Friday 24 February 2012

Bab 30 .. Biar Cinta Bertaburan ....





          Mama menolak kerusi rodaku melepasi pintu bilik Emeer yang telah dikuak oleh papa.  Mummy dan Daddy juga menuruti langkah kami.  Hafifah pula hanya menanti di luar. 

          Pilu hatiku melihat keadaan Emeer yang berbalut di perut, bersama wayar halus di tangan yang mengalirkan darah ke tubuhnya.  Air mata yang masih tidak berhenti menghujaniku tetap setia.  Tangan Emeer segera kuraih lalu kukucup berulang kali.  Wajah lemah yang dihiasi senyuman itu kutatap lama.

          “Alhamdulillah, sayang tak apa-apa,” ujarnya lemah.  Hatiku semakin tersentuh dengan ayat pertama yang keluar dari mulutnya.  Keselamatan aku juga yang difikirkan sedangkan dia yang terbaring bertarung dengan nyawanya di situ.  Perasaan tak mampu tertahan lagi, lalu aku menangis semahu-mahunya.  Mummy yang berada di sebelah terus memeluk bahuku cuba menenangkanku. 

          “La, menangis lagi budak ni.  Tadi tak berhenti-henti menangis bila tak dapat tengok si Emeer ni, sekarang ni dah jumpa pun menangis juga,” tegur mama sambil mengusap kepalaku.  Kata-kata mama disambut oleh ketawa papa dan daddy. 

          Masing-masing sudah mampu tersenyum melihat keadaan Emeer yang tidak lagi membimbangkan.  Malah dalam kerut kesakitan itu, ada sejalur riak gembira tergaris di wajah Emeer.  Jarinya lalu menyeka air mata yang deras menuruni pipiku.

          Melihatkan keadaan kami berdua, masing-masing meminta izin untuk keluar dahulu memberi peluang kepada kami untuk bersama. 

          “Daddy nak bawa mummy dan mama kamu ni ke café dulu ye.  Dari tadi tak makan-makan lagi menunggu kamu berdua.  Ke hulu ke hilir berkejar.  Sorang kat sini pengsan, sorang kat sana pun sama,” ujar Daddy sambil memeluk bahu mummy yang tersenyum.  Mama dan papa juga turut mengangguk.

          “Sorry daddy, papa, mummy, mama.. ni semua salah Ayesha,”

          “Hish, nothing to be sorry for sayang.  Benda nak jadi, kita bukan boleh halang.  Yang penting, cepat-cepat sihat.  Kita ada kenduri besar nak buat lepas ni,” balas papa pula sambil mengenyitkan mata ke arah Emeer.  Entah apa-apalah dua beranak tu.

          “Ok, shall we go Ilham.  Tinggalkan dulu budak berdua ni.  Hah, kamu Emeer,  jangan nak nakal-nakal.  Sedar diri tu tengah sakit ye,” pesan daddy.  Terlerai ketawa memenuhi ruang bilik.  Hati yang pilu terubat dengan usikan-usikan daddy dan papa.

          Emeer merenungku dengan penuh kasih.  Terpancar rasa kecintaan yang meruah di balik redup mata itu.  Segera aku menggagahkan diri bangkit dari kerusi roda, terus memeluknya erat.  Saat ini, aku tidak mahu memikirkan apa-apa pun.  Aku hanya mahu dia terus berada di sisiku.  Ingatan terhadap mimpi yang datang sebentar tadi sangat mengerikan. 

          “Ouch..,”

          “Sorry abang, Sofi sakitkan abang ke?” segera pelukan kurenggangkan namun cepat pula tangannya merangkulku kembali.

          “Hmm.. taklah.  Kalaulah ini caranya yang boleh membuatkan sayang peluk abang kuat-kuat macam ni, banyak kali kena tikam pun abang sanggup,” balasnya. 

          “Hish, mulut tu cabul tau,” marahku lalu kepala kusembamkan ke dadanya yang bidang. 

          “Abang janji jangan tinggalkan Sofi ye.  Tadi Sofi mimpi abang nak tinggalkan Sofi.  Bila sedar, macam orang gila Sofi meraung,” ceritaku.  Lalu terasa ubun-ubunku dikucup lembut.

          “Ajal maut tu di tangan Tuhan sayang.  Tapi selagi abang bernafas, takkan sesekali abang akan tinggalkan sayang,” balasnya.  Hati yang celaru dengan berbagai perasaan menjadi tenang dan dingin.  Sedingin salju di kutub utara. 

          “Sofi sayang abang.”  Itu sahaja yang mampu aku ucapkan.  Di saat itu hati terasa amat dekat dengannya.  Mungkin kejadian ini mengajar aku untuk menghargai kasih sayang dan kehadirannya dalam hidupku.  Mengajar aku untuk tidak kedekut meluahkan rasa sayang.


***************************


          Lewat petang, Hafifah kembali ke wad Emeer memaksaku pulang ke wadku sendiri.  Belum puas aku menatap wajah kesayangan aku ni dah dipaksa balik. 

          “Kak Ayesha, jom kita balik dulu.  Her nak periksa leher akak tu, nanti kalau dah boleh buka balutan tu boleh la akak duduk di sini terus,” pujuk Dr. Herda yang turut datang bersama Hafifah.  Macam mana aku boleh tidak perasan kehadirannya.

          “Ala Her, kejap lagi tak boleh ke.  Akak nak tunggu sini,” balasku.  Kata-kataku disambut dengan ketawa Dr. Herda.

          “Hish, degil macam dulu jugak akak ni ye.  En. Emeer, kalau nak tahu kak Ayesha ni memang degil tapi dialah yang paling baik di kampus dulu.  Banyak dia tolong Her,” ujarnya.

          “Apa pula encik-enciknya Her.  Bakal abang ipar ko tu,” usik Hafifah yang sudah tersengeh-sengeh di atas kerusi.  Emeer hanya tersenyum sambil menjongkitkan keningnya.

          “Iya ke Kak Ayesha Dr. Her ni baik?  Nakal je abang Emeer tengok,” sengaja menyambung usikan yang dimulakan Hafifah.  Satu cubitan aku hadiahkan di lengannya.

Dr. Herda yang telah mula menarik kerusi dan melabuhkan punggung di sebelahku hanya beriak ceria.  Tanganku diraih lalu digenggamnya.

          “Kalau abang Emeer nak tahu, sebab Kak Sha nilah Her ada kat sini hari ni.  Kalau tidak dah lama Her bungkus kain baju kena buang kolej.  Silap-silap hari bulan, bukan takat kena buang kolej, mahu kena buang dengan keluarga juga,” ujarnya membuka cerita.

          “Dah la tu Her, jangan diungkit-ungkit lagi cerita lama,” balasku.

          “Cerita lama itulah yang selalu Her ingat kak.  Dulu masa first year di UM, Her tak suka dengan kak Sha ni tau, abang Emeer.  Bukan sebab kak Sha, tapi sebab Her jeles sangat dengan kak Sha.  Boyfriend Her masa tu pun sibuk nak mengorat kak Sha ni.  Mana hati tak sakit.  Lagi pun masa tu, kawan-kawan Her semuanya orang Bandar, kaki clubbing so Her pun terikut-ikut sama lah,” kata-katanya terhenti di situ.  Aku membalas gengamannya seolah memahami gelora rasa yang bermain di hatinya.  Walau pun cerita lama tapi sakitnya tetap tak boleh dilupakan.

          “Masuk second year, Her tak dapat kolej kediaman.  Gred yang teruk tak dapat tolong Her untuk merayu.  Kena cari rumah kat luar.  Puas cari tapi tak dapat.  Kawan-kawan pun tak nak tolong.  Tapi last-last, Kak Sha dan Kak Ifa yang offer duduk dengan diaorang.  Start daripada tulah Her mula kenal dengan kakak berdua ni.  Meleset sungguh tanggapan Her pada mereka.  Kak Sha jugalah yang buka mata Her, menyedarkan Her siapa boyfriend Her sebenarnya.  Alhamdulillah, lepas Kak Sha dan Kak Ifa grad, Her pun buat praktikal kat UH,  ni pun baru saja Her join Glen Eagle Hospital ni,”  sambungnya lagi.

          “Hmm.. kiranya glamour juga Kak Sha Her ni dulu ye,” sampuk Emeer sengaja mengusikku.  Geramnya melihat mamat ni.  Tak padan dengan sakit, masih lagi ada hati nak menggiat orang.

          “Memang abang Emeer, tapi Kak Sha je yang selalu jual mahal.  Susah nak lepas tembok hati Kak Sha ni.  Kiranya abang Emeer ni bertuah sangat la tu,”

          “Hish.. dah-dah la tu buka cerita lama.  Kak Sha nak balik biliklah,” bentakku malu.

          “La, nak balik bilik pula.  Tadi bukan main susah aku pujuk nak ajak balik,” pintas Hafifah.  Kulemparkan sebuah jelingan maut kepadanya.  Berdekah-dekah Hafifah dan Dr. Herda mentertawakanku.  Dah termalu, beginilah jadinya.

          “Ok, Her tunggu kak Sha kat luar ye.  Kita sama-sama balik bilik akak dulu, Her nak cek sekali lagi leher akak tu,” ujar Dr. Herda lalu melangkah keluar.

          “Abang, Sofi balik bilik dulu ye.  Nanti malam sikit Sofi datang jengok abang lagi,” bisikku perlahan. 

          “Sayang berehat sahajalah.  Abang tak apa-apa ni.  Makan ubat lepas tu tidur ye sayang,” balasnya lembut.

          Setelah saling mengucap salam, Hafifah menolakku balik ke bilik.  Rindu mula menyapa lagi.  Lebih parah kerana di ingatan ini hanya ada dia, Emeer Zafran yang terlalu kucintai.

**************

          Terdengar suara-suara yang kukenali sayup-sayup menyapa cuping telinga.  Mata kubuka perlahan-lahan.  Wajah mak, Mak Su, abah dan Alia mencuri pandangan mataku.  Aku segera membetulkan baringan.  Mak yang duduk di kerusi bangun membantuku.

          “Bila mak, abah dan Mak Su sampai?” soalku.  Sebenarnya, aku masih mamai lagi.  Fikiran masih belum berfikir dengan waras seratus peratus.

          “Kami sampai masa Sofi tengah tidur tadi.  Pipah telefon Abang Erul suruh datang ambil kami bawa ke sini,”  balas abah lalu tangan abah kukucup.  Abah menundukkan wajahnya lalu mengucup kepalaku.  Sesuatu yang menjadi kebiasaan bagi abah.  Ada genangan air mata di tubir mata abah.  Aku juga menyalami dan mengucup pipi mak dan Mak Su.  Alia yang sudah bergenang air mata meluru ke arahku lalu memelukku erat.

          “Adik takut bila dengar kakak cedera.  Takut kalau tak dapat jumpa kakak,” rengeknya sayu menyentuh hatiku. 

          “Syy, tak ada apalah sayang.  Kakak cedera sikit sahaja, tapi abang Emeer memang teruk,” balasku memujuknya.

          “Ha’ah, tadi kami sampai kakak tengah tidur jadi abah dan mak dah jumpa abang Emeer dulu,” kata Alia setelah pelukannya dirungkaikan.  Tanganku bertamu di wajahnya yang murung itu, lalu kukucup pipi mulusnya.  Sayang adikku ini.  Mungkin dia tidak menunjukkan kemanjaannya denganku, tapi aku tahu di hatinya ada tempat yang istimewa untuk aku.

          “Adik-adik mana mak?” soalku apabila kelibat adik-adik yang lain tidak kelihatan.

          “Mereka semua turun ke café.  Si Pipah dan Erul yang bawa. Lapar adik-adik kamu semua tu.  Tadi dalam perjalanan, si Erul tu memecut macam kat Litar Sepang mak rasa.  Kecut perut mak.  Abah kamu pun sampai tak sanggup nak suruh berhenti tengok muka dia,” terang mak. 

          “Hmm.. teruk juga luka Emeer tu.  Mahu ambil masa juga untuk baik sepenuhnya.  Entah kenduri nanti sempat ke nak pulih sepenuhnya,” getus abah sambil menarik kerusi berdekatan denganku.

          “Itulah abah, kesian Sofi tengok Emeer tu.  Masa kejadian tu memang banyak darah yang keluar,”

          “Yang kamu pun satu Ayesha oi.  Yang kamu pergi layan si Rashdan tu kenapa?” soal mak sambil membetulkan selimutku. 

          “Kan abah kata selalu berbaik sangka.  So, Sha pun layan la dia baik-baik.  Cuba pujuk dia elok-elok.  Mana nak tahu macam ni pula jadinya,”

          “Hish, nak bersangka baik pun biarlah bertempat.  Ini dah berkali-kali dibuatnya hal dengan kamu, lagi nak bersangka baik,” tempelak abah.  Aku hanya tersenyum.

          “Huh, sama ajelah abahnya dengan anaknya,” gerutu mak.  Hanya senyuman sumbing kami menyambut sindiran mak.

          Pintu bilikku dikuak lebar.  Kelibat mama dan papa terpacul di sebalik pintu itu.  Dr. Herda yang telah berbaju biasa juga kelihatan.  Mama dan papa bersalaman dengan abah, mak dan Mak Su.  Aku memperkenalkan Dr. Herda kepada mereka. 

          “Kak Sha, rasanya esok akak dah boleh discharge ni.  Luka tu tak dalam sangat, antibiotik still on la ye kak, takut kena infection pula,” terang Dr. Herda ketika jarinya leka membuka balutan di leherku.

          Riuh suara adik-adik di luar bilik menggamit perhatianku.  Adib yang mendahului mereka masuk ke bilikku, menerpa ke arahku lalu memelukku erat.  Hish, adik bujang aku ni.  Dalam dok control macho pun, dalam hati ada taman.  Kemudian Auni dan Aina pula merapatiku. 

          “Laa, kenapa yang dok kerumun kakak tu.  Dah sihat kakak tu, tak ada apa-apa pun,” tegur Mak Su.  Terseringai sengehan di bibir adik-adikku.  Abang Hairul yang masuk akhir sekali melempar pandang ke arahku. 

          “Abang Erul, terima kasih ye drift bawa abah, mak, Mak Su dan adik-adik Pina.  Jasamu dikenang,” ujarku.  Abang Hairul hanya mengangkat ibu jarinya sambil mengenyitkan mata ke arahku. 

          Lewat malam, abah, mak, Mak Su dan adik-adik dibawa pulang ke rumahku oleh Hafifah dan Abang Hairul.  Sengaja aku tidak mahu mereka menemaniku di hospital.  Kasihan penat dalam perjalanan, biarlah mereka selesa tidur di rumah malam itu.  Mama dan papa juga pulang setelah menjengok Emeer. 

Setelah memastikan semua orang telah beredar, diam-diam aku menyusup masuk ke bilik Emeer.  Ketika itu dia sedang tidur dengan nenyak.  Mujurlah, aku tidak perlu lagi berkerusi roda.  Kesan ubat antibiotik yang diberi pada siangnya telah hilang.  Aku menarik kerusi perlahan lalu melabuhkan diri di atasnya.  Wajah Emeer yang tenang kurenung puas.  Walau pun dalam keadaan kesakitan begini, wajah itu tetap menarik hatiku.  Tetap terpancar sinar kasih di wajah itu.  Hati menjadi tidak keruan melihat lembut hembusan nafas itu.  Satu persatu kutatap.  Jari-jemariku bermain-main di rambutnya yang ikal.  Terasa seperti ingin mengucup mata yang tertutup itu, ingin memeluknya erat tak mahu lepas-lepas.  Mamat budget hensem aku inilah yang telah sanggup menggadaikan nyawanya untuk aku.  Ya Allah, aku berjanji padamu aku akan berkongsi susah senangnya bersama.  Aku akan terus mencintai dia selagi hayat dikandung badan.  Di dunia ini aku ingin menjadi isterinya, di akhirat kelak pun aku masih mahu menjadi miliknya.  Wahai roh lelaki yang bernama Emeer Zafran bin Zainuddin, kau cintailah aku sepenuh hatimu.  Kau jadikanlah aku suri di mahligaimu selamanya.  Andai kisah hati kita ini tidak sampai ke penghujungnya, aku redha dengan ketentuan Ilahi, tapi tiap hela nafasku, tiap denyut nadiku, hanya ada nama kamu.  Aku milikmu selamanya, dunia dan akhirat.

Rasa mengantuk yang menguasaiku tak dapat ditahan-tahan lagi, aku melentokkan kepala di tepi katil Emeer.  Satu, dua, tiga ..aku terlena di situ.  Biarlah esok menjelma dengan sinar bahagia.  Aku pohon padamu, Ya Allah.




Once in a lifetime
and your sweep took off your feet
and everything i've touched
dissolve itself before my eyes

You're taking me higher
when i hear you speak to me
this is so familiar
but i'm caught up in this fantasy

Now i can't seem to find myself
oh, i can't seem to give up my mind
oh, i keep falling 
i'm falling and i can't stop falling
i'm falling in love with you

When i look into your eyes
i see your love that comforts me
every now when i go to sleep
i wait to see you in my dream

you're taking me higher
when i hear you speak to me
i'm trying to tell you that
i will never 
won't let you go

Now i can't seem to find myself
oh, i can't seem to give up my mind
oh, i keep falling i'm falling
and i can't stop falling
i'm falling in love with you

over and over again
because i'll let my mind
you give me something in you to belive in
come to take me away

I'm falling in love
i'm falling in love
i'm falling in love with you.....

(lagu Ayesha utk Emeer ye.. masa ni boleh je nyanyi cos Emeer dah tidur.. hehehe )
I''m Falling In Love ~ Siti Nurhaliza

*******************


Sayang2 Kak Yus.. n3 ini merupakan n3 terakhir Kak Yus di blog ini sementara menanti manuscript dihantar n dinilai oleh penerbit.  InsyaAllah, jika berjaya diterbitkan kita akan bertemu dlm versi cetak, jika tiada rezeki, Kak Yus akan menghabiskannya di sini.  Doakan Emeer & Ayesha ini berjaya menjadi salah satu drp koleksi sayang2 semua ye..

InsyaAllah, malam nanti Kak Yus akan mula menaip satu lagi 'garapan cinta' -- Mengintai Bahagia utk sayang2 Kak Yus .. 

Maaf utk segala kekurangan dlm Kak Yus cuba menghiburkan sayang2 Kak Yus semua.. sudi2lah drop komen ye.. Lots of luv fr Emeer & Ayesha

~Kak Yus~
12:30pm 25/2/12

12 comments:

  1. org doakn moga akk berjaya..xkira on9, bercetak asalkn terus berkarya..gonna miss E&A forever..

    ReplyDelete
  2. Wah sukanya..citer ni berakhir dgn happy ending.X sabar nak tunggu novel ni keluar,nak simpan utk koleksi .Tahniah utk kak Yus,smoga berjaya slalu.

    ReplyDelete
  3. tq sayang2ku .. tq for the best support..

    ReplyDelete
  4. alahai dah stop dah. sedihnya. nanti mesti rindu ngan emeer n ayesha. apa2 pun gud luck kak. bg pendapat saya la, kalau akak nak publish buku ni, apa kata akak elaborate part awal2 kasi panjang, sbb mcm rushing jer akak nak bg diaorg bersama. bg peminat jadi x sabar nak tahu diaorg bersama ker tak. hahaha jahat betul. baru best skt.

    ReplyDelete
  5. salam kak yus.. habis gak baca akhirnya.. hehehe..
    sempat gak banjir nak sampai bab 30 ni.. hihihihi..
    best, romantik, sweet and sedih sume ade.. ayu ucap gud luck utk kak yus. moga manuskrip ni diterima dn dpt terbit.. aminnn ..:)

    ReplyDelete
  6. tni ~ tq sayang.. betul kata tni tu.. akak skrg ni tgh edit2 lagi manuscript tu.. akan cuba sebaik2 nya.. tq dear for the idea..it really helps.. n tq juga cos selalu support emeer & ayesha..

    Ayu ~ tq dear luangkan masa wat marathon baca kisah cinta akak ni..hehe.. akak doakan utk Ayu juga..

    ReplyDelete
  7. rin nak buku... hihihihi... x sabo2 ...
    emeer n ayesha, x lama lagi kita jumpa...

    ReplyDelete
  8. yeay....dh dpt komen...hope dorang bahagia jer....takut gak ngn konflik yg kak yus buat tu..hehe...saspen betul..n gud luck 4 manuskrip! chayyok!! :D

    ReplyDelete
  9. moga diterbitkan.... boleh ulang baca anytime. Kisah yang paling sweet sampai termimpi2....

    ReplyDelete
  10. Rin ~ akak pun rasa tak sabo2 ni..

    Zura ~ tq very much dear.. byk bagi support kat akak

    Aziela ~ sweet ke kisah Emeer n Ayesha ni..akak tambahkan sweetener lagi ye..hehe

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. selesai jugak citer nie di baca dlm tempoh 24jam :) cuma musykil sket la k.yus (sori soalan complicated nie) si emeer nie nama penuhnya apa? kejap bin zain.. jap bin zainudin.. tp ayahnya kan nama ilham? ayah angkat lak kan nama yaakob? yg mana 1 nie... sori sgt2 ye k.yus....

    ReplyDelete
  12. Anonymous~ hehe.. yg Zain tu akak tersalah taip..sepatutnya Zainuddin.. itu nama ayah angkat Emeer (suami mummy dia seblum kawin dgn D. Yaakub).. walau pun nama ayah sebenar Emeer Ilham, tp emeer kan diambil dr kecil..spai besar pun dia tak tau yg ilham tu ayah kandung dia.. kecoh hal dia ngan Ayesha baru rahsia terbongkar (kat hospital masa Ayesha miscarriage) becos org dulu2 suka buat mcm tu tau, bila ambil anak angkat, bin/bintikan nama sendiri..walau pun salah, tpi still masih menjadi budaya.. tu yg kita nak terapkan agar tidak berlaku mcm tu.. tq..akak tunggu2 juga siapa yg akan keluar dgn soklan cepumas ni.. hahaaha

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com