Monday 13 February 2012

Bab 27 .. Biar Cinta Bertaburan





         Aku masih tercangak-cangak di hadapan pintu ‘ladies’ di Kuantan Mega Mall ini sambil menanti Hafifah yang masih belum keluar.  Lama sungguh makcik ni kat dalam tu, tolong cleaner bersihkan ‘ladies’ agaknya.  Memang peel si Pipah ni kalau masuk ke bilik termenung berjam-jam siapnya.  Kedua-dua belah tangan sudah terasa kebas kerana menjinjing beberapa beg kertas serta bungkusan  yang baru dibeli oleh aku dan Hafifah.  Mak dan Mak Su telah lama menanti kami di restoran McD bersama Abang Hairul. 

          Kami berdua terus menuju ke arah McD sejurus selepas Hafifah keluar dengan muka yang tersengeh-sengeh.  Sementalah perut pun sudah berbunyi. Selepas itu, aku dan Hafifah akan terus pulang ke Kuala Lumpur, manakala Abang Hairul akan menghantar mak dan Mak Su pulang semula ke Pekan.  Nasib baik ada Abang Hairul yang sudi membantuku.  Hari itu, mak dan Mak Su mengajak aku keluar ke Kuantan untuk membeli keperluan rumah.  Abah yang sibuk dengan urusan pengubahsuaian rumah tidak dapat turut serta.  Entahlah, aku pun tidak tahu bahagian mana lagi yang hendak diubah suai.  Dari kaca mata aku yang tak seberapa nak pandai menilai ni, dah cantik dan elok sangat dah rumah kami tu.

Hampir dua jam di Mega Mall, mak dan Mak Su tenggelam dalam ratusan gulungan kain-kain langsir yang cantik dan murah.  Almaklumlah, sedang sales.  Kata mak nak jahit langsir baru untuk kenduri kahwinku nanti.  Bukan selalu mak dapat berbelanja sebegitu.  Aku pun, seronok dapat melihat mak dan Mak Su bershopping sakan.  Habis diborongnya kain langsir untuk seisi rumah.  Beberapa pasang kain ela pun dirembat sama.  Aku pun sama naik sahaja dengan mak dan Mak Su.  Sempat juga membelek beberapa helai baju untuk adik-adik.  Dalam kesibukan membeli-belah, hatiku diusik dengan kerinduan yang sering melanda.  Pelik juga kenapa telefonku tidak berdering sejak tadi.  Aku menggagau ke dalam tas tangan namun gagal menemui telefon bimbitku.  Cuak juga.  Mungkinkah tertinggal.  Tiada biasa untuk aku tidak menerima panggilan daripada kekasih hati lebih daripada dua tiga jam. 

Selalunya, jika berjauhan begini, telefon kesayangan aku tu pasti tak henti berbunyi.  Aduh, kat mana aku tinggalkan telefon aku tu.

          Sedang aku menarik kerusi untuk duduk, Abang Hairul yang berada di hadapanku mengunjukkan sebuah telefon.  Aku mengerutkan kening kehairanan.

          “Ni phone Pina tertinggal kat atas kaunter bayaran tadi, nasib baik abang ada kat situ. Hish, muda lagi dah nyanyuk adik abang ni,” sakat Abang Hairul.  Aku tersengih-sengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.  Pantas aku membelek beberapa miscalled yang tertera di skrin.  Kan aku dah kata, ada lebih kurang 11 miscalled daripada nombor yang sama.

          “Tadi Emeer ada call.  Abang angkatkan tadi tapi tak sempat bagi tau, dah putus,” sambungnya lagi.  Alamak, jadi kes la pula ni nanti.  Baik aku cepat-cepat telefon mamat tu.

          Suara menyambut salam di hujung talian hanya mendatar.  Tidak seperti selalu suara itu begitu teruja dan lunak sekali di telingaku.  Sudah kuagak ini mesti terjadi. 

          “Tadi awak ada telefon saya ke?  Maaf ye,” ujarku lembut.

          “Hmm.. siapa yang angkat tadi tu?  Boyfriend baru ke?” balasnya kasar.  Aiyark.. main tebak je mamat ni.  Kalau ada depan aku mahu aja aku hempuk dengan telefon ni. 

          “Hishh.. kalau saya ada boyfriend lain, dah lama saya tinggalkan awak.  Tak de maknanya saya nak terima pinangan awak tau.  Tadi yang angkat tu abang Pipah lah, abang Erul.  Saya di Mega Mall ni, temankan mak dan Mak Su shopping.  Abang Erul ikut sekali sebab nanti saya dan Pipah terus balik, Abang Erul yang kena hantar mak balik rumah,” pujukku masih lagi bernada lembut.  Kalau nak memujuk tunanganku ini, kena suara lembut-lembut dan manja-manja.

          “Dah tu, kenapa pulak dia yang angkat call abang?” soalnya masih lagi marah denganku.  Namun suaranya sudah sedikit kendur.

          “Tadi sayang awak ni, tertinggal telefon di kaunter pembayaran tu.  Masa tu saya nak mesej awak bagi tahu saya kat sini, tapi tak sempat dah tertinggal.  Nasib baik Abang Erul ada kat situ tadi, kalau tidak telefon ni pun entah ke mana,” terangku agar marahnya semakin reda.

          “Hmm.. patutlah berkali-kali abang call tadi tak berjawab.  Mesej pun tak berbalas.  Ingat dah lupa kat abang,” 

          “Ni baru dapat phone balik la cik abang.  Lepas bayar tadi terus ke ‘ladies’, lama pulak si Pipah tu kat sana,”

          “Hmm.. abang risau je, bukan apa.  Ye lah, sayang tu kan ramai yang suka, jauh pulak  daripada abang,” balasnya.  Ada nada sayu di sebalik kata-kata itu.

          “Hah, awak cembur ye?  Siapalah yang nak kat saya ni selain daripada Encik Emeer Zafran bin Zain.  Itu pun tak taulah kalau yang empunya nama tu betul-betul nak ke tidak,” usikku lalu terdengar tawa halus di hujung talian.  Dah termakan pujuk lah tu.

          “Sayang boleh tanya lagi betul ke tak..kalau ada depan mata abang ni dah lama abang peluk ketat-ketat.  Tak lepas dah,”

          “Eii.. mengada-ngadalah awak ni.  Tak malu nak peluk-peluk anak gadis orang,” getusku.  Nasib baiklah aku sudah beredar jauh sedikit daripada mak dan yang lain-lainnya.  Kalau tidak, harus merah padam muka aku di giat mereka.

          “Eleh, bakal isteri abang juga kan.  Banyak ke mak shopping sayang?”

          “Boleh tahanlah nipis purse saya ni,”

          “Cukup tak duit sayang?  Abang transfer ye..”

          “Hish.. tak payah lah awak.  Ni awak dekat mana?” soalku sengaja mengalih topik perbualan. 

          “Ada je kat rumah ni, baring-baring tunggu sayang call.  Sambil tu tenung-tenung muka sayang kat lappy ni.. hmm.. gambar yang kita photoshoot hari tu dah siap tau,”

          “Tenunglah lama-lama gambar tu, kot-kot keluar empunya badan tu kat depan awak,”

          “Ni yang abang dok tenung sakan ni, kalaulah boleh keluar daripada gambar tu, abang tak toleh dah.  Abang ikat kat tepi katil ni lepas tu kiss banyak-banyak biar tak boleh lari,” usiknya.  Gatal sungguh bunyi usikan tu.  Maklumlah dua hari berjauhan. 

          “Ada-ada je lah awak ni.  Ok lah.. nak cari mak kejap.  Nanti sampai saya call awak,”  balasku. 

          “Ok sayang, abang tunggu sayang.  Ni abang hantar kisses through the phone, love you sayang,” ujarnya sebelum talian dimatikan. 

Setiap kali selepas berbicara dengannya di talian, hatiku pasti akan berbunga bahagia.  Kadang-kadang malu dengan usikannya yang melampau tapi kadang-kadang suka dengan rasa yang hadir.

          Mak dan Mak Su sudah menjeling-jeling ke arahku.  Fahamlah, lama sangat aku bergayut.  Perut pun sudah mengalunkan lagu Metalica ~ Enter Sandman.  Segala macam drum dan bass dah berbunyi.  Prosperity burger di hadapanku terus kucapai dan makan dengan penuh selera.  Senyuman Abang Hairul dan Hafifah di hadapanku tidak aku pedulikan.  Kalau malu tak kenyang lah beb, getus hatiku membiarkan mereka tersenyum-senyum melihat gelagatku.

Mak dan Mak Su yang masih belum puas bershopping, berlegar-legar di kiosk-kiosk yang menjual tudung dan selendang.  Aku seronok melihat mak yang bebas berbelanja.  Kalau keluar dengan abah, bukanlah mak tidak berbelanja tetapi selalunya abah akan menegur jika sesuatu yang mak hendak beli itu tidak berbaloi.  Bagi aku, biarlah mak puas dengan pilihan mak.  Berbaloi atau tidak bukan menjadi ukuranku.  Keseronokan dan kepuasan itu yang aku dahulukan.

          Bunyi beep mesej masuk di telefon kedengaran.  Segera aku melihatnya.

          Sayang, nanti sebelum balik withdraw RM3k. Bagi kat mak, Mak Su dan abah ye.  Abang dah transfer kat akaun sayang ~ Emeer.

          Eiii.. awak ni, kan saya kata tak payah.  Dah la tu banyak pula.. suka tau macam ni ~ Ayesha.

          Alah sayang, biarlah.  Sesekali bakal menantu nak bagi.  Orang tua sayang, orang tua abang juga ~ Emeer

          Hmm.. ok, saya bagi kejap lagi.  Ni dalam sejam saya nak bergerak dah ~ Ayesha

          Sampai KL call abang ye, kita dinner sama-sama malam ni.  Abang rindulah dah dua malam tak dinner dengan sayang ~ Emeer.

          Ok.. rindu awak jugak ~ Ayesha

          Drive safely, abang sayang sangat kat sayang ni ~ Emeer.

          Sayang pun sayang abang ~ Ayesha

Butang send ditekan.  Erkk.. apa aku tulis ni!

          Hafifah yang duduk di sebelahku sudah tersengeh-sengeh melihat mukaku yang merah padam.  Aduhai, macam manalah aku boleh tersasul menaip begitu tadi.  Tak sanggup nak menghadap wajah En. Emeer nanti.  Mana pernah aku ber’abang-abang’ bagai dengannya.  Aduhai, ini kes dok melayan hati yang rindu-rinduanlah ni.

          “Eii.. aku jeles gila tengok korang berdua ni.  Romantik habis la En. Emeer tu.  Kalau nak banding dengan tunang aku, hari ni baru sekali dia telefon aku,” becok mulut Hafifah mengomel tentang tunangnya.

          “Alah, romantik sangat pun pening juga Pipah oi,” balasku.  Abang Hairul hanya mendiamkan diri mendengar omelan kami.

          “Tapi syok la.  Barulah nampak dia cintakan kita habis-habis.  Lap you sini, lap you sana,” omel Hafifah sambil menguis-nguis ais di dalam bekas minuman.  Ada jalur sedih di wajahnya ketika itu.  Aku menepuk bahu Hafifah.

          “Ko tau tak, tak romantik, tak cakap lap you sana sini, tak semestinya dia tak sayang kat ko.  Kadang-kadang dia lagi sayang tau tak, cuma tak pandai nak susun ayat-ayat cinta tu untuk ko.  Nanti ko suruh dia berguru dengan aku ye,” pujukku. 

Aku tahu selama bertunang dengan Hakimi, jarang sangat mereka bergayut di telefon.  Hakimi seorang yang agak pendiam, lebih suka menyendiri dan tidak suka bersosial.  Berlainan dengan sifat Hafifah yang memang happy go lucky dan banyak mulut.  Bukankah kejadian Tuhan itu indah, saling melengkapkan.  Seorang pendiam, seorang peramah.. barulah lengkap dan sempurna rumahtangga.

          Aku melempar pandang ke arah Abang Hairul sambil memberi isyarat mata meminta bantuan.  Dia mengangguk tanda mengerti.  Itulah yang buatkan aku sayang pada abang Hairul ni, sering memahami hatiku.  Tak perlu aku ungkapkan dengan kata-kata, dia mampu menelahnya.  Ada sixsenths kot.

          “Orang lelaki ni, ada dua jenis dik oi.  Yang jenis murah untuk luahkan rasa hati tu dah memang lah mudah dia kata sayang.  Ada juga yang sayang di mulut sahaja, tapi hati kita tak boleh baca.  Yang jenis mahal nak luahkan rasa sayang tu bukan bermakna dia tak sayang.  Sayang dia sampai ke hati, tak mampu dilihat dengan mata kasar, lihatlah dengan mata hati,” terang Abang Hairul.  Tersentuh hatiku dengan kata-katanya.  Ikhlas dan jujur berirama dalam nadanya.

         

Mak dan Mak Su pada mulanya enggan menerima pemberian daripada En. Emeer, tapi mengenangkan yang dia telah beria-ia berpesan padaku lalu mereka menerimanya.  Malah, sempat pula mak membeli beberapa bungkus keropok kering dan keropok lekor di Bandar Kuantan sebagai buah tangan untuk En. Emeer dan keluarganya.  Selepas Abang Hairul, mak dan Mak Su berlepas pulang, aku dan Hafifah memulakan perjalanan pulang kami. 
         
Lebuhraya MTD dan Lebuhraya Karak seperti biasa agak lengang.  Cuma selepas melewati terowong Genting Sempah, barulah deruan kereta mulai sibuk.  Ramai yang bercuti di Genting agaknya. 

          Kami tiba di Kuala Lumpur apabila azan Isyak sedang berkumandang.  Sempat aku menghulurkan buah tangan untuk kak Kamariah dan abang Nordin, jiran terbaik di sebelah rumahku.  Selalunya mereka inilah yang akan menjengok-jengok rumah kami apabila kami tiada.  Bukan main seronok kak Kamariah mendapat ikan pekasam jeruk yang dibuat oleh Mak Su.  Pekasam ikan lampam jawa yang diternak oleh abah dan abang Alif memang digemari oleh jiran-jiran kampungku jika ia hasil tangan Mak Su.  Mewarisi bakat serta kemahiran turun temurun nenek moyang kami yang mahir menyediakan ikan pekasam.

*************

          Hafifah menggeleng kepala apabila melihat aku telah bersiap menuruni tangga.  Membebel mulutnya melihat aku yang tak reti duduk diam.  Baharu sahaja sampai, sudah hendak keluar pula.  Nasiblah Pipah oi, kekasih hati dah rindu dendam dengan buah hatinya ni.

          Selendang panjang kulilit di kepala.  Ringkas tapi bagiku sudah memadai dengan penampilanku.  Skirt labuh putih berbunga halus dipadankan dengan blaus putih lengan panjang menjadi pilihanku.  Dari kaca sliding door sudah terlihat kereta En. Emeer memakir di hadapan pagar.  Tanpa berlengah, aku segera mencapai tas tangan dan menapak menuju ke arahnya.  Senyuman manis aku lemparkan dan disambut dengan wajah yang ceria.  Haishh.. tak jemu-jemu melihat wajah lelaki ini.  Bagaikan ada magnet yang menarik-narik hatiku untuk dekat dengannya selalu.

          En. Emeer membawaku lari jauh daripada kesibukan kotaraya.  Menikmati makan malam di Restoran Ikan Bakar yang terletak di Tanjung Harapan Port Klang sambil menikmati keindahan malam di tepian muara.  Indah suasana malam yang dihiasi bintang-bintang kecil.  Renungan mata sang kekasih membuai aku diawang-awangan.  Suapan juga tertahan-tahan dek segan dengan renungannya. 

          Aku tertunduk malu ketika jari jemariku diraih lalu dibawa ke bibirnya.  Hangat terasa bibir itu seakan membawa arus mengalir ke segenap tubuh. 

          “Thank you sayang, for loving me this much” bisiknya lembut.  Sedingin bayu malam yang menghembus, begitulah sejuknya hati dengan bisikannya itu.  Untuk kesekian kali, aku rasa bahagia sekali.  Menggunung harapan hati agar cinta kami bersatu, kekal utuh melakar bahagia hingga hujung nyawa.

          “I love you too, abang,” perlahan bisikku sendiri namun sudah tersungging senyuman bahagia di wajah lelaki itu.  Aku terus tertunduk tidak mampu untuk mendongak lagi.  Malu!
         


I must be crazy now
Maybe I dream too much
But when I think of you
I long to feel your touch
To whisper in your ear
Words that are old as time
Words only you would hear
If only you were mine




Maaf..lewat sikit ye n3 Kak Yus malam ni.. harap sayang2 Kak Yus terhibur dengan nya.. maaf atas kekurangan.. sudi2lah komen ye.. TQ sayang2 K.Yus.

~ Kak Yus ~






_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

9 comments:

  1. best la citer ni...citer ni smpai bpe bab..truskn brusaha cik penulis...suka sgt dgn gaya bahasa dan pnulisan anda...

    ReplyDelete
  2. best....tp cmburu hilang u...jd cembur....

    ReplyDelete
  3. hidayah ~ terima kasih sudi melayan BCB .. insyaAllah, akak akan teruskan..

    Mimi ~ tu lah, td baru perasan, dah 3-4 kali proofread..maybe masa tambah2 tu terdelete 'u' .. huhuhuu...

    lara ~ alhamdulillah .. akak pun suka bila lara suka.. kita tunggu n3 seterusnya ye..

    ReplyDelete
  4. Luv u2x...mmg syiok btul org tgah bercinta ni..bacapun suka)..

    ReplyDelete
  5. rasa mcm x puas je baca entry ni..hehehe..nak lagi nak lagi...

    ReplyDelete
  6. Best- Best-best !!!!...

    romantik woo encik emeer...

    Kalau rin kan, dia bagi 3k, rin tanya, 5 k x boleh ke? *kantoi mta duitan .. hewwheww... kak, nak lagi ~~~~ x puas baca ...

    ReplyDelete
  7. Alin ~ tingat time cinta2 dulu2kan ..hehehe

    Nur Saidah ~ sabar ye sayang.. sdg pecahkan kepala ni utk n3 seterusnya..

    Rin ~ hulaaaa.. cukup romantika ker.. 3k tu pun sbnarnya si Ayesha dah terguling2 kat Mall tu suka.. tp coverline je tuh ngan Emeer.. lalalal

    ReplyDelete
  8. Grеat poѕt. I'm going through a few of these issues as well..

    Review my blog post: losing weight

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com