Saturday 11 February 2012

Bab 25 .. Biar Cinta Bertaburan




    Semenjak kami rasmi bertunang, En. Emeer telah sukarela menandatangani kontrak menjadi drebarku setiap hari.  Pagiku berjemput, pulang pula berhantar.  Bising juga aku dengan sikap terlebih prihatinnya tapi apabila aku bersuara, pasti mudah sahaja dia mematahkannya.  Alasannya, risau kalau sesuatu terjadi kepadaku.  Lebih-lebih lagi kes Rashdan yang masih belum selesai.  Malah, sekarang ni banyak masa kami luangkan bersama, di pejabat mahupun ketika hari cuti.

          Tempoh tiga bulan persiapan perkahwinan pula bukanlah lama mana.  Pejam celik pejam celik sudah hampir saatnya.  Mama dan mummy pun hampir setiap hari menghubungiku bertanyakan status persiapan bagi pihak kami.  Nampak masing-masing beria-ia mahu menjayakan majlis kami.  Majlis akad nikah akan diadakan di rumah abah pada hari Sabtu, manakala kenduri besar pula pada hari berikutnya.  Abah dan mak pun sudah mula sibuk menguruskan persiapan di sana.  Bila aku suarakan hasrat untuk pulang setiap minggu, dibantah oleh abah.  Bimbang sesuatu yang buruk terjadi kepadaku dalam perjalanan.  Menurut abah, semuanya sudah diatur di sana.  Barang-barang hantaran pula aku siapkan sendiri.  Inilah masa untuk menunjukkan bakat terpendam.  Aku dan Hafifah masing-masing bertungkus-lumus mencari idea-idea baru untuk menyiapkan hantaran.  Hampir setiap malam kami akan menerjah blog-blog mak andam di internet yang tidak kedekut memberi tips menggubah hantaran. 

          Manakala di sebelah pihak En. Emeer, semuanya diserahkan kepada wedding planner.  Resepsi akan diadakan di Dewan Felda untuk meraikan keluarga mereka serta staf syarikat papa dan daddy.  Hujung minggu aku akan disuruh bermalam di rumah mama.  Kadang-kadang kasihan juga dengan Hafifah yang terpaksa tinggal berseorangan.  Nasib baiklah sahabat baikku itu sangat-sangatlah sporting. 

          Minggu ini aku akan ke rumah mama lagi.  Malah, bukan sekadar aku dan En. Emeer sahaja, mummy dan daddy pun akan bersama makan malam di rumah mama.  Dua tiga hari lepas, mama sudah awal-awal mengingatkan aku agar tidak lupa untuk datang. 

          Tepat jam sepuluh pagi, En. Emeer telah tersandar di keretanya menantiku.  Sengaja aku memintanya agar mengambilku lebih awal.  Cadangnya aku ingin ke Carrefour mencari sedikit bahan mentah untuk hidangan pencuci mulutku malam nanti.  Teringat kuih lompat tikam yang sering disediakan mak waktu berbuka puasa.  Entah kenapa, tekakku terasa seperti ingin menikmatinya.  Air gula Melaka telah awal-awal aku siapkan, yang tinggal hanya pudingnya sahaja. Harap-harap menjadilah masakanku kali ini kerana sudah lama tidak menyediakannya.

          Mata En. Emeer yang menyoroti aku membuatkan dadaku berdebar hebat.  Cair hati kecil aku ini dengan renungan memikatnya itu.  Tubuh sasa itu hari ini hanya dibaluti sehelai T-shirt putih Liverpool, pasukan bola sepak kegilaannya, bersama jeans Puma hitam yang memang nampak sangat ringkas tapi tetap menyerlah ketampanannya itu.  Agak-agaknya mampukah aku menutup mata dan rasa cemburu apabila mata gadis-gadis di luar sana merenungnya nanti.  Aduh! Susah sungguh bakal berkahwin dengan orang hensem ni. 

          Senyuman menawan sudah pun tersungging di bibir nipis itu menyambutku.  Setelah berbalas ucap selamat pagi, pintu kereta dibuka untukku seperti kebiasaannya.  Layanannya membuatkan aku rasa sangat disayangi.  Takut nanti sudah terbiasa begini, tak mampu untuk meninggalkan tabiat itu lagi. 

          “You look so sweet sayang,” tuturnya lembut.  Kembang kempis hatiku bila dipuji begitu. 

          “Apa yang sweetnya.  Hari-hari dok puji saya, tak bosan ke?” soalku sengaja menjoloknya. 

          “Dah memang sayang abang ni sweet sangat, mana boleh bosan.  Kalau boleh tiap-tiap saat abang nak puji sayang,” balasnya sambil merenungku.  Renung matanya yang galak itu membuatkan wajahku sudah terasa hangat. 

          “Ye lah sangat, nanti saya dah tua, berkedut sana, berkedut sini, nak ke puji lagi?” bidasku sengaja menjentik api di hatinya. 

          “Lagi berkedut, lagi abang sayang.  Nak pulak nanti sayang dah bagi abang dua belas orang anak.. ,” dengan mudah jolokanku dicantas.  Wajahku yang memerah terasa lebih hangat.  Sehangat hatiku mendengar hasratnya untuk mendapatkan dua belas orang anak.  Hah, ingat aku ni kilang roti gardenia ke.  Senang-senang je order anak seramai tu.  Hish, mamat ni.

          “Hamboi, awak nak buat team bola ke sampai dua belas orang,”

          “Kenapa?  Sayang nak bagi lebih lagi pun boleh jugak, boleh buat pemain simpanan,” 

          Mukaku sudah kelat dengan selorohnya itu.  Geram bila dipermain-mainkan.  Tawa En. Emeer sudah semakin galak melihatkan wajah cemberutku. 

          “Sayang tau tak, lagi sayang buat muka macam tu lagi abang suka, comel,”

          “Hmmm… comel la sangat,” balasku sambil menjeling padanya.

          “Hah, muncung mulut tu pun abang suka jugak.  Mulut Angelina Jolie pun kalah tau, ni kalau praktik selalu muncung tu abang risau Brad Pitt sambar buat second wife lak,” 

          Aduhlah hati.  Tak boleh blah dengan perangai mamat budget hensem ni yang tak abis-abis nak menyakat aku.  Tak sangka juga, lelaki yang ada di sebelahku ini mempunyai perwatakan yang ketara berbeza dengan lelaki yang pernah kutemui tiga tahun lepas. 

          “Awak, jadi ke kita nak ke butik Datin tu lagi.  Nak kena buat lagi ke fitting baju tu?  Yang dulu tu kan dah ok,” sengaja aku menukar topik. 

Harap-harap dia setujulah membatalkan temujanji fitting baju pengantin pada hari esok.  Sebenarnya, aku dah segan untuk melakukannya sekali lagi.  Iskhh, meremang reromaku bila mengingatkan pengalaman lalu.

          “Mestilah kena pergi sayang.  Dulu tu sayang tak sepenuh hati pun.  Kali ni kan nak cari untuk kenduri kat kampung juga, so kira wajiblah kan.  Lagi pun abang tak puas lah shooting hari tu,” balasnya selamba. 

          “Ala, tak payah shooting lah.  Kita fitting saja ye.  Lagi pun gambar saya dah penuh tergantung pada dinding rumah awak tu, nak gantung kat mana lagi,”  pujukku lembut. 

          “Dapur ada, bilik tetamu ada, kat balkoni pun belum ada lagi.  Boleh je kalau abang nak gantung kat situ,” 


          Panas hati sungguh dibuatnya bila bercakap dengan lelaki ini.  Tak pernah nak mengalah.  Dah mula la tu keluar sikap kuku besi dia tu, asyik nak kena ikut cakap dia sahaja.  Malas aku nak bertelagah lama-lama dengan mamat ni, bukannya boleh menang pun.

          “Ok, suka hati awaklah,” acuh tak acuh sahaja aku membalasnya.  Tersungging  senyuman nakal di wajah itu.

          Kereta meluncur laju menuju ke destinasi. 


*********************

          Makan malam kami berjalan dengan lancar.  Sungguh meriah dengan kehadiran daddy, mummy dan Lyana.  Malah malam itu, kami dikejutkan dengan kehadiran Mikail Gerard bin Abdullah.  Siapa lagi, kalau bukan buah hati Lyana Arissa Datuk Yaakub.  Pemuda berketurunan British yang menetap di Sydney.  Wajah yang tampan itu sesekali menjadi mangsa renunganku.  Di satu sudut yang sama, aku pula menjadi mangsa kerlingan mata yang sudah dipahat rasa cemburu. 

          Rupa-rupanya, Mikail telah berada di Malaysia hampir sebulan tetapi Lyana masih tidak berani memperkenalkannya kepada keluarga.  Orangnya sangat berhemah, lembut dalam berbicara dan sesuailah dengan darah keturunan bangsawan yang dimilikinya.  Walau pun agak pelat dalam berbahasa Melayu, namun Mikail tidak malu-malu untuk terus mencuba.  Sikapnya sangat menyenangkan.  Aku pun rancak juga berbual dengannya malah kami tak sengaja mempunyai minat yang sama.  Minat kami dalam kesusasteraan Inggeris sering menjadi topik perbualan antara kami berdua.  Bercerita tentang karya-karya agung Shakespears,  karya-karya romantik sasterawan hebat Robert Burns, Percy Bysshe Shelly dan William Blake serta beberapa nama hebat .  Sesekali Lyana juga menyertai kami. 

          Penerimaan baik daddy dan mummy terhadap hubungan Lyana dan Mikail menyenangkan hatiku.  Lyana juga berkali-kali mengucapkan terima kasihnya kepadaku kerana telah merealisasikan impiannya untuk hidup bersama Mikail.  Jodoh pertemuan di tangan Yang Esa.  Kita mampu merancang, namun segalanya berada pada ketentuanNya.

          Lewat juga daddy, mummy, Lyana dan Mikail pulang malam itu.  Selesai membantu Mak Jah dan Kak Leha mengemas dapur, aku membancuh Nescafe O satu sudu gula untuk sang kekasih hati.  Sejak dari tadi lagi kelibatnya tidak kelihatan.  Ketika aku sedang asyik berbual dengan Lyana dan Mikail, bayangnya pun sudah tiada. 

          Dari kaca tingkap, kelihatan En. Emeer sedang duduk di bangku luar berhampiran kolam kecil mama.  Aku segera menapak perlahan ke arahnya bersama mug di tangan.  Sengaja tidak mahu dia menyedari kehadiranku.  Sejak khusyuk mengelamun rupanya cik abang ni. 

          “Hmmm.. kira bintang ke awak?” tegurku lembut.  En. Emeer berpaling ke arahku tetapi wajah itu mencuka.  Hatiku berteka-teka apa yang tidak kena sehingga kelat sekali wajah tampan tunanganku ini.

          “Kiralah apa-apa yang patut.  Ada orang tu dah jumpa mat salih bukan nak layan kita lagi.  Sibuk je nak berborak, Shakespears la, William Blakes la..” adunya dengan nada rajuk.

          Alahai, cemburu ke tunang aku ni dengan mat salih tu.  Aku tersenyum simpul lalu mug kusuakan kepadanya.  Mug disambut perlahan namun tiada senyuman di wajah itu.  Aku melabuhkan duduk di bangku sebelahnya.  Masih merenung wajah mencuka itu.

          “Awak cemburu ye?  Takkanlah dengan Mikail tu pun nak cemburu,”

          “Iyalah, seronok sangat berbual sampai lupakan abang ni,”

          “Alah, mana ada saya lupa.  Tapi kan awak, seronok dapat berbual tentang minat kita.  Tak ramai yang minat kesusasteraan Inggeris, sesekali bertemu yang sekepala,” ujarku.

          “Cubalah sayang minat sasterawan Melayu, abang pun boleh juga berborak pasal Dato A. Samad Said ke, Dato Shahnon Ahmad ke.. ni nama-nama mat salih tu juga yang sayang minat,” bidasnya. 

          “Siapa kata saya tak minat mereka tu semua?  Pak Sako, Zain Kasturi, Daeng Ramli Akil, novelis-novelis lama dan baru, semuanya saya puja.  Awak jangan tak tahu tau, saya ni dulu salah seorang peserta Deklamator Puisi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang ye,” ujarku berbahang.  Sakit juga hati kecil aku ini bila dituduh tidak meminati kesusasteraan sendiri. 

          Bagaimana hebat pun nama-nama barat itu, sasterawan negara tetap juga menjadi idola dan pujaanku.  Bukan sedikit karya-karya mereka menjadi koleksiku. 

          “Serius?  Sayang abang ni minat puisi, pernah jadi deklamator?” soalnya dengan pandangan kurang percaya.  Aku melemparkan senyuman berlagak.  Akhirnya kami tertawa bersama. 

          Mug di tangannya sudah diletakkan di atas meja.  Terasa jejari hangatnya menyentuh lembut jejariku.  Angin dingin di luar ini tidak terasa dek bahang hangat yang mengalir ke seluruh tubuhku akibat sentuhannya itu.  Mata kami saling bersabung. 

          “Sayang, jangan sesekali sayang tinggalkan abang walau apa pun terjadi ye,” bisiknya lembut ke telingaku.  Aku hanya mengangguk kecil.  Tercuit hati dengan bisikannya.

          “I love you more and more, you complete me sayang,” ayat-ayat cinta itu terlalu indah menerjah pendengaranku.  Kalau bukan kerana hubungan kami yang masih belum sah, mahu sahaja aku memeluknya.  Menyelimuti hati lelaki itu dengan kasih sayangku.

          “and I love you even more..abang,” bisik hati kecilku.  Biarlah ia berlagu di sudut hati ini sehingga sampai waktunya untuk diluahkan.  




~ Kasih sayangku ini.. hanyalah untukmu
kutelah berjanji kaulah yang satu
dalam hatiku ini
untuk selamanya oooh sayang..
Untukmu sayang... ~


......  Selamat membaca kesayangan2ku ......

~ K. Yus ~






_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

3 comments:

  1. auww.... romantika musim salju ! >_<

    Tpi bantai gelak part penulis2 tuh .. kemain lagik masuk william la.. mentng-2 mikail omputeh ... >_< *kalau rin pun mesti macam jakun keluar dari gua menonton mikail . maklum la... org puteh pandai ckp melayu .. hihihi~ tpi emeer tetap dihati ayesha, jgn lupa tu tau emeer ~~~

    ReplyDelete
  2. hehehe... Rin..Emeer ni pun dah spesis angau gak, pastu bab2 cemburu first class..hahaha..seb baek si Ayesha tu pun sayang giler kat dia, layan je la kan.. err...err.. cukup romantika ker??? hehe

    ReplyDelete
  3. ...sweet je ayesha&ameer ni...x sabar lak nak baca bab mereka bersanding:)

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com