Sunday 12 February 2012

Bab 26 .. Biar Cinta Bertaburan




Pagi sabtu ini aku pulang ke kampung bersama Hafifah.  Walau pun pada mulanya En. Emeer berkeras untuk pulang bersama, tetapi aku menolaknya.  Bukan apa, rasa kurang manis pula asyik berulik dengannya ke hulu ke hilir.  Sekarang ni belum kena sound lagi dengan abah kira ok lah, tapi nanti kalau dah berbulu mata encik abah aku tu, takut bernanah telinga.  En. Emeer risau melepaskan aku memandu berseorangan ke kampung.  Penyudahnya, Hafifah yang menjadi mangsa terpaksa menemani aku.  Sudahlah minggu lepas dia sudah pulang menjengok ibunya, minggu ini pun kena ikut aku pulang pula.  Tapi kata Hafifah, dia ok saja maklumlah tambang free.  Belanja makan minum sepanjang berjalanan pun ada orang sponsor.  Apa-apalah minah seorang ni.

Sepanjang perjalanan ke Pekan, lima enam kali telefon bimbitku bordering.  Siapa lagi pemanggilnya kalau bukan tunang kesayangan aku tu.  Payah benar nak melepaskan aku pulang sendiri.   Telefon menjerit lagi ketika kami berhenti seketika di Hentian Temerloh untuk mengisi minyak dan mencari kudapan.

“Assalamualaikum sayang, dah sampai di mana?” 

“Waalaikumussalam.  Dah kat Temerloh.  Berhenti isi minyak sekejap.  Awak, masuk ni dah enam kali awak call tau.  Dah habis kerja ye?” ujarku.  Terdengar rengusan kecil di hujung talian.
“Memang la abang tak ada kerja.  Dok kat ofis ni pun mengadap meja je sorang-sorang.  Tu lah, abang nak ikut balik sayang tak bagi,” keluhnya mengada-ngada.

“Iskhh.. awak ni kan mengada-ngada ye.  Tak penat ke asyik nak menghadap muka saya dua puluh empat jam,” getusku.  Nasib baik Hafifah masih di tandas.  Kalau tidak mahu digelakkan dek makcik tu.

“Mana ada dua puluh empat jam sayang, abang lagi suka kalau boleh macam tu.  Tak ada la abang nak rindu-rinduan kat sayang macam ni,”

“Malaslah nak layan awak ni.  Dah sarapan?” soalku.  Terfikir pula tentang En. Emeer yang bersendirian di pejabat.  Apalah juadah sarapan paginya hari ini.  Sudah menjadi kebiasaan bersarapan bersamanya. 

“Belum la sayang.  Tak ada orang nak teman.  Tengah hari nantilah abang makan kat rumah mummy,” balasnya dengan nada perlahan.  Ada rasa sayu yang menyapa hatiku apabila mendengarnya.

“Ok got to go, Pipah dah sampai tu.  Jaga diri awak baik-baik ye.  Salam saya untuk mummy, daddy dan Lyana,”

“Sayang drive elok-elok ye.  Kalau penat minta Pipah drive pula.  Ingat abang kat sini ye, miss you already sayang,” Ucapan itu membawa senyuman di bibirku.

Hafifah tidak sudah-sudah menggiatku.  Bertuah katanya dapat tunang yang romantik dan penyayang.  Ambil berat tentang diriku.  Alahai Pipah, tunang aku ni dah terlebih penyayang, terlebih romantik, sampai kadang-kadang tepu kepala aku dibuatnya.  Nak kata rimas tak juga, kerana aku suka dia melayanku begitu.  Terasa diri sangat-sangat disayangi.

Kami tiba di kampung hampir tengah hari.  Aku menghala ke rumah Hafifah dahulu menghantarnya.  Makcik Ramnah sudah pun sibuk menyiapkan meja makan ketika kami tiba.  Tahu-tahu sahaja aku suka akan rendang kerangnya itu.  Dengan muka tak malu aku menyenduk nasi dan rendang kerang kegemaranku.  Alah, rumah Pipah ni sudah menjadi rumah kedua aku di kampung ni.  Tidur, baring dan makan tu dah biasa.  Malah Makcik Ramnah pun aku panggil umi.  Yelah kan, dah Pipah pun panggil umi, kiranya aku ni pun anak Makcik Ramnah la juga. 

“Amboi, dia makan tak tunggu kita pun.  Tahulah umi masak lauk kegemaran dia,” tegur satu suara garau yang amat kukenali di belakangku.  Aku berpaling menghadap empunya suara itu.  Aiyark.. malunya.  Terpacak seorang jejaka tampan yang berkumis nipis tersenyum memandang ke arahku.  Semakin tampan setelah sekian lama tidak bertemu. 

“Hihi.. abang Erul ni buat terkejut Pina ajelah.  Tak tau abang Erul ada balik.  Pina ingat tak ada orang tadi.  Umi dah ajak, Pina laju je lah,” suapan ke mulut sudah pun mulai perlahan.  Control ayu la konon.  Terkekeh-kekeh Abang Hairul menggelakkan aku. 

“Abang baru lepas mandi la.  Nah, isikan nasi untuk abang. Dah lama tak makan dengan Pina ni,” ujarnya lalu huluran pinggannya kusambut.  Memang dah lama benar kami tidak makan bersama-sama seperti ini.  Rindu masa aku masih menuntut di IPT dahulu, tiap kali balik ke rumah, mesti aku akan datang melepak di rumah Hafifah.  Kalau tak malam, tak ingat nak balik.  Kadang-kadang tu sehinggakan Mak Su terpaksa menelefon Makcik Ramnah menyuruhku pulang.

Ketika itu abang Hairul baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai jurutera muda di sebuah syarikat swasta di Kuantan.  Berulang-aliklah dari Kuantan ke Pekan dengan motosikalnya.  Setiap kali melepak di rumah mereka, kalau tak makan sekali mesti tak sah.  Kadang-kadang tu sengaja abang Hairul mendera aku untuk masakkan lauk untuknya.  Ikan keli goreng berlada hasil tanganku juga menjadi kegilaannya.  Katanya tak sama rasa dengan yang umi masak.  Apa yang berbeza pun aku tidak tahu.

Semasa aku kecil, abang Hairul jugalah yang diharap oleh mak dan abah untuk menjaga kami setiap kali mak dan abah terpaksa pulang ke Melaka.  Bukan tak mahu membawa kami semua, tetapi abah kata susah nanti nak berangkut-angkut.  Ketika itu Mak Su masih tidak tinggal bersama kami.  Abang Hairul dan Hafifahlah yang akan menemankan aku dan adik-adik di rumah.  Kiranya abang Hairul ni dah jadi pelindung aku sepenuhnyalah.



“Tahniah.  Abang dengar Pina dah bertunang ye.  Tak jemput pun abang,” kata-kata abang Hairul mematikan lamunanku.  Eh, dahsyat la Ayesha Sorfina ni, sambil makan pun boleh mengelamun.

“A’ah.. tak ada buat kenduri pun.  Kami anak-beranak je, lagi pun keluarga Emeer datang nak merisik tapi abah Pina tak nak susahkan mereka datang banyak-banyak kali.  Tu lah, nak tunggu abang meminang Pina, abang pergi pinang Kak Suzana.. Pina cari lah orang lain,” balasku dengan nada seloroh.  Seketika, wajah lelaki yang berada di hadapanku itu berubah sedikit mendung.

“Sebab Pina tolak abanglah, abang pinang Suzana,” suapanku terhenti mendengar jawapan yang luhur dari mulut itu. 

Hafifah sudah berdehem-dehem kecil sambil menyiku lenganku.  Alamak, kenapa lah mulut aku tersalah kerop.  Bukan aku tak tahu yang Abang Hairul pernah menaruh hati padaku dahulu.  Tapi mengenangkan aku dan keluarganya sudah terlalu rapat bagaikan keluarga sendiri, aku menolaknya lembut.  Aku mengharapkan dia menjadi sebagai seorang abang padaku.  Memang itu pun anggapanku terhadapnya selama ini.  Tinggi martabatnya di hatiku.  Seorang sahabat, seorang abang dan seorang idola yang sangat aku kagumi.

“Hish.. abang Erul ni.  Nak sakat Pina la tu, Kak Suzana tu jauh cantik daripada Pina ni.  Bertuah tau abang Erul dapat Kak Suzana tu,” pujukku meredakan keadaan.  Hati sudah dibelit rasa bersalah kerana mengungkit kenangan lama.

“Cantik sahaja tak cukup untuk dibawa hidup selamanya, yang penting hati,” balasnya.  Matanya sesekali merenungku.  Nasib baiklah Makcik Ramnah sudah beredar ke atas rumah untuk menunaikan solat Zohor.

“Pina percaya abang Erul dan Kak Suzana pasangan yang hebat.  Pina doakan semoga abang Pina yang seorang ni akan bahagia hingga nafas yang terakhir,” tuturku ikhlas.  Bergenang air jernih di tubir mataku. 

“Korang berdua ni kan, bila nak habiskan nasi tu.  Tak habis lagi nak berborak,” tukas Hafifah yang telah pun mengangkat pinggan ke singki.

“Pina, ni aku hadiahkan tugas mencuci pinggan ni kat kau eh, aku nak zohor dulu,” sambungnya lagi sambil tersengih-sengih.  Biasalah Hafifah, kalau bab mencuci ni memang penyegan.

“Ko ni kan dik, tak habis-habis lagi peel pemalas ko.  Nanti kalau dah bersuami, tak tau lah abang,” ejek abang Hairul.  Berderai tawa menghiasi suasana yang agak dingin sebentar tadi.

          Kami berbual-bual mengenai hidup masing-masing sebelum aku pulang ke rumah abah.  Bebelan Mak Su menyambutku pulang, tetapi bebelan itu bertukar menjadi pelukan hangat apabila aku hadiahkan kucupan sayang di pipinya.  Mak Su memang begitu, manjakan sangat aku dan adik-adik. 


******************

          Malam itu aku kembali tidur di bilik kesayanganku ini.  Haruman minyak wangi En. Emeer masih melekat di bantal dan diselimutku.  Terasa satu perasaan pelik menyelinap ke seluruh jantung.  Katil inilah menjadi persinggahannya beradu setiap kali di sini.  Kutarik perlahan bantal di sebelahku lalu kurapatkan ke dada.  Haruman itu masih segar.  Meruntun hati dengan rasa rindu yang membuak-buak.   Semakin hari, semakin segar rasa cinta ini terhadapnya.

          Laptop kukeluarkan daripada beg sandang.  Jam di dinding baru menunjukkan angka sebelas.  Masih awal rasanya untuk melelapkan mata apatah lagi selalunya waktu-waktu begini aku dan En. Emeer akan bergayut di talian.  Telefon segera kucapai lalu lincah jejariku menekan huruf di atasnya.

          Assalamualaikum.  Awak, dah tidur ke?  Saya on skype ye.. Ayesha

          Tak sempat aku meletakkan telefon, beep skypeku telah berbunyi tanda isyarat ada pemanggil.  Aku menekan butang video call dan tersembul wajah ceria En. Emeer di dada skrin laptop.

“Waalaikumussalam.. sayang rindu abang ye?” ujarnya sambil tersenyum.  Suasana serba putih di belakangnya menyatakan padaku yang dia berada di biliknya ketika itu.

“Hmmm.. sikit adalah.  Awak belum tidur?” balasku tersenyum malu.  Selalunya dia yang akan menghubungiku, tetapi terbalik pula malam itu. 

“Belum.  Abang nak dengar suara sayang dulu sebelum tidur.  Ni dah dapat lebih lagi, dapat dengar suara sayang, dapat tengok sayang.  Comelnya sayang nak tidur,” gatal bunyi suara mamat ni.

“Nak tidur mana ada comel-comel lah, mengada awak ni tau,” balasku.  Sebenarnya suka bila dipuji begitu.

“Tengok sayang dengan rambut mengurai macam ni boleh buat abang tak tidur malam tau.  Bukan senang nak tengok sayang macam ni, kiranya abang beruntung sangat malam ni.  Kalau tidak kena tunggu sebulan lebih lagi..” ujarnya.  

Aku yang terkejut mendengarnya segera menarik selimut menyelubungi kepalaku apabila terperasan yang aku tidak bertudung ketika itu.  Alamak, macam mana aku boleh terlupa tadi.  Itulah asyik teringatkan mamat ni sahaja, segalanya sudah kulupakan.  Nasib baiklah malam itu aku berbaju T bercorak bunga-bunga.  Sopan dan agak tertutup jika hendak dibandingkan dengan baju tidur yang selalu aku kenakan.  En. Emeer sudah mula tertawa lalu jarinya dihalakan ke skrin laptop seolah-olah sedang mencuit hidungku. 

“Alah, dah pernah nampak pun.  Tak payah la nak tutup-tutup sayang.  Rindu lah abang nak peluk sayang lagi, nak cium leher sayang lagi..,” sambungnya membuatkan aku rasa tidak betah untuk menatap wajahnya.  Mulalah tu nak menggatal malam-malam buta ni. 

“Hmm.. tak nak lah berborak dengan awak lagi.  Gatal eh,” balasku. 

Tidak selesa hati kecil ini apabila dia membuka kenangan kami ketika di Port Dickson itu.  Hangat nafasnya di leherku dan bahang setiap sentuhan jejarinya masih dapat aku rasakan.  Kejap pelukannya kala bibir nipisnya itu meneroka leherku masih mampu membuatkan jantungku berlari beratus-ratus kilometer.  Setiap inci tubuhku ini masih terasa hangat sentuhannya.

“Abang boleh sabarlah sayang, nanti sayang dah sah jadi milik abang, sayang kena bayar balik semua penantian abang ni,” usiknya lagi.  Wajah itu semakin ceria melihat kelat wajahku.

“Nak tidur lah, tak mau dah saya online dengan awak ni,”

“Janganlah sayang.  Dah lah abang rindu kat sayang, boleh pula sayang tak nak layan abang,” ada nada rajuk dalam suaranya.  Alahai, aku ingat aku yang nak merajuk rupanya dia pula yang dah tersentap.  Aku tersenyum melihat wajahnya yang sengaja dimasamkan.

“Awak, buruklah bila awak merajuk.  Ok lah, sayang nak tidur dah ni,” sengaja aku membahasakan diri sayang dengan nada manja.  Kemain lagi senyum En. Emeer melebar di wajahnya. 

“Nanti kalau peluk bantal tu, bayangkan sayang peluk abang ye,” hish, tak habis-habis lagi nak menggatal.  Kalau dekat-dekat mahu sahaja aku gigit-gigit mulut nakal tu.  Aippp.. gigit?  Alahai Ayesha, besarnya hajat kau.

Setelah meninggalkan pesan yang berjela-jela kepadaku, barulah kami memutuskan talian. Itulah Emeer Zafran, kasih sayang yang dicurahkannya melimpah ruah untukku.  Aku bersyukur diberi peluang mengenali insan hebat ini.  Hebat di mataku, hebat juga di hatiku.  Rindu yang menggunung terubat kala itu. 

Ya Allah, kau permudahkanlah laluan kami ke arah kebahagiaan yang Kau tuliskan untuk kami.  Moga kami tidak tersasar sebelum masanya.

Emeer Zafran .. ini untuk kamu:

Aku cinta padamu.. sungguh
Aku cinta padamu.. sungguh
Mestikah ku ucapi dari mulutku sendiri
             Aku cinta padamu… kasih …




walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan aaa aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru 



P/s ... jom layan rindu-rinduan Ayesha & Emeer kejap ye.. moga sayang2ku terhibur..maaf atas kekurangan.. (besar hati jika sayang2ku ini sudi memberi komen ..)

~ Kak Yus ~



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

6 comments:

  1. weewiitt... emeer gila bayong! aish .. >_<

    ReplyDelete
  2. he3x...rindu serindu rindunya:))

    ReplyDelete
  3. tq kak..setiap n3 bestttt..hheehee FYI setiap hhari tau tunggu cite ni..muahh!!!

    ReplyDelete
  4. Rin ... kita bagi Emeer meroyan sikit ehhh.. kena tinggal dek Ayesha..hehehe

    Alin~ rindu..rindu ..serindu2nya...Namun engkau tak mengerti oh...oh Pilu ... pilu sepilu pilunya ..Namun engkau tak perduli.. huk3


    Anoms~ alahai.. sob..sob.. nak nanges ni, terharu suda.. akak try sedaya upaya utk hiburkan Anoms n yg lain2.. maaf atas kekurangan ye dear.. tq for the best support..

    ReplyDelete
  5. erm, romantiknye diorg ni.. tp msh malu2..itulah keistimewaan novel akak ni.. sambung2 lg byk2 pn boleh..like30000x

    ReplyDelete
  6. terbuai2 dah perasaan dinda nie kak yus oii.... hihihi

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com