik dan hantar dia orang kat sini."
Angguk.
Yes.
Yes.
Dia bagi.
Boleh tak aku peluk mamat ni?
Iskhhh..
Yes.
Yes.
Dia bagi.
Boleh tak aku peluk mamat ni?
Iskhhh..
****************************************
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Amacam?
Okey tak cerita Zafirah dan Azlan ni?
Hah.. Kak Yus bagi marathon 2 hari ni 10 bab terus... hehehehe.
Okey.. kalau laling2 kak yus suka dengan cerita ni, cuba bagi komen sikit kat kak yus.. nanti kak yus boleh sambung up entry lagi...
Sayang Selalu;
Kak Yus